Friday, April 30, 2010

~ camwhore KT ke KL ~

salam and hye.


lama tak update blog. dekat seminggu kot. sebab kalau pakai dial up sangat lambat. ni pakai streamyx ni laju la sikit kan. hehe. so dah boleh online secara normal. by the way, rindu tak kat i?. okey semua kata tak. nangis. =(

i dah tiga hari hibernate dalam rumah. sesi putih kan kulit muka dan badan dah start. alah, tahu lah kan duduk terengganu lagi lagi umt. campus by the beach lah katakan. buat kulit i jadi ala ala tanned macam miss hawaii. teeheee.

hmmm. i baru sedar yang bukan i sorang je suka camwhore. ada lagi rupa nya. masa balik dari terengganu ke kL hari tu. kak lang ikut. 8 jam oh naek kereta. mungkin patut beli ferari F1 sebijik guna pi terengganu. 3 jam je kot kalau ferari. bahaha.

ni minah suka camwhore. isk isk isk. masalah nya dia ni over daripada i. hadoila.


yang ni kau boleh bangga kak lang sebab nampak sikit comell.heh.


yang ni boleh lah. nampak kau gedik. tahniah tahniah tak sia sia i ajar. =))


yang ni?. adoila kak lang. sebab i kakak baek. i still cakap kau kiut. =))



okay i pulak. cis cis. bibir i macam ning baizura dari angle ni. cis cis. hehe.



naseb baik ada minah ni through the journey balik KL. ada la orang yang i boleh suruh buat itu ini itu ini. and ada jugak orang nak bergaduh. yela. kalau gadoh ngan emak i nanti dia tak belanja satar kat kemaman. sapa rugi?. hehe. =)

xoxo

Friday, April 23, 2010

~langsai hutang~

salam and hye.




hutang tag dari my deer matdin. ada ke dia pegi letak gambar roti jadi award. matdin ni takde seni la. teehehehe. jangan marah matdin. nanti tak comel. =))

1) 5 nama samaran kamu:
  1. nurul. family je panggil. hee. =))
  2. nadia. most of my friend.
  3. naddy. my feveret nick name. =)
  4. nard. some friends do call me nard. i like it too.
  5. won. nickname time kat asrama. =))

2) 5 tarikh paling penting dalam hidup kamu:
  1. 0608
  2. 2309
  3. 0810
  4. 2211
  5. 2507. bodek matdin. hehe.
3) 5 perkara kamu buat semalam:
  1. submit thesis
  2. jumpa DR.K.
  3. makan banyak.
  4. tengok cerita senario.
  5. main blog.

4) 5 perkara yang buat kamu gembira:
  1. karaoke
  2. shopping guna duit orang lain
  3. tengok lelaki emsemm
  4. cinta dibalas. agagagagagaga.
  5. makan kek coklat emak. =))
5) 5 drama/ filem kegemaran kamu:
  1. sepi
  2. gossip girl
  3. my girl
  4. yasmin ahmad's movie
  5. sembilu. bahahahaha.
6) 5 hobi kamu:
  1. shopping
  2. karaoke
  3. camwhore
  4. makan
  5. tengok tv

7) 5 orang yang kamu suka/sayang:
  1. family
  2. my close friends
  3. khairul faezi
  4. orang yang baik
  5. ini kosong lagi. boleh isi borang. hehe.
8) 5 tempat percutian idaman kamu:
  1. teluk intan
  2. singapore
  3. manhattan
  4. on cruise
  5. jeju island

9) 5 sebab kamu jawab soklan ni:
  1. sebab my deer matdin
  2. tiada kerja
  3. boleh berangan
  4. bagi ngantuk
  5. isi masa lapang. oh yeah!
10) orang yang kamu nak tag :
  1. adik nick irfan
sorang je gila kedekut i kan. ni khas untuk adik. sebab adik macam suka je jawab tag. adik, u memang kacak sebab selalu je layan akak buat apa pun. cayang adik muah muah sebab selalu komen entry akak. teeheee.

