Sunday, October 31, 2010

~ siwon oppa ~

salam and hye.

tiba tiba ter'addict' dengan drama korea. last drama korea yang i addict adalah 'my girl'. sampai sekarang cerita 'my girl' ada lagi dalam laptop i. tak sanggup nak delete 'gong chan' yang hemsem kacak dan bergaya. malah tinggi putih macho dan menggoda. okay sudahh. banyak pulak pujian dekat abang 'gong chan'.

baru baru ni tertengok cerita 'Oh! my lady' dekat youtube. macam best pulakss. sebabnya oppa i yang berlakon dalam drama tu. ehehe. teka la oppa i sapa. teka la cepat. semua malas nak teka kan?. haha. okay lah i bagitau je la sapa oppa i. :))


oppa. T_T

oppa ni nama dia siwon. alahhhhhhh. takkan tak kenal super junior. kan kan kan?. kalau readers lelaki tak kenal lah kot kat siwon oppa ni. haha. kalau kenal agak pelik. bolehh kah i cop anda gay jika anda lelaki dan minat pada siwon?. eh tak boleh la kan. i perempuan minat kat maya karin takkan i lesbo kot?. eh. konfius dah ni. hee. :))

cuba tengok siwon oppa kat atas tu. dia ada perut enam pack. bila tengok tang perut siwon oppa. terperasan pulak dekat sepehenda siwon oppa. calvin klein kau tau. hahaha. sepehenda siwon oppa pun nak tengok. kau memang tak senonoh naddy. :))


oh! my lady scene.

dalam 'oh my lady' ni. siwon oppa ada anak. comell sungguh. rasa macam geram bila tengok lelaki hemsem main main dengan budak kecik. macam ada ciri ciri daddy penyayang. eheeee. jom kahwen dengan i siwon oppa?....heeeee. :))

mesti korang nak tau siapa heroin kan?. tak nak lah letak gambar heroin. kalau nak tau siapa heroin pi tengok kat youtube sendiri. self service. ahaha. bukan apa. ini blog i. heroin nya mestilah i. tak main la letak gambar heroin lain. :))

i dah angau. serius. sebelum tido siwon. masa tido siwon. bangun tido pun siwon. okay. ini ciri ciri angau kah?. haha. gila lah. angau pada lelaki hemsem yang tak mungkin kau dapat naddy. buang masa je kot. :))


gambar heroin ni mestilah kena ada.
haha

okay lah semua. nak sambung tengok siwon oppa lagi. tsk tsk. inilah kehidupan perempuan tidak berboifren untuk pengetahuan semua. angau pada lelaki korea je kerja. :P

xoxo

Wednesday, October 27, 2010

~ Alhamdulillah. Thank you Allah. ~

salam and hye.

Alhamdulillah. thank you Allah. sebab UPM dah accepted i. bermakna i akan sambung master start bulan januari nanti. malas nak kerja. jadi kena lah belajar lagi. tak apa. habis belajar master gaji dah banyak sikit. mungkin bolehh beli harrier sendiri tanpa harapkan boifren. :))


sila picit untuk pembesaran

fuhh. memang lega lah. kalau tak i terpaksa lah berhempas pulas mencari kerja. sebab i tak apply tempat lain. UPM je i apply. jadi dah boleh menarik nafas lega sambil puasa tiga hari sebab dah niat kalau dapat sambung master kat UPM nak puasa tiga hari. hehe.

to fiza and abangku. see you there dekat UPM. fiza nanti boleh i tumpang kereta kau. and kita boleh shopping together gether. abangku kalau nak suruh orang buat esaimen kena la belanja makan oh. baru la give and take. :))

jadi apa apa pun. thanks emak and abah sebab tak marah pun i nak sambung belajar lagi. i love u both with all my heart. new place. new resolution. new life. i akan berubah menjadi naddy yang lebih baik. i promise.

buat semua yang ucapkan tahniah. perjalanan itu baru nak dimulakan. bukan senang untuk sampai ke tahap ini. dan peluang ini i akan gunakan sebaik mungkin. janji!!. nanti rasa rasa boleh buat phD dekat durham tak?. hehe.


sengih. XD

thanks pada yang mendoakan. i love u.

xoxo

Sunday, October 24, 2010

~ tadah tangan semua ~

salam and hye.

tadah tangan semua.

kurniakan i seorang boifren yang ada sebijik kereta Harrier. bukan sebijik. dua bijik. satu dia punya. satu lagi dia bagi dekat i.

kurniakan i seorang boifren yang pandai nyanyi lagu my baby you. sebab nanti dekat wedding reception i nak dia nyanyi sambil senyum senyum tengok muka i je.

kurniakan i boifren yang kelakar. yang boleh buat i ketawa walau pun tengah nangis tengok cerita hindustan sebab shahrukh khan mati.

kurniakan i boifren yang sombong. jadi bila sombong semua gadis gadis meluat maka i sorang sajalah yang dapat. tak payah risau kena madu nanti.

kurniakan i boifren yang tahu erti bersukan. kerana dia akan sihat dan dapat hidup lebih lama bersama sama i menghadapi hari matang.

kurniakan i boifren yang tak suka pakai cuci muka dan alat solek. maka nanti bila dah kahwin dia tak kongsi cuci muka SKII dengan i.

kurniakan i boifren yang muka macam hero Asmara tu. supaya nanti keturunan i boleh jadi hero filem yusof haslam pulak.

kurniakan i boifren yang kuat daya ingatan. supaya ingat tarikh hari lahir i, emak, abah, tok dan wan. if tahu period cycle i pun bagus juga.

kurniakan i boifren yang tidak suka bela kucing. sebab nanti asyik uruskan tahi kucing je bila nak keluar pergi shopping?.

okay. amin.

tapi kan. tak kesah lah nak bagi macam mana pun. dah jodoh. itu kerja Allah. moga dia lebih baik dari i. supaya dapat membimbing i menjadi lebih baik. dapat bukakan hati i kearah yang lebih diredhai. dapat menyemai cinta i bukan sahaja pada dunia malah pada akhirat.

masih belum bertemu yang sebegitu. suci itu masih belum terasa.

sementara masih single. ehem. macam lah hot sangat kan. haha. i nak mengorat tanpa batasan lah. yelah. masa sekarang tak ada hati yang i kena jaga. tak ada hati yang akan merajuk. ewah ewah. lets enjoy hidup single bebeh. :))

okay target pertama nak mengorat farid kamil. dengan harapan dapat pergi tengok wayang sama sama lepas tu kena tangkap dengan paparazi. esok nya melodi terjah rumah i sambil i cakap no komen 10 juta kali.

okayyyyy. sudahhh sudahhh lah berangan. hmmmm.


buat muka macam ni ada orang nak tak?
ahaha.

xoxo



Friday, October 22, 2010

~ colour dan WOW! factor ~

salam and hye.

fuhh. tengok blog i. cat baru gitu. penat tau cat. dua tiga kali buat tak jadi. last last jadi jugak. i ni kalau bab bab edit coding html memang lah lemah gemalai. sebab coding tu banyak huruf je tak ada banyak perkataan. jadi i pening sampai boleh migrain tau edit coding ni. ehehe.

i pilih pink lagi cat kali ni. mula mula pilih orange. lepas tu geli sebab tak kena dengan jiwa. then pilih belang belang orange pink. pening pulak sebab striking gila 50 kilometer pun dah nampak tu blog i. ehehe. jadi resultnya pink jugak jadi pilihan hati. tsk tsk tsk. i cant help it. sebab pink comel. :)

sebut pasal warna. masa i third year dekat Universiti Malaysia Terengganu. cewahhh. sebut nama penuh U gituuu. i di wajibkan pergi kursus etiket sosial. bukan i sorang la. semua student third year under jabatan kimia. kena paksa. nak tak nak kena pergi juga. dah la kursus tu kena pakai cantik cantik macam nak masuk gadis melayu. ehehe.


sharifah shawati(pic dari facebook dia)

kursus etiket sosial ni macam bengkel tingkatkan imej diri la kan. masa tu depa jemput Sharifah Shawati ni la. kenal tak dia?. dulu dia ni personality TV3. but now dah berhenti and dia bukak syarikat named Adamaya. jadi, dia ni now adalah perunding imej and Adamaya pun ada keluarkan kosmetik sendiri jugak lah. ingat simplisiti ja kaaa?. haha.

bila tengok dia ni inperson. dia sangat cantik and menyenangkan hati. ada aura selesa bila cakap dengan dia. ada satu slot tu. sharifah shawati ni ajar macam mana nak cari colour yang sesuai untuk diri kita. so, remember ni. lain kali bila u try satu baju dekat fitting room. bila tengok colour baju tu dekat badan u on cermin. if ada WOW! factor. the baju suit u.

macam mana nak tahu WOW! ke tak?. kulit kita ada jenis colour dia. ada yang coklat warm. coklat cool. coklat pink pink pun ada. so pilih colour yang akan bright out your skin colour. senang cakap kau nampak cantik la dengan colour tu. atau nampak cerah sikit dari biasa. :))


okay. ini contoh. bahaha.

ini muka i bila tak mekap langsung. hehe. each colour akan keluarkan tone kulit yang berbeza. tengok i nampak lebih putih sikit dengan warna coklat. thats why i love baju warna coklat. colour biru pulak buat i nampak hitam sikit. so i have to avoid beli baju warna biru.

seeeeeeeeee???.

jadi. kena pandai pilih colour in order untuk nampak hot. kalau macam blur apa yang i cakap ni. pergi je masuk mana mana kursus etiket. nanti untuk slot penampilan dia ajar ni lah. nanti dia akan ajar jugak macam mana nak tegur orang yang ada cili dekat gigi. ehehe. :))

xoxo






Tuesday, October 19, 2010

~ blogberjalan ~

salam and hye.

dalam dunia blog ni. i banyak bersusah payah. bukan mudah maintain kan traffik. i penah try dua tiga hari tak blogwalking. jatuh terus hanya dalam 40 unique visitor sehari. sah sah la i tak famous. tak ada orang rindu dan tercari cari kalau tak muncul. hehe.

i tak tahu apa motif orang lain berblogging. mula mula dulu i hanya kenal blog. yang i tahu i ada blog je. lepas itu baru kenal apa itu nuffnang. seterusnya baru kenal erti traffik, SEO dan macam macam lagi.

semenjak menjak ni. bukan main lagi promote pasal autoblogwalking software la. blogwalking software la. satu je nak tanya. eh apasal kau kejar traffik?. mungkin kalau traffik banyak kau hebat kan?. lepas tu kau tak reti hargai orang lain?.

i geram sebabnya depa depa ni spam i punya cbox and shoutmix tu. boleh kata setiap 5 minit ada ja nama depa ni. hoi !! rimas tahu tak??. lepas tu ayat untuk semua sepesen je. nampak sangat tak reti ambil hati i. tak nak ke mengorat i ni ke?. beramas salah beramah mesra ke?

i tahu bukan semua. sebab ada software yang secara manual kan?. tapi kalau dah manual tu. bertegur sapa lah. i geram sebab nampak macam pemalas. hue hue hue. cari gaduh betul i ni. jangan marah ya. kita ada hak kebebasan bersuara. :)

bagi i la. kalau kau malas dan mencari jalan mudah dalam blogwalking. kau takkan kemana mana. takkan ada siapa siapa ingat kat kau. sebab kau tak reti ambil hati depa. macam kau nak mengorat awek lah kan. takkan hari hari sampai sebulan kau cakap 'hai' je kat dia. tak ada perkembangan. bujang la kau sampai tua. haha.

darkbatman aie tu i kenal dia dari follower dia 100++ lagi. now dah 1000++. masa dulu dia blogwalking tegur semua orang. kira dia ni ramah and friendly la. now tengok apa dah jadi kat dia. berjaya kan. semua orang kenal. :)

tapi pilihan masing masing lah. suka hati kau. lantak kau lah. haha.


tudung online dari RADIUSITE wehh.

saja nak tayang tudung. bahaha.
bye. love.

xoxo

Friday, October 15, 2010

~ elektrikretro ~

salam and hye.

i rasa semua orang yang baca blog i ni ada facebook kan?. tipu lah kalau kata tak ada. tapi i jujurnya tak ada myspace. hehe. dulu masa zaman sekolah i main friendster. tapi masa tu budak kecik tak tahu apa apa lagi. nampak hemsem je add. tak kira kenal ke tak.

tapi bila dah masuk zaman universiti. baru start main facebook. ini bila otak dah matang sikit. hanya add orang yang kenal sahaja. approve pun yang kenal sahaja. jadi kalau siapa siapa nak add i. inform dulu. i normally tak approve but i tak ignore. tell me who you are. and i'll approve straight away. :)

facebook ni macam pengikat hubugan lah. eh. pengikat hubungan macam tak sesuai. okay. pengerat silaturrahim lah kan. bunyi islamic sikit. kehkehkeh. sebab nya. dalam facebook boleh sembang pung pang pung pang. tapi bila jumpa dalam realiti. kelu seribu bahasa. tambah tambah kawan lama yang long-time-no-see. :)

ingat tak post i pasal summer on september tu?. itu pun facebook punya hal. kalau tak kerana facebook i takkan contact acap azizi lagi kot. hehe. jadi hari ni i nak promote band orang lain pulak. band encik afdhalludin. dia ni ada blog. pergi la melawat blog dia. hee.

rasa rasa kan afdhal. masa kat sekolah dulu kau pernah cakap dengan aku tak?. tak pun bertegur sapa bertepuk tampar ke?. macam tak kan. tapi tak tahu lah kot aku lupa. tapi nasib ada facebook dengan blog kan afdhal. boleh bertegur sapa. hehe. :)

ElektrikRetro

klik nama band untuk pergi ke facebook fanpage diorang. tengokkk facebook lagi. ish ish ish.

ni lah afdhal. pergi la kacau dia kat blog dia. hehe.

ini Iqbal M. rasa rasa dia ada blog gak kot.

ni sapa ni afdhal?. macam hemsem. kirim salam. hehe.

semua gambar diambil dari facebook elektrikretro. tak habis habis facebook ini membantu. heh. agak agak komuniti e-pelajar UMT boleh jadi macam facebook tak?. ekekeke.

oh lupa. pergi page elektrikretro boleh dengar lagu mereka. semua sedap sedap. :)

hye abang baju merah kat atas tu. ahahaha.

bye semua. love.

xoxo

Monday, October 11, 2010

~ vote azhan for nescafe kickstart ~

salam and hye.

siapa kat sini pernah masuk matriks?. matriks best kan. dulu i matriks kat gopeng. KMPK. memang best. budak budak lelaki kelas fizik hensem hensem. i dengan tun selalu pulun tunggu dekat pintu belakang lecture hall 5 yang bertembung dengan lecture hall 6. lecture hall 6 tu budak fizik punya. haha. maka selalulah main main mata apabila berada disitu.

masa zaman matriks ni la zaman cari boifren or awek kot. masa tu hormon nak ada boifren or awek tengah merembes. jadi akan banyak la kau lihat couple couple di cafe cafe. tak kurang juga di library waktu malam. haha. situasi biasa la tu. :)

masa kat matriks dulu. i ada kawan sms suka suka. hehe. dia roomate i punya budak class. biasalah. sms malam malam masa tengah stay up. merapu itu ini. salah sorangnya adalah azhan. masa kat matriks tak pernah jumpa. dah keluar matriks baru keluar tengok wayang sama. ehehe.

azhan ni macam cartoon sikit. i mean he is a funny guy in a weird way. hehe. and dia ada masalah ingat jalan jalan di KL. masa dia hantar i balik rumah. im very worried dia tak sampai balik Putrajaya tu. but thank god malam tu azhan sms cakap dah sampai rumah. haha.

last 2 days, azhan ada sms. telling me that he made it to the second round of the nescafe kickstart!. wow. tahniah la azhan. dan dia ada request suruh vote. i just nak mintak readers readers tolong vote for azhan. boleh?

only need several simple steps

log in here


click on the picture to go there. :)

and now click

video gallery


scroll down lagi


taraaa

click dekat video
azhan bin mohd husain


yeay! dah boleh vote. :)


ini video nya.
tengok lah. tengok lah. lepas tu boleh pergi vote. :)


jadi harap harap siapa siapa baik hati do vote for him. dia memang talented jadi game tester. kalau bukak facebook azhan ni. penuh post pasal game je. hahaha. :)

dengan ini i tamat lah post kali ini. i susah payah print screen all that tau azhan. belanja i nasi kandaq jom. eh nasi?. oh no. i kena avoid carbs. sebaaaaaaaaaaaaaaaaaaaabbb.....


i makin gemoksss. :(

xoxo

Friday, October 8, 2010

~ abah i superman ~

salam and hye.

hari ni birthday abah i. happy birthday abah. abah mesti tak baca blog i kan?. tapi mana tau entah entah abah baca. bukak senyap senyap je sekodeng blog i. nasib baik tak pernah mengumpat pasal abah. jadi tak apalah kalau abah baca pun. :)

abah i tak garang langsung. tapi dia tegas. ingat lagi ada suatu hari tu. i keluar dengan member member. lepak makan makan. sedar sedar dah pukul sebelas. ooooopppppsss. bila sampai rumah saja. abah ada kat ruang tamu tunggu i sambil buat mata bulat. kecut wooo. tapi esok nya abah bawak pergi makan makan seafood sedap dekat Klang. maknanya tak marah la tuu. :)

masa i kecik kecik baru masuk tadika. i suka nangis tak mahu pergi sekolah. bila abah hantar pergi tadika, i menangis kuat kuat nak balik. okay. abah baik hati. dia pun bawak i balik rumah balik. jadi hari itu ponteng tadika. sayaaaaaannnggg abah.



ini coklat i tempah khas sempena birthday abah and emak. combine sekali birthday dua dua. kehkehkeh. i kan belum kerja lagi. ini pun duit lepas korek korek tabung dan tak makan seminggu baru boleh beli coklat nih. haha. tipu je. :)

kalau nak beli juga boleh lawat choco smile.

birthday kali ini abah nak belikan i kereta kan? kan?. eh. kenapa i yang mintak hadiah dari abah? hahaha. songsang sikit. tak apalah kan. :))



tengok abah kite. dia superman tau.

ingat faizal tahir je ke superman. haha.

happy birthday abah. love u.

xoxo

Tuesday, October 5, 2010

~ kalau padi kata padi ~

salam and hye.

kalau kau pembaca setia. mesti perasan yang i mana pernah mention pasal boyfriend. bila sebut je boyfriend i macam down. hakikatnya, mungkin single lebih menenangkan jiwa. cuma sekali je kot pernah sebut pasal dia. nak baca tekan sini.

entry ini mungkin akan ada banyak soalan. yang rasanya kau tak payah jawab. biar dia je jawab. tapi dia baca ke blog i?. tak baca pun tak apa. at least apa yang i nak tanya tu. dah di keudarakan. cewahhh. di keudarakan. bahaha.

4 tahun bukan ukuran untuk lihat kesetiaan. wow. boleh tahan kan ayat jiwang i. hehe. dulu masa mula mula kenal. boleh kata tiap tiap malam sms. kalau kredit tak ada pun. mesti akan bagitahu awal awal. bila makin lama. mula la alasan busy, kredit tak ada and tak perasan sms. tapi kenapa dulu boleh sekarang tak boleh?

dulu kalau ajak dating. dia paling semangat. sanggup tunggu i walaupun dekat dua jam i lewat. bukan salah i. salah bas rapid KL. haha. sekarang kalau ajak dating. banyak sangat alasan untuk cancel kan dating tu. kalau tak nak jumpa cakap je la. itu pun susah?.

yang paling tak tahan. bila i nampak dia online kat facebook. i tegur dia. and dia terus offline. kata busy boleh pulak melangut kat facebook tu. bukan sekali. dah banyak kali. sampai satu tahap i pun akan putus asa. mungkin dah sampai pun tahap tu. hmm.

walau pun dia tak pernah kata nak putuskan hubungan. tapi i anggap dah putus la kan. buat apa i mengharap pada yang dah tak sudi. eh macam lirik lagu. haha. hiduplah dengan cara kau. buat la apa kau suka. dan bila i dapat penganti sehemsem ashraff muslim. i tayang depan hidung kau weyh. haha. dendam. busuk perangai. :))


tak suka cakap pasal ni

eh benci la entry macam ni. geli. tapi nak kena post juga. sebab i rasa macam geram gila kat dia. gaya macam nak buat i jadi sparepart. kalau dah tak nak mintak break la weyy. ooooppppsss. teremosi pulakss. nak upah triple H pergi belasah dia lah. biar penyek. :))

ada lagu hindustan bagi mengisi jiwa lara. layannnnnnnnnnnnnnnnn.

bye. love.

xoxo

Sunday, October 3, 2010

~ summer on september ~

salam and hye.

dulu dulu masa i sekolah di Setiawangsa. tempat tu baru nak develop. masih tiada hiburan. kalau nak keluar bersama rakan rakan mesti akan pergi jaya jusco wangsa maju. itu tempat paling happening yang emak i bagi pergi. alah. masa tu baru 14 tahun. belum kenal dunia lagi.

bila time time nak habis form three baru la pasaraya GIANT dibina. cehh. itu tempat emak beli ikan. haha. tapi ada MCDONALD sebelah GIANT. jadi kami satu kelas. eh satu kelas ke?. tak lah mana yang suka buang masa macam i dan beberapa kerat yang lain je akan pergi MCDONALD lepas kelas tambahan. :)

tapi sekarang Setiawangsa dah maju sikit. dah ada jaya jusco sendiri. tak payah merantau sampai wangsa maju lagi. then dah ada setiawangsa center. eh kalau tak silap la. ada banyak pilihan makanan. ikan bakar sekinchan pun ada kat situ. malam malam ada uptown. kira dah ada life sikit la.

banyak jugak orang glamour duduk setiawangsa. Pierre Andre pelakon jangan pandang belakang tu dulu senior sekolah i. haha. dia pengawas. ingat lagi dulu sengaja cari tangga yang Pierre ni jaga untuk naik pergi kelas. haha. budak perempuan gedik macam ni lah. haha. :)


summer on september

ini band kawan sekelas i masa di Setiawangsa. macam cool kan?. okay tak, memang cool. mereka tak bayar i apa apa. cuma i saja saja menawarkan diri untuk promote group depa ni. mana la tau nanti depa jadi famous gila gila. masuk tv sana sini. boleh i tumpang glamour. :)

kalau macam rasa nak dengar lagu diorang boleh tekan sini. nak jadi fan dekat fanpage facebook diorang pun boleh tekan sini. nak tempah diorang buat show pun tekan sini. :)


acap azizi

i kenal dengan acap ni lama gila kot. dari sekolah rendah. haha. tapi tu la acap. dulu masa sekolah rendah kau macam baik. jadi i tak sangka la kau akan pilih ini sebagai bidang kerjaya kau. bila masuk sekolah menengah kita dah tak sama kelas kan? kan?. yela. kau kan budak pandai. :)


raja ezzat

ini raja. sama sekolah menengah juga. dengan muka yang jambu. memang ramai peminat dari kalangan awek kot. tak pasti la pernah sama kelas ke tak dengan kau raja. tapi yang pasti pernah keluar main boling dekat ampang park dan kau misscall i tak henti henti. haha. budak sekolah baru ada henfon. cam tu lah. :))

all the best okay. semoga berjaya hingga ke united states. :)).


ini naddy. dia bukan artis.

haha. bye. :)

xoxo

Friday, October 1, 2010

~ karaokeholic ~

salam and hye.

mula mula dulu. i selalu ikut Nor je. ikut je. sebab dia begitu pulun bagitau i yang lepas kau kena sekali mesti kau ketagih. masa tu i budak baik lagi. tak reti lagi benda benda ni. tak tau nak salah kan siapa. Nor ke diri i sendiri?. hehe.

lepas dah selalu ikut Nor. i pulak yang bagi Eiji dengan Yana ketagih. Eiji memang tak boleh belah. dia kalau dapat. memang orang lain tengok je la. bukan reti kongsi kongsi. semua dia sapu. kalau tak percaya. boleh baca entry ini. haha.

sayang sayang tau ke ape yang i cerita ni?

KARAOKE :)

actually i kena tag dengan Fara Murni untuk karaokeholic contest. alang alang i memang kaki karok. why not join kan. tak rugi apa apa pun. hehe.

Powered by BannerFans.com
here is the contest banner. :)

and syarat-syarat penyertaan.

1. Ada blog sendiri. Jangan guna orang lain punya pulak.
done :)
2. Jadi follower blog ini. Senang nak tau update nanti.
done :)

3. Buat entry pasal contest ni dengan tajuk KARAOKEHOLIC.
done :)
4. Letak banner contest dalam entry dan sidebar blog korang.
done :)
5. Letak 1 keping gambar korang berkaraoke.
done :)

6. Tag rakan blogger. Tak kisah berapa orang pun :)
done :)
7. Tinggalkan komen pada link ini. untuk saya update link participants :).
done:)


and there go the picture. :)



bukan senang untuk maintain cun bila karaoke. sebab tu bila lelaki hemsem ajak pergi karaoke i tak nak ikut. malu lah kalau lelaki hemsem tu tengok aksi luar biasa tu. hehe.

oh lupa pulak nak sebut nama penganjur contest. haha. sebab i lupa i kasi besar sikit nama u ok dear. haha. she is Farah Liyana. i nak tanya u la farah. u belanja hadiah tu seumur hidup ke?. haha. gurau gurau ye sayangsss. :)

nas (geng karok)
mesuya
eiyka elisya

tiga orang ni kena tag.
i randomly pick ok. :)

xoxo