Tuesday, July 16, 2013

tema raya : black and white.

salam and hye


alhamdulillah dah seminggu pun puasa kan? ada yang dah rongak puasa ke?. hehehe. kalau perempuan takpe, mungkin cuti umum. kalau lelaki, takleh jadi imam lagi letewww.


i dapat bayank feedback positive suruh kurus untuk entry lepas. tapii tapii bila pergi bazar ramadhan semua i beli. tambahan pula emak pon join sama, abah pun tapi abah taste dia rare sikit. teehee.



tengokk penuh satu meja. hoho.



Jadi kesimpulannya i memang dasar perempuan kuat makan. so, gi bazar cuma seminggu sekali je. gi hari hari. bankrupsi uols. Baju raya entry lepas terpaksa simpan bila kurus nanti. muehehe.



preview baju raya



yang ni tak tunjuk semuaa. kasi surprise kat orang kampung. emak suruh beli hitam. so that nampak kurus. hoho. i baru nak beli colour emas-emas ala datin. ahaha.



bila la nak kurus



Sekarang i sahur makan herbalife je. buka puasa takde la nak herbalife sangat. ahaha. tapi dengan herbalife energy luar biasa. tak percaya boleh cuba. pm i ye? hah. promote herbalife pulak. lariksss. :P


till then
Assamulaikum




Monday, July 8, 2013

baju raya tak muat. :(

salam and hye

lama sangat tangguh tangguh nak update blog. hehe. harini terupdate jugak. sejak kerja baru ni. memang busy kalah datin. hehe. kerja baru nih, barulah mencabar. barulah nikmat kerja sebenar. :)

sedar tak sedar lusa dah ramdhan pun kan. selamat berpuasa semua. hehe. bulan puasa ni banyak hikmahnye. terutama untuk i. boleh kurus murus. ehehe. boleh ke? ahaha.



Baju raya ke?


haritu i beli baju ni online. dengan perasaan bajett kurus. i ingat muat la untuk i. bila i try. ketatsss gila uols. emak sampai membebel bebel. kata satgi orang kampung tengok la apalah. ada dua choices sekarang. kena kurus atau beli baju baru. hehe.

rasanya ini je kot nak update. tayang baju raya je. eh tapi tak surprise la dah tunjuk kans. ahaha. beli baju lain la gamaknyeee. :)

till then
assalamualaikum




Wednesday, June 12, 2013

doakan yang terbaik dan jom join contest.

salam and hye


i dont know where to start. hmmm saja nak inform yang i dah berhenti kerja kat company lama. malas nak cerita sebab apa i berhenti. bila i kerja situ duit tak pernah cukup walaupun gaji banyak. mungkin tak berkat, sebab tu Allah pendekkan masa i kerja di situ. well hello! selamat berkenalan, saya Naddy si budak takde kerja. :)



alhamdulillah, rezeki kat tempat lain.



Harini ada interview dekat wisma UOA. mungkin Allah tahu yang lebih baik untuk kita. jadi perancanganNya adalah yang terbaik. jadi doakan i dapat kerja ini. doakan yang terbaik peliss. i know uols semua sayang i. hehehe. :)


oh ya my oldschoolmate ada suruh promot contest blogshop dia. hope korang boleh join. the more the merrier and korang jugaks yang huntongg. hehek. here is the details.



SALAM & HI SEMUA,
SMOOCHIEHONEY 1ST GIVEAWAY IS HERE! 

MCM MANA NK JOIN GIVEAWAY KAMI? MUDAH...SGT MUDAH
1- Share mana2 gambar beg / wristlet / brg2 victoria's secret dr album kami.
2- Tuliskan "Jom shopping raya di Smoochiehoney!"
3- Share di wall FB ANDA
4- lepas share, plz pm link fb anda di page pm kami atau email smoochiehoney@gmail.com
5- pastikan FB anda TIDAK PRIVATE, kalau private, susah kami nk tgk link yg anda share td 
**anda dibenarkan share sebanyak yg mungkin. xkisah nk share byk kali pun 

MUDAH kan?
hadiah menarik menanti anda, ada barangan VS, korean inspired clothing, smoochiehoney limited bag collection!
TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 16 JUNE 2013 (SUNDAY), 8.00pm
Undian dibuat secara rawak utk dapatkan pemenang pd 9.00mlm 16 JUNE 2013 
JOM JOIN SEKARANG 



untuk join klik SINI.


jadi jangan lepaskan peluang. syarat syarat pun mudah saje. hihi. cik Amen takde ke saguhati untuk i ke?. kan dah tolong promote ni. ekeke. :P



dalam gambaq macam kurus. kat luarrrr homaigod gemoks!.



peliss uols. selaku pembaca setia blog i. doakan yang terbaik. i really really need this job. sebab tempat macam glamour, KLCC babe. the place i always adore. :)


till then
assalamualaikum


Tuesday, June 4, 2013

make-up senang simple mudah.