xoxo


Thursday, April 22, 2010

~lapan itu indah~

salam and hye.

lama gila i tak update blog kan. busy dengan thesis punya format. i am really freaking out bila format lari time nak print. memang rasa nak bunuh orang time tu. tensi oh. tapi. dengan bangga nya i nak bagitahu semua yang thesis i dah 100% siap. ohhhooo. yeay!!

okay lah. bayar hutang tag my deer matdin and cikeju. =))

1. Go to your photo files, select the 8th photo folder.

2. Select the 8th photo in that folder.

3. Post that photo along with the story behind it.

4. Then challenge 8 blogging friend to do the same.

ooo..folder ke 8..pic no. 8 kan?. jap eyk cari. =)

tak suka pic ni atas sebab sebab tertentu. hehe. pic ni masa keluar makan pizza dengan geng karok. sebab servis pizza dekat KT sangat slow. sempat ambik pic berbakul bakul baru pizza sampai. lambat betul. haesh.

shielalatif * diea * bbhussain * emyqa

empat orang je lah. lagi empat hentam je lah sape2. hehe. =))

ada banyak sangat nak cerita ni. nanti i story banyak banyak. not in the mood la sekarang. mood nak rehat rehat je ni. =))

xoxo

Sunday, April 18, 2010

~ tahukah anda? versi nard naddy ~

salam and hye.

hari ini nak update pasal benda benda gembira je. tak mau benda tak gembira. even viva tadi i jawab macam haram. heh. who cares kan?. i jawab macam mana pun emak i akan still sayang i. abah i pun akan layan i macam biasa. tak ada apa yang berubah pun. *sedappkan hati sendiri* =)

hari ini. mari kita belajar pasal TAHU KAH ANDA?.

TAHUKAH ANDA
yang pertama.

tahukah anda bahawa follower i dah sampai 7000?.



bukan bukan. ini tipu saja. ini HANIS ZALIKHA punya follower. hahaha. bawah ini baru betul betul i punya. (T_T)//



ini TAHUKAH ANDA YANG BETUL2. tahukah anda follower i dah sampai 200?. oh. clap your hand!. mula mula dulu. i selalu sorok tempat follower ni. sebab takdak orang pun nak follow i. tapi lama2 i letak jugak. tapi nak ligan HANIS ZALIKHA tu payah kot. tunggu ada anak lima baru dapat follower cam dia kot. hahaha.

TAHUKAH ANDA yang kedua.

nuffnang rupa rupa nya sangat sayang pada i. dia bagi buffered earning kali kedua untuk i. dulu yang titus tu tak lumayan langsung. ceh ceh. tapi still thanks to nuffnang sebab bagi jugak buffered kat i. kali ini. julung julung kali. jeng jeng jeng. dapat tiga oh. kali ini macam lumayan jerk. hehe. ($_$)//


alololoh. kecik betul figure. *picit untuk jadi besat*.

ini betul betul i punya. bukan orang lain punya. *sambil kepala anguk2 dan tangan sibuk tekan keypad*. nuffnang mungkin dah jatuh cinta dengan i. tapi i selalu terlepas peluang bila nuffnang ajak pegi dating. dulu yang valentine tu, ni gatsby. tunggu la nyah. i balik kL semua event ada muka i. wakakaka.

TAHUKAH ANDA yang ketiga.

tahukah anda yang i dah nak balik kL this 24 april. *wink*. my lovely ex-schoolmates at setiawangsa. jom lets have some fun. kita dah jarang lepak lepak since everyone is busy dengan awek and boifren masing masing. we need to gossip!!. achap jom lah ajar i berdiet dengan jusmate5 kau tu. azery you owe me one meal since i tolong cover kau kat geng2 yang kau suka asmak. oops. dinie~ kita rumah je dekat tapi dah betahun tak jumpa. teh~ lama tak pergi rumah u dear. fiza~ jom battle karaoke. =))

okay. otak dah mula fikir katil kat rumah. heee~

xoxo

Friday, April 16, 2010

~ pantai batu burok, kenangan terindah ~

salam and hye.

i tengah cari kekuatan untuk kembali tulis blog and blogwalking dengan gembira. fikir hari hari yang mendatang buat i rasa takut. rasa sunyi. rasa sangat gloomy. entahlah. sebab semua dah balik rumah. tinggal sikit je orang yang ada kat umt ni. sedih. tu yang buat i rasa tak best kot.maybe. huu.

semalam pergi jalan kat pantai batu burok. seronok jugak picnic malam malam kat situ. lomantik oh. if i ada boifren kat terengganu. hari hari i ajak pegi sana. berangan macam kat bali kejap. oh i looikeee. =)







best kan? best kan?. rasa macam kat bali kan?. teehehehe. sangat seronok rupanya lepak di batu burok malam malam. tapi jangan malam sangat. nanti kena ngorat dengan mat rempit. hehe. tapi kalau mat rempit mcm adnan sempit tak apa. comell oh. =)

di kesempatan ini. chewah. macam ucapan hari raya. hehe.

to my geng karok, thanks for being there with me. who always give me strength when i was down. when i was alone and lost. you were always there to cheer me up. sorry kekadang i garang, emo tak tentu pasal. biasala kan kekadang nak period memang macam ni. i keep all the memory with all of u with me. kenangan terindahh!. datang KL beritahu i. jangan segan segan. nanti emak i masak spaghetti untul you all lagi. thanks again. and i love u all. *nanges*.

xoxo


Wednesday, April 14, 2010

~ hina la i suka suka hati kau ~


salam and hye

nak publish ke tak nak. nak ke tak nak?. jap jap. pikir jap. okay okay i publish je la kan. buat pengajaran untuk diri i and untuk orang lain jugak. bukan niat nak kutuk siapa siapa. okay?

*picit gambar kalau nak lebih jelas*

first time oh i dapat comment macam ni. before this semua blogger sangat friendly. tak penah cakap cakap mencarut kat i. semua ada budi bahasa. yang ni satu je. buat i rasa macam oh hina nya i. sob sob sob.

i berblogging ikut sedap hati i lah kan. statement i suka hati la kan. kalau kau tak suka atau benci. belah je lah. tak heran pun kau tak baca blog aku. lagi satu. nama yang aku mention kat situ tu. tuleh nama penuh kau ke?. tak kan?. macam mana kau tau tu kau. gila perasan. macam kau sorang je kat dunia ni nama hisyam. duhh. and takashi kaneshiro tu. i tak penahhh pun mention sape. jangan perasan lebih okay.

moral kau memang sangat rendah. sampai kau sanggup guna semua perkataan busuk tu sembur kat i. mula mula memang i marah. tapi i pikir tak guna pun i marah. useless. i will never respect u as an human being. nak bergurau pun tak boleh. no sense of humor.

p/s : kurang kasih sayang kot. ke tak laku. bahaha.

xoxo


Sunday, April 11, 2010

~ gambar kualiti myspace~

salam and hye

pernah tak kau rasa boring gila. boring sampai taktahu nak buat apa. sebab bila study kau boring kau mula cari benda fun untuk hilangkan boring kau. semalam i study forensic. serius i rasa nak aplikasi kan boodstain punya teori kat sapa sapa yang durjana. hah. baru tau kan teori bloodstain tu betul ke tak. =)

semalam bosan gila. sampai i godek godek webcam tu untuk ambik gambar gedik gedik i. lepas dan penat camwhore edit pulak gambar tu. do u know how much u waste your time naddy?. daripada study tak masuk baik pegi main main kan?. kan? kan?. hehe.


first try. blur sikit. webcam je pun. duhh.



second try. besarnye lengan i. hahaha.



third one. homaigod. i sendiri tengok pun rasa ni poyo. =)



last one. tsk tsk tsk.

another entry that full of myself. bosan tak? bosan tak?. haha. next time kalau kau study and bosan. please play with your webcam. u will not be bored. ceh ceh. macam la semua orang suka gedik seperti kau naddy. =))

xoxo


Friday, April 9, 2010

~dua kali dinner~

salam and hye

i baru bangun tido. lepas maghrib tadi tido dan sekarang baru bangun. penatnye mau study forensik. bila i nak study mesti i akan rasa ngantuk dan lapar. adakah rasa ini normal?. haha.

lately. i akan makan dinner 2 kali. it is not supper. its in dinner category actually. kalau supper selalunya orang akan makan biskut cicah kopi. ataupun roti planta dengan air teh ke. tapi i tak. 2 hari lepas i makan nasi goreng cili padi pukul 11.30. semalam kuew tiaw goreng pukul 1.30pagi. hari ni. mee goreng mamak. baru je abis tadi. dah dinner pun ptg tadi. tapi still i ada nafsu makan lagi. nafsu gajah betul. macam mana niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii?.

ataupun i perlu fikir macam ni. i tak boleh makan banyak sebab i nak masuk rancangan gadis melayu. kalau debab macam mana mau masuk gadis melayu kan?. depa semua pinggang ramping dan cakap pun stlye slow slow manja. tapi sebenarnya i nak masuk gadis melayu sebab nak jumpa fahrin ahmad je. boleh macam tu?.

ehm. tak perlu jauh jauh pergi cari fahrin ahmad dekat gadis melayu. dekat UMT pun ada abang master muka macam fahrin ahmad. gila sama. tak dapat yang real pun takpalah. janji yang ini pun hot juga. =))


nampak tua. benci. tak gedik juga. benci dua kali. =)

paling benci. nampak gemok.

xoxo


Wednesday, April 7, 2010

~ done! ~

salam and hye.

i di tag lagi. dah lah tag kena jawab soalan pulak tu. encik PEPIJOE, takkan tag je?. masak kan lah i gulai lemak u yang nampak sedapp tu. dan dan... lawa lah apron u tuu. pinjam muleh?. teeehehe.



bila i dapat award kan kan. terus i perasan. ni baru dapat award dalam blog. belum lagi masuk tv ke ape ke. mesti lagi lah i perasan kalau masuk tv. teehehe. memang gigam. =)

banyak nye soalan!. isk isk isk. macam exam pulak. =)

1. apa yang anda akan buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?

tikam belakang dia balik. i jahat kan?. hehe.

2. 6 org di hati anda ?

~ My mom & daddy..gedik kan panggil begini. =)

~ Wan and tok.. love u miss u. =)

~ Khairul Faezi

~ Geng karok

~ all my beloved friends =)

~ blogger2 tersayang~ =)

3. anda rasa anda comel ?

~comel?. bukan comel la tapi cun. hee. gelabah kan?.haha.


4. single or taken ?

~dengan orang hensem i kata i single. =))

5. blog yang anda suka ?

~ yang gaya bahasa menarik. tak skema. lucah lucah sikit. baru best. hehe.

6. adakah bilik anda kemas setiap hari ?

~ emmm. tidak. OMG. jujur gila. =)

7. lagu terakhir yang anda dengar ?

~ mirwana ~ aku tanpa cintamu (T_T)

8. last text message ?

~ cikin baik =)

9. last phone call ?

- my mom. wish gud luck for my exam..=)

10. hari terakhir anda menangis ?

- baru-baru ni. masa baca entry aznil pasal arwah din beramboi.

11. list lima faberet colour anda .

~ pink! hitam! putih! itu je. yang lain tak suka.

12. orang terakhir anda ber"ym" ?

~ eiji. =)

13. game yang anda paling suka ?

the sims. hee. syok. boleh cium cium. =)

14. adakah anda peminat MCR ?

~my chemical romances ke?. heh. name pun budak kimia analisis. mestilah!.

15. apa perasaan anda semasa jawab tag ni ?

~jawab sambil dengar lagu. =)


16. anda rasa tag ni best ?

~okay lah. ade gak benda nak post hari ni. =)

17. tag lagi 10 orang .

~ linda, adah, bo, raksasa, usop, tedi, diea, juan, nick irfan, fasya

cukup tak sepuloh?. cukup kan?. hehe.




gambar i masa kat matriks dulu. 3 tahun lepas u all. baru 18 tahun masa ni. muda kan kan kan?. sekarang dah tua sikit kan?. apa punya pesyen la rambut i tu. i maluuuuuuuuu. =)

xoxo


Tuesday, April 6, 2010

~tua 10 tahun~

salam and hye.

macam lama gila tak letak gambar gambar i disini kan?. rindu tak? rindu tak?. asyik letak muka lelaki kacak je kan kat sini. teeheeee. kali ni nak letak gambar gedik gedik i. kalau tak suka pejam mata rapat rapat. hehe. =)









fuh. fuh. fuh. puas hati gila dapat upload gambar sendiri. orang macam i memang kena beli DSLR kan. pastu i kena ada balak yang suka maen DSLR juga kan?. so that. i boleh tangkap gambar dia. dia boleh tangkap gambar i. fair kan?. give and take la tu kan. hehe.

semalam i tengok satu cerekarama kat youtube tajuk dalil cinta. fahrin and sharifah amani yang berlakon. best jugak la. fahrin tu besar gila. and amani tu kecikk je. comell sangat. hehe.

well, cerita tu buat i fikir if la i kawen dengan orang yang tua dari i. lets say 10 tahun. agak jauh jugak jurang umur kan. i 22 dia 32. nak adept tu bukan senang. i masih di alam remaja. masih makan lollipop sana sini. dia dah stabil dah matang dalam segala segi. lepastu bila i gurau gurau tehegeh hegeh mesti dia tak gelak sambil dalam hati cakap i buat lawak bodoh pulak.

ish ish ish. tapi mungkin perbezaan tu yang dicari selama ini. supaya masing masing dapat completekan satu sama lain. seperti yang i cakap dulu. kekurangan dia adalah kelebihan saya. kekurangan saya adalah kelebihan dia. jadi. tak salah kawen dengan orang yang tua 10 tahun dari kita. itu adalah normal. =)


xoxo

Sunday, April 4, 2010

~kekasih masa i belasan tahun~

salam and hye.

macam mana kalau tiba tiba. kekasih masa kau belasan tahun dulu. muncul kembali diruangan ingatan. ceh. ayat macam lagu rock kapak. haha. elok elok dah lupa. pastu teringat balik. dan semua kenangan indah dan pahit terbayang bayang balik. oh. sedih kot.

paling tak boleh blah. bila kekasih masa belasan tahun tu dah makin hensem. hensem dari balak kau sekarang. pasti kau menyesal tahap nak jilat balik ludah atau kahak. tu la orang kata. cinta pertama akan selalu dihati. oh comell nye.

semalam. tiba tiba je kekasih i masa i belasan tahun dulu muncul kembali. heh. terus macam jadi rindu kat dia. rindu nak tengok dia senyum. rindu nak dengar bisik bisik manja dia. rindu nak tengok dia main basketball. rindu tengok mata dia yang selalu usha i in a sexy way. rindu.

dan before tidor semalam asyik terbayang muka dia je. pusing sini dia, pusing sana pun dia lagi. pejam mata pun nampak dia lagi. macam mana ni. HE IS EVERYWHERE.

.
.
.
.
.
.
ni la kekasih i masa i belasan tahun dulu.



tengok dia punya senyum tu. im drooling. sluuuurrrrpp.


oh ini sangat hot kot. terlopong i sambil mata tak kelip kelip.


ini paling menggugat<---(betul ke eja?). serius ni yang buat i tak leh tido.

oh. dia lah kekasih i masa belasan tahun. sungguh kacak kan. tapi takpa. dah masuk alam 20an. i dah ada kekasih baru. kacak jugak. kacak itu penting ye. haha. yang ni kadang kadang dia mat rempit. kadang kadang dia anak halal. kadang kadang dia im not single. =)



p/s: credit to google, kekasih 1: chad micheal murray, kekasih 2: farid kamil.

xoxo


Saturday, April 3, 2010

~budak tecik~

salam and hye.

semalam pergi berfoya foya lagi. seronok. pergi makan celup celup and karaoke. lepas balik bilik. sambung tengok alice in wonderland. entah ke berapa kali entah jatuh cinta lagi dengan enchik jonhny depp. walaupun rambut merah gigi jarang tetap jatuh cinta juga. xpaham betul kenapa dia sangat adorable. =)

and then i end up tido dalam pukul 6 pagi macam tu. gila kan. jaga jaga hari ni dah pukul 2.30. gila hebat kau naddy. mungkin kalau semua isteri isteri di dunia mengamalkan gaya hidup macam i. mesti suami akan cepat sakit jantung dan mati cepat. kenapa tiba tiba i cerita pasal suami isteri ni?. ntahlah, lately banyak sangat orang kawen. terinfluence. =)




tadi i godek godek gambar family i. pastu ternampak pulak gambar gedik gedik baby fatina ni. pastu tengok sekilas macam muka shca la pulak budak tecik ni. eh. budak tecik kalau i jadi u kan.......kan......

i pi mengorat je fahrin tu tanpa segan silu.

xoxo


Thursday, April 1, 2010

~takashi kaneshiro dan kondom~

hye and salam

i terlampau busy study. sampai terlupa i ada blog. okay tipu. study sambil blogwalking sebenarnye. tadi baru je habis exam EIA. oh tak pernah rasa susah sebegini buat exam. yelah. semalam tengah study EIA dan bosan. pastu untuk hilang bosan mula lah mengorat seorang mamat ni dalam facebook yang kalau tak silap. memang tak silap pun. amik jugak EIA. tapi dia course lain. course budak budak lelaki macho. memang keturunan course tu kot semua budak budak macho dan ensemm saja. mungkin dalam borang UPU untuk course ini salah satu syaratnye mesti macho. maka lahirlah mamat mamat macho dalam course ini.

dan mungkin dah basi cerita ni. nak cerita juga. haritu. i pergi guardian dekat giant KT. itu je lah tempat shopping kat terengganu. jangan tanya kenapa i aysik pergi giant dan mydin. i akan bagi penampar free untuk soalan itu. atau mungkin ciuman free kalau anda kacak macam budak lelaki diatas yang i mengorat di fesbuk itu. refer perenggan atas.

tengah i shopping beli sabun basuh badan. shower gel kalau nak lebih sedap bunyik sebutan di lidah. i jumpa seorang mamat satu kelas EIA juga. muka macam pelakon jepun, takashi kaneshiro. i tau eiji dah lama horny dengan budak ni since tengok 'aksi hensemm sampai malam teringat' time budak laki ni present haritu.

dan mamat takashi kaneshiro ni pun tegur eiji.

takashi kaneshiro : oit2~

eiji : ye?. muka besinar sinar tak leh belah jeling sotong kat i mamat takashi kaneshiro tegor dia.

takashi kaneshiro : mana satu nak beli ek?. nak prank kawan aku ni. i pun buat buat sebok pegi dekat sikit dengan mamat takashi kaneshiro.

eiji : eh. ape tu?. muka tulus budak tadika eiji terpampang jelas.

takashi kaneshiro : pandangan pelik satu das kat eiji. NI KONDOM LAH. muka takashi kaneshiro merah merah pink. haha.

eiji : tak tau yang mana elok. SEBAB AKU TAK PAKAI. bahaha.

takashi kaneshiro tu angguk and macam berfikir 2 minit. i rasa mungkin dia fikir ada ke perempuan pakai. eiji pulak pegi keluarkan statement AKU TAK PAKAI. mungkin takashi kaneshiro tu masih pening lagi sampai hari ni.

naddy: beli lah pink. i suka pink. =) sambil tangan tarik eiji pegi kaunter.

takashi kaneshiro : oh. pink best ek? ok!.

p/s: i paling tak suka orang mencarut. terus hilang respect i kat orang tu. kalau tak suka inform me dengan cara baik. i akan delete nama kau. no hal. menda kecik je pun. haesh la.

xoxo