Sunday, January 31, 2010

~contest friendship : geng karok~

salam and hye.

first time buat lagi satu entry untuk hari ni. mentang mentang lah fesbuk macam tahi. loading sampai macam satu hari. bila i bukak blog. laju kalah kereta F1. jadi i macam selalu nak update blog saja. walaupun tesis tak siap siap lagi. huhu.

tengah blogwalking bagi duit kat blogger lain. nampak pulak satu contest ni. heh. menarik. kontest pasal friendship. ataupun kapalkawan. jadi terasa macam nak join. sebab i ada kawan atau geng atau member yang ada satu minat yang sama. iaitu karok. kalau bab bab menyanyi ni. bagi kat kami kot. haha.



okay. i nak join lah. hehe. sapa sapa nak join picit je gambar kat atas ni ye. ni adalah belog marmie. eh. betulkan nama awak marmie. tak sempat berkenalan lagi. hehe.



hah. i join guna gambar ni lah. heh. ni adalah geng karok i. pegi karok je mesti dengan diorang. semakin selalu karok semakin rapat kot. haha. tu lah. sebab semua suka pegang mikrofon pun boleh jadi kawan. dah third year baru pulun nak karok sama sama. paling besh gambar ni ialah sebab budak baju purple tu sangat pulun nyanyi time ni. dah tak pedulik orang nak snap gambar. =)

bagi i kawan ni adalah...

  • yang selalu ingatkan kita apa sahaja..tentang baik buruk ke..tentang bila ada cili kat gigi kau time makan kat mana mana.
  • yang tak pernah dengki dengan kita..yang boleh kongsi kongsi baju kasut makanan dan boleh cerita tentang masalah wanita dengan kau open open.
  • yang selalu caring pasal kau..yang akan ingat kau bila dia makan makanan sedap dan kau tercongok sorang kat bilik tengah masak air nak masak meggy.dia tapau untuk kau.
  • yang tak akan kutuk kau belakang kau. bukan yang jenis depan kau baik belakang kau dia kata kau huduh, dan segala yang tak elok tentang kau dia taram.
  • yang boleh kau gembira. senyum. sengih.
i rasa itu kawan. anda bagaimana?. cheh. hahahaha.

p/s: cik marmie. thanks yea.if ada kurang pape bagitahu ye. hehe.

xoxo



~sewel.tak tido~

salam and hye

i penat. semalam pulun buat thesis. rupa rupanya i silap tengok tarikh. esok hantar rupanya. bagus lah. tak siap pun lagi. i baru nak cari alasan terbaik untuk postpone sehari dua. konon2 printer tak ada ink atau apa apa sahaja lah yang boleh nampak macam betul dah buat tapi segala kesulitan amat dikesali. oh. kena pulun lagi malam ni. haesh.



ni pic masa tengah wat thesis semalam. nampak kepala lutut sebelah. takpa. naseb baek tak ada parut besar duit lima posen atau tahi lalat bulu bulu kat situ. kalau tak mesti you all muntah darah kan?. hahaha. gaya dah macam ju on. tapi ju on lagi pucat lesi kusam. i ju on versi tanned.




gila geli gambar ni. nampak i macam horny gila. nampak ja okay. maybe ramai yang akan mimpi ngeri pas tengok gambar ni. macam tak penah letak gambar huduh huduh ja dalam blog. sekali dua kali letak. tak ada sapa kesah pun kan. rambut pun macam kusut dan busuk ja nampak. eh. kau tak reti shampoo ka naddy?




tido macam ala ala sejam je. oh. dan bangun macam pukul 7 suku gitu. padahal kelas forensic start pukul 8. i boleh lagi camwhore macam kelas pukul 11. alah. presentation je pun. bila sampai kelas malu nak masuk sebab nanti semua orang tengok. tak boleh. nanti i malu malu. hilang la macho i. jadi masuk ikut pintu kelas laen. MK12 and MK13 kan macam dewan sekolah dulu dulu yang boleh bukak jadi dewan besar. berkualiti gak gambar camwhore i pagi td. haha.

kelas BBA batal. kelas ni selalu bagi harapan palsu kat i. dah macam tiga kali cancel tak bagitahu. eh. tolonglah inform laen kali. boleh la i terhegeh hegeh pegi cari roti canai dan roti planta banyak minyak kat MZA. ni tak.bagi i tunggu dalam kelas. lapar tau tak. haha.

eh. ni tiba tiba nak cerita pasal lelaki. i memang suka kau dari start masuk form 1. pastu kau rejek i dengan alasan kau ada awek lagi lawa dari i. lantak kau lah. i pun masa tu suka kau je. bukan cinta. pastu i jumpa kau balik kat fesbuk. laman sosial yang semua orang maen sekarang tu. i saja test kau. kau ingat i lagi. bagus. tapi kau macam dah buncit and gemok. takpa. still i kata kau kiut. kau tanya i lagi. abang boleh dapat apa dari u?. eh. maksud kau apa?. diri i? dara i? cinta i? duit i?. boleh kau berterus terang wahai abang K?.

xoxo




Saturday, January 30, 2010

~celup celup~


salam and hye

waa. seronok hari ni. pergi makan celup celup. makan banyak. kenyang sampai malam. i bukan lah study kat kota raya. yang boleh tayang gambar pegi makan di pavillion. takpun. tayang gambar makanan sedap yang buat semua orang terliur. bukan sedap sahaja. malah mahal juga. bukan. sebab i study dekat terengganu. tak ada pavillion. jadi tepi pantai makan celup celup pun jadilah.





dua ni ja gambar tak edit. yang laen i edit. unruk tambah unsur unsur dramatik. =)




fiza. u macam tembam tiba tiba. haha.



ni dua budak.......oh. tak dapat cari persamaan depa. =)



bajet nak wat candid. tiga tiga pura pura tak tengok camera.



world peace!

okay lah. malam tu we all pulun pi karok okay. best. weekend i terisi. ingat pegi genting je ke boleh enjoy. kat terengganu pun boleh tau. haha.

p/s: adik nick irfan soalan tag tu akak jawab nnt ye. bz lah. betul bz tak tipu. hehe.

xoxo



Thursday, January 28, 2010

~masih belum sempurna~

salam and hye~

okay. first time kena tag oleh adek irfan. sedih, teharu, sebak, semua becampur baur. yelah. first time. i ingat ni sampai mati dek. bahaha. okay lah. jom jawab. pasni i tag orang laen pulak. 5 orang dah lah. bukan ramai pun baca blog i ni. hikk~.


1) Where is your cell phone?

ada je depan mata ni. tapi hari ni dia bisu pulak. T_T

2) Relationship?
too many. haha. bajet hot kau naddy.

3) Your hair?
panjang macam maya karin. tapi bukan macam rambut maya dalam pontianak harum sundal malam.

4) Work?
makan and tido. kerja juga kan ni? =)

5) Your sisters?
i anak tunggal. eh. bencilah. tanya la your boyfriends?..bahaha.

6) Your favorite thing?
emmmmmmmmm...apa apa ja yang kaler pink. tapi bukan babi.

7) Your dream last night?
ouh. i dream of my boyfriend. rasenya kitorang macam baru kawen ja time tu. ehem. 18sx.

8) Your favorite drink?
asalkan yang halal. oh i benci jawapan ni. takkan nak minum yang tak halal kan. i suka susu coklat..=)

9) Your dream car?
toyota harrier of course. dah lama dah teringin. kereta ni macho lah!

10) Your shoes?
selipar je... tak jangak pun kan?. hehe.

11) Your fears?
ini macam pelik sikit. i tak suka kaum kerabat ayam dan burung. i takut. huu.

12) What do you want to be in 10 years?
menjadi datin. amin.

13) Who did you hang out with last weekend?
dengan geng karok. wuissh. awesome. hehe.

14) What are you not good at?
kawad. langsung tak reti. i seorang askar wataniah yang ayu. tak reti kawad.

15) One of your wish list items?
untuk ke switzerland dengan huhu. kau mesti paham kan nas?. haha.

16) Where you grew up?
ouh. simple. kat umah laaaa.

17) Last thing you did?
gelak sampai senak perut kat eiji. bahahahaha.

18) What are you wearing?
tshirt katun2 + kain batik. betul kain batik. tak tipu.

19) What aren’t you wearing?
eh. i tak pakai apa?. semua pakai. yang dalam pun semua pakai la. hehehe.

20) Your pet?
tak suka pet pet ni. tak kuasa i nak cuci bila depa berak.

21) Your computer?
sony vaio puteh.

22) Your life?
hidup i belum complete. ada satu ruang yang belum terisi. eh. jiwang mai dah.

23) Missing?
mak and abah. nak balik kL....

24) What are you thinking about right now?
tesis yang tak siap2 lagi..wuu.

25) Your car?
tak dak. i keja pun belum. haesh.

26) Your kitchen?
ish. mana i ada kitchen sendiri lagi. ayoooooo.

27) Your favorite color?
pink dan adek beradiknya.

28) Last time you laughed?
sejam yang lalu. gelakkan eiji kat MZA.

29) Last time you cried?
tak ingat. eh ingat. pas baca entri siggplus. hahaha.

30) Love?
apatu? 4 letters 1 word?. hehe.

31) So who wants to share their ONEs?? How about?
ape share share ni?. tak suka.

okay lah..dengan bangga nya i nak tag..jeng jeng jeng..

~afdhal yang macho~
~nas suka karok~
~puan hanis kiut~
~linda adnil~
~asz limah~

itu ja lah. fuh. penat gak jawab. thanks again adek. =)

xoxo




Wednesday, January 27, 2010

~nak jugak nak jugak~

salam and hye~

pening kepala i. pening sangat sangat. bukan nye apa. pening kepala i pikir dinner nanti nak pakai baju apa. hehe. mestilah kena glamor glamor gitu. i kan gigam. lupa ke?. hehe. taktau gigam tu ape?. bukak kamus dewan ye sayang ye. hehe.


hari tu dengar orang kata. tema dinner yang oficiall KKK punya is celebrity wannabe. eh. kalau macam tu. kena seksi bagai la. betul tak?. oh tak semestinya kan. boleh pakai macam ina naim, tak pun waheeeda wasini. nak uptodate sikit. macam yuna. bahah
a.

ingat nak pakai macam elyana lah. hehe. tak payah pakai kasut. savebajet tang kasut. haha.




tak pun
macam ni. haha.



okay. sangat over y
ang ni. hahaha. if pakai yang ni. mesti semua orang ingat i pakai selimut. teehehe. tak pun kalau nak bajet sangat. amik pakai je selimut atas katil tu. belit2 jadi macam ni. eh. jangan maen maen dengan baju ni tau. tak silap i bernard chandran yang design. =)

tapi kalau ikut hati i nak yang macam ni.



nak jugak nak jugak. tak kira. tapi kat supermarket ada jual ke macam ni?..huwaaaaaaaaa~
tadi iha bagitau dinner KKK wat kat TER. tema laen lah pulak bukan celebrity wanabe tapi shining glamourous...kalau macam tu baek pakai baju kak melah. siap ada hati kelip2. kan shining tu..hehe.


arini i pegi kampus pakai shawl semalam. no one notice. naseb baek.haha. shawl je semalam punya. tapi baju i tukar okay. next time nak pakai baju sama pulak. nak tengok sapa yang alert pasal i. teehehehe..




xoxo


Tuesday, January 26, 2010

~nanges itu macho~

salam and hye.

hari ini bumi kuala terengganu pagi2 dah hujan. haesh. ni mesti sebab i basuh seluar jeans sendiri semalam. hujan rahmat turun sebab i tak pernah2 cuci seluar jeans sendiri. usually i akan hantar dobi or takpun balik cuti sem baru basuh. guna mesin kat umah. senang. hehe. bunyi macam pemalas yang sangat. memang pun. bahahaha.

tadi masa rushing nak berebut kenderaan awam color kuneng. i sempat ternampak newspaper gantung kat kedai scallop. tapi tak beli pun. hehe. ada gambar fahrin nanges. and kat tepi tu ada gambar linda onn senyum2. apa kes?.



i hot ni. hot. apa pasal buat encik macho ni nanges. nanti jenuh i nak pujuk dia. hehe. lepas baca blog tedi tadi. nak sangat tau sebab apa. sudah sudah la linda onn. kalau yang indah tu kita simpan. yang buruk pun simpan juga lah ya. =)

oh i dah jadi macam skycrewz. tak pun beautifulnara. hehe. tapi macho gak kan u nanges fahrin. kira nanges dalam kemachoan gitu. hehe. i sukeeeeeeee...




blog i kalau takde pic camwhore i makna nya bukan blog i lah tu. okay lah. buat orang2 macho kat luar sana. menangeslah. anda akan jadi lebih macho..teehehehe.

xoxo




Monday, January 25, 2010

~kenderaan color kuneng~

salam and hye..

hari ini pegi kelas forensik tumpang mazni. yes best. tak payah berebut rebut naik kenderaan awam colour kuning. hehe.

pastu harini tolong eiji jual t-shirt untuk budak budak kelas. t-shirt yang bagi i agak smart la kot. boleh pakai jalan jalan nanti. hehe. takpun gi deting. teehehehe.

malas nak tulis panjang panjang dah. i lapar ni. tunggu geng karok i balik test. pastu boleh pi makan..hehehe.


ini adalah i. pic amik pagi tadi.



ini pun i juga. bahaha.

xoxo




Sunday, January 24, 2010

~menanti cinta~


salam and hye~..


macam lama i tak update blog. agak bizi lately. haha. bizi ke?. tak da la bizi sangat actually. cuma sibuk siap kan projek je. cuti dua hari lepas. keluar pegi amik sampel ngan bobo sampai marang. thanks enchikk bobo. jasamu dikenang. walaupun kau mintak i belanja nasi ayam tiga pinggan. gila pelahap kau bobo. bahaha.

pastu semalam tido bilik nas. i mean memang betul2 tido. pukul 12.30 tengahari baru bangun. okeh. terlajak tau bukan sengaja. ape?. anak dara tak elok bangun lewat?. haha. maaflah. i am just being myself. kalau kau cinta i. terimalah i seadanya. walaupun i tido 12 jam sehari. bahaha.

entry ni saja nak bagitau lagu yang i tgh addicted. ni gara gara tengok ketika cinta bertasbih la ni. lagu ni bagi sangat2 menyentuh jiwa. kira first time i dengar i dapat rasa yang cinta tu sangat suci. chewahh. ada sedikit unsur hiperbola atau parabola. maaf i kurang pasti. hehe.

menanti cinta ~ kris dayanti

sejak lama aku berdiri
dalam sepinya rongga hati
tak satu pun burung
mampu menjawab

rangkap ni i tak berapa paham. hehe. tapi rasa nya dia nak bitau kita yang dia dah lama tunggu. tapi tak satu pun lelaki yang datang dapat berikan cinta yang dia mahukan. burung tu i anggap lelaki. bolehhhhh?. bahahaha.

hanya padaMu ku bertanya
lewat setiap sujudku ini
siapa kah nanti
cinta untukku

yang ni i paham. yang ni setiap kali solat. dia tak lupa tanya pada allah siapakah cinta untuk dia. wah. i pun masih menanti dan tertanya-tanya. suspen. hehe.

wahai penilai hati lihat batinku
nyaris bernanah karna luka tersayat
merana menantikan cinta dan kasih hidupku

rangkap ni pun kurang faham. rasanya dia nak bagitau yang hati dia dah luka parah dah tunggu cinta yang tak sampai. huhu. merananya.

rahasia itu hanya Kau yang tahu
namun aku tak mau jadi tuna cinta
tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku

yang ni..dia kata..jodoh tu rahsia allah. kita tak tahu siapa dia, dari mana, dan segalanya tentang jodoh kita sehingga allah temukan kita dengan sang jodoh. dan rangkap ni juga dia bagitau dia tak mau gopoh nak tau jodoh dia. so, dia minta supaya sabarkan hati dia menanti cinta.

waaahhhhhhh...kalau u all rajen. cube dengar lagu ni. download la kat mana2. or tengok kat you tube. sangat rasa macam wow. i dengar lagu ini rasa cinta itu sangat suci sebenarnya.hehe. ehemmm. geli geleman dengan tiba2. hehe.

xoxo




Thursday, January 21, 2010

~bukan gambar lucah~

salam and hye~

seronok nya karok!! hehe.. kali ini ada pic pic lucah. taklah tipu ja..mana ada lucah. cuma macam budak budak tadika belajar macamana nak clubbing. teeehehe. pastu dah beli tiket balik CNY ni..cehh macam i yang raye~..hehehe..1 malaysia kan..=)

semalam keluar pegi makan makan pizza. seronok. makan memang la seronok. sapa tak suka makan memang tak normal. anda mungkin alien atau dah terkena kriptonik. okay. i merapu.




pastu pegi karok. kan i dah kata ni aktiviti wajib we all tetiap minggu. so kalau tak karok muka masing masing macam tak beriman. eyh apakah?~..bahaha.




bila dapat nyanyi semua macam hyper. yang paling best bila dapat mic takde wire. berangan macam artis popular jap. hehe.




eyh. tiba2 nampak buruk pulak tempat karok ni. hehehehe. takpalah nanti kita pi karok kat time square ok. best siket. hehe.



ouh. nor sori i letak gambar u pulun nyanyi. hehe. serius ko pulun. haha. pasni i kena pi tanya Dato' Siti. macamana nak nyanyi tapi muka still maintain cun. agagagaga.

xoxo



Wednesday, January 20, 2010

~lalalalala kerja gila~

salam and hye.

malam ni akan pegi berkarok lagi. ni macam dah jadi aktiviti wajib tetiap minggu. gile lah. semenjak dah jumpa geng satu kepala ni. asyik pegi karok je. sayang korang so much. korang buat hidup i lebih bermakna disini. ececeh.

tadi pegi ambik sampel air kat mengabang. walaupun dah tau memang tak ada hexaconazole dalam air mengabang tu. haha. lagi kerja gila. yalah. daripada i tak ada result baik i merapu meraban dalam thesis that this hexaconazole are not detected in this area. agagagagagagagaga~.







dua tiga hari ni. asyik begelak ketawa je kat kampus. sebab eiji selalu buat lawak of the year. teehehehe. tapi siapa tahu kat dalam hati kan. sometimes, i senyum tak beerti i gembira, i ketawa tak semestinya i suka, i happy tak semestinya i bahagia.

xoxo




Monday, January 18, 2010

~My Valentine’s Day~

salam and hye

i really wish my boyfriend was hot like taylor lautner. i really adore taylor's body. i suka ketul2.hehe. and if taylor could be my valentine. im sure i am the girl that will always have smile on my face for the rest of my life. ceehh~ tipu!.hehe.



i want him to wear black. fuhh. so damn hott!. when he is so hot. then im sure that i will not focus on other things. walau robert pattinson datang menganggu. hee.



and i will only wear this shirt. apa?tak cantik?. chill chill chill. this is a way to tell taylor that i am his biggest fan in this world. i will always support him in reality or even in his film. taksub gila ni.hehe.

ehehehe. and i really wish this moment to happen. muahh muahh things. ehehehe.




eheeee. heart u taylor. agagagaga

p/s: this entry is for nuffnang contest. jangan assume i gila talak kat taylor lautner. sikit2 je kot.hehe



xoxo




Sunday, January 17, 2010

~ afundi umt~

salam and hye...

i dah 21 tahun. so i dah layak mengundi. ececeyh. mengundi dalam kampus je. mengundi betul2 belum lagi lah kot.hehe. actually, i tak penah miss mengundi selama tiga tahun i kat umt. tapi politik politik ni i tak berapa minat. i minat politik pun sebab khairy jamaludin je. hik..

lepas kelas forensic. terus jalan laju2 dengan eiji pegi DSM untuk undi. actually satu calon pun i tak kenal. bila tak kenal i pun vote mana yang hensem je la.hehe.




i tau. kalau kat U laen mesti best undi pangkah2 kat kertas tu kan. boleh buat undi rosak. padan muka SPR. tapi kat sini diorang guna komputer la. tak leh nak wat undi rosak. sebab pakai click je kat screen. tak mencabar kot. hehe.




ni suasana mengundi konon. poster banyak gila kat DSM. pagi tadi nampak makcik sapu dok sapu poster2 yang jatuh kat bawah. eh kecian makcik tu. betambah2 keja dia. takpalah macik..makcik jangan undi depa ya..hehe.

xoxo



Friday, January 15, 2010

~orang terengganu baik!~

salam and hye~

hari ni..i pegi round round terengganu. bersama enchik tan siew seng. sori kalau i eja nama kau salah. ini bukan round2 sengaja buang masa. tapi round2 nak ambik sampel air yang ada hexaconazole. tapi misi gagal. tak jumpa pun.T_T

macam2 ladang i pegi. tapi semua pakai racun laen. sedih oh. eyh racun i cari ni mahal sangat ke?. ke kat malaysia ni memang tak pakai hexaconazole. oh tolonglah. susah gila nak cari kau hexaconazole.cari boifren lagi senang kot. hehe.

naseb baek lah si tan ni sangat sporting. tak kesah pun masuk cerok mane. hehe. that is what friend are for. sangat membantulah. tentiu so much okay. nanti i belanja makan okay~.hehe.

okay lah. i nak repair thesis ni. bye!

xoxo






Thursday, January 14, 2010

~akulah kekasihmu~

salam and hye

i bagitahu tak kat u all yang nak keluar overnite *ini bukan kotex atau whisper*.tapi ini overnite tak balik malam dan lepak2. kali ini seronok. sebab dah rancang awal2. bukan macam hari tu maen terjah aja.hehe.

paham2 ja lah. bila overnite aktiviti wajib mestila pegi karaoke.kali ni ambik kau 38 lagu kitorang nyanyi. gile kentang. tapi tak sedar pun dah abish 38 lagu tu. rase macam nak lagi. bajet sedap sangatlah suara kau tu naddy?.hehe.

lepas jugak hajat i nyanyi lagu axl-akulah kekasihmu tu. peh. jiwang tak boleh belah. haha. biar ar. tak tahu lah. agaknya bila kita dah suka orang tu. apa yang dia suka semua kita suka kot.kalau tak paham apa i kata ni. boleh tanya i secara personal ye. hehe.

tadi i jumpa orang i suka kat library. dia tak perasan i kot. dia tengah baca paper. mana kot nak nampak i. tapi kalau dia nampak i. dunia ini i punya lah.hehe.



entry ini di post dalam library. pic pun on the spot tuh. hangat dari ladang. hangat ke?.haha.

p/s: enchik huhu kalau dah abish baca paper jom lah balik sama~..*wink*


xoxo





Wednesday, January 13, 2010

~ hangin haku~

salam and hye

harini entry agak tak berapa sopan..so..kalau u all jenis perempuan yang lemahlembut dan menjaga tutur kata..sila jangan baca. takut u all anggap i jahat dan jalang pula. =)

i mengaku la memang i ni agak kepala angin. tapi angin i bila tahap i dah meluat dengan orang tu. memang i akan selalu angin. kalau orang tu baik kat i. memang lah i tak angin kat dia.

i boleh consider dengan orang yang boleh consider dengan i..kalau kau buat palat kat i. i lagi boleh buat palat sepuluh kali ganda kat u tau. gila marah ni.

kau pagi2 dah sembang kuat2 macam pakai speaker. i yang tengah tido ni pun boleh paham A-Z apa yang kau cerita. tolong lah. dah tu. lampu buka terang benderang. kau tak pa lah katil kat bawah lampu tak kena betul2 depan muka kau. lindung ngan sampah2 ada atas katil kau tu.

aku memang geram ni. kau buat palat pulak dengan i. belum kenal naddy lagi agak nye. terbang segala mood i hari ni. siot lah kau~.

p/s: takperlu jual ikan lah weh..ko bukan lawa pun.

xoxo




Monday, January 11, 2010

~superman i saket. sedih.~


salam and hye

semalam ada AJL..memamg ramai blogger yang tulis entry pasal AJL ni..yang pasti nya kali ini AJL paling best yang penah i tengak kat UMT. sebab kali ni tengok ngan geng. ramai2 kat kedai mamak MZA. sampai angah keluarkan statement marabahaya. angah kata kalau hari2 boleh lepak cenggini besh jugak kan. maksud kau angah takyah pikir pasai esaimen, kelas, test, kuis suma tu laa?..haesh..dasar suka poya2..mcm i juga..=)

kali ni i tengok AJL dengan harapan faizal tahir my superman merangkap bakal hubby i...lawak je ok. akan menang. tapi dia tak menang. sedihh oh!. my superman malam semalam macam sakett je..cian dia.. T_T pastu bila nyanyi pun sora macam tak keluar sangat. i miss my old superman. cian superman i sakett. nanti next year u cuba lagi okayy. u tetap no.1 dalam hati i..ececehh~



hmmm..rasenye macam tak leh pegi genting je..due date draft thesis dah dekat. takkan i nak pegi besuka ria bergelak ketawa time orang laen dok pulun wat thesis. haesh. sedih oh!. event-event ni we all buat untuk kenangan satu kos kami. tiga tahun bersama. we all nak gak rasa erti kegembiraan sebenar. tak libat kan mana2 pihak laen pun. ini usaha kami untuk happeningkan our final sem in umt. kita dah besarkan. tak payah bergantung pada orang lain.

p/s : tak tahu tanyalah dulu.anda tak rugi dan tak sesat.

xoxo




Sunday, January 10, 2010

~canggih lah !~

salam and hye~

hadoi la...hari ini i bangun tito agak lewat..kelas pukul 8..7.30 baru i celik mata..itu pun belum mandi+mekap+iron tudung..tapi yang paling best nye..tiba tiba hari ni air takda pulak..eyh jangan assume i tak mandi. mandi ok. sebab tu pegi kelas lewat. walaupun pun forensik best. tapi bila start awal pagi. jadi macam mls sikit. selalu i akan jadi garang tak tentu hala bila tido tak cukop. grrrrrrr.

kelas bajett 2 jam. tapi sejam je untuk harini.so kelas abih awal.then i pegi makan makan makan makan.sapa x suka makan kan?. ade ke?. mesti takde. kalau ade pun..mereka hanya pura2 tak suka. hik.

pastu pegi kelas EOP. 2 jam yang bosan. pastu that lecturer. boleh tahan la muda. muda la macam baru 25 26 macam tu..lecturer tu kata one of my classmate macam muka ahsraff muslim..OH EMM GEE..pelish la...kat i tego pulakk..eyh u~..macam beyonce la...bahaha.

then i lepak kat lab instrument..kacau tan wat lab. sebab i sangat terlampau menyibuk kat dia. dia pun sogok i maen laptop dia. oh thank u tan. i tanya dia tak ada cerita blue ke?..nah terus dia bukak. gila kau. aku melawak ja la..pastu hari ni i sangat batak. laptop tan tu canggeh woo..touch screen siot. i tertekan dengan tak sengaja pada screen dan ia adalah laptop yang touch screen. okay batak nye i. ko saje taknak i tau yang laptop u ni touch screen kan tan?. sekarang i dah tau. pasni i bila guna laptop u i tak nak guna tikus ngan keyboard dah..yeay!

class EIA cancel. heaven. balik n tido..=))



see u next time..

xoxo



Wednesday, January 6, 2010

~bigbig girl in a bigbig world~


hye and salam

jiwa dah jadi semakin normal..hik..rasa sakit hati dah hilang..dah boleh menerima kekalahan dan kehilangan..huhu..betul kah?..cepat nye i recover..macam tak pecaya lah..tapi serius..i tak simpan dalam..i simpan luar je..hikss..

sebenar nye...i nak beli heelboots untuk pakai pegi dinner kat d-riyaz for my graduation dinner..they choose the OSCAR NIGHT for the theme..so ala-ala angelina jolie i kena dressing gitu..kena bawak brad pitt ni..teehehehe..

setelah jalan2 shopping thru online..as u know..im addicted to online shopping..those yang kenal i will know how crazy i am in online shopping..bahaha..and i found the boot..giler comell..

taraaaa




should i buy or should not?

actually..i dont really wear heels..sebab i dah tinggi secara semula jadi..hehe..my mom said that i look cacat when wearing heels..ouh mak!..jujur sungguh..tsskk..

bila i fikir dengan waras..cuaca malaysia mcm tak sesuai je i pakai boot..laen la i duduk kat DURHAM or watsoever..but who cares..i made my mind..im buying this one..heeeeee~



lagi2 pic camwhore i..blog i suka hati i la kan..

ouh..dunia ni sungguh kecil..maksud i malaysia..ehemm..okay lah..tu je lah..bye..=))

xoxo