salam and hye


sedar tak sedar dah tengah tahun pun kan. dah bulan june pun kan sekarang. kalau tengok target macam nak kahwen tahun ni. tapi calon takdak lagi. acane tu uols? ada siapa siapa nak volunteer jadi calon untuk i tak?. HAHA.


tak apalah, jodoh di tangan tuhan. tak rock ah kawen awal awal ye dok?. hehe. so harini i nak share style make up yang simple sesimple simplenye. i ni pemalas, jadi make up pun nak cepat ajeee.


so this is very simple and just required only THREE make up things which is...



foundation

i pakai dari rangkaian Revlon iaitu Colorstay. dah banyak foundation i try termasuk BB cream dari Bio Essence yang mahai nak mampps tu. hehe. tapi colorstay memang terbaik sebab effect flawless sampai officemate pun tanya pakai foundation apa. hihi. Simplysity punya pun hokayy setanding Revlon. :)




lip tint / lip gloss

ini lip tint yang i baru beli. eksaited terlebih sebab tengok gambaq promo macam boleh jadi bibir artis korea. and bila apply untuk diri sendiri takde la korea mana pun. haha. tapi i suka. sebab colour dia natural dan sangat soft. :)



black and white eyeliner

white eyeliner ni pun i baru beli. hehe. ini pun sebab nak dapat effect mata yang lebih galak. i memang pakai eyeliner even pergi buang sampah depan umah je pun. hahhhh nampak tak pengguna eyeliner tegar disitu. i lebih prefer gel senang nak pakai and tahan lama. :)



jadi mari kita cuba ye kawan kawan..



muka i lepas letak foundation. sebelum pakai tak payah tengok lah ek. mimpi ngeri nanti. hehe.



ini lepas apply eyeliner putih dan hitam. apply color putih bahagian dalam dan luar hitam untuk dapatkan effect mata galak. macam misai a.galak. :)




then apply lip tint as final touch. senang simple dan cepat. malah murah je sebab pakai TIGA barangan make up sahaja. 



jadi abah korang, boyfie korang, abang korang, hubby korang takkan mengamuk dah tunggu korang make up lama lama. tiga barang ni pun dah cukup untuk beri confident pada i. tak tahu anda macam mana. hehe. :)



till then
assalamualaikum

Sunday, May 19, 2013

meh order cupcakes nardnaddy.

salam and hye


hai uols. pernah makan cupcakes tak uols?. mesti pernah kan. tapi cupcakes i buat tak pernah makan lagi kan?. hah. kalau nak merasa air tangan i. meh la order. dijamin sedappp. yakin je kannss. HAHA. sebab ofismate kata sedap. so sedapp lah kot. atau mereka nak jaga hati i jeks? OH NO!


haritu birthday teamleader i. so saja la buat cupcake try try je. and boleh lah skodeng skodeng market cupcakes kat opis at the same time. tengok tak betapa syaittonn perangai nak jugak ada udang di sebalik batu. hehe.



first attempt i. cun kans?. hihi.



bila rakan rakan dah rasa mereka berpuas hati. ada yang dah order dah pun. jadi kalau kawan kawan blogger i nak order pun boleh. maybe arround KL je la kot kan. boleh COD sekitar kawasan dekat dengan stesen LRT. :)


ini order dari opismate i. yang tabur oreo tu huduh sikit. maap. :(










sebenarnya cupcake i ni adalah kek chocolate moist dengan cream cheese toppings. topping boleh adjust nak colour ape and design ape. bagi tahu i je. tapi i takde la terel sampai guna fondant. nanti kalau i
dah belajar boleh amik order guna fondant pulak. harga sebijik kita charge rm3 depends dengan toppings k. :)


ini tauke cupcakes. peplum kznabihah dan floral crop jacket. 



kalau nak tunang ke, nak sambut harijadi ke atau pun nak bagi your special one ke. meh la order. oh ya, tiramisu pun boleh order. tiramisu memang hot item kat ofis i. nanti nanti i update pasal tiramisu pulak k. :)


pm facebook i untuk oerder k. :)



till then 
assalamualaikum



Thursday, May 2, 2013

kelip kelip kusangka api.

salam and hye


happy mengundi uols. hehe. i tak cukup umoq lagi. so takleh mengundi lagi kali ni. ekekekeke. tunggu lima tahun lagi lah ek. dah tentu cukup umoq dah time tu. hoho. :P


bulan april haritu sekali je kan i update. holohhhhh. soriii morii. i busy sangat sangat tak tau habaq lahh. ni pun update sebab weekend lepas pergi jalan jalan dengan member opis. so ada la sikit benda nak stori stori. seronots okay. :)



a sunset view at kampung kuantan, kuala selangor



bila kampung kuantan je mesti lah sessuaii dengan kelip kelip kan. kitorang memang pergi nak tengok kelip kelip ye. at the same time, of coz la pergi makan seafood. ye seafood. lagiiii. :)


ini adalah babak tunggu turn nak naik bot. kelip kelip ni boleh start masuk pukul 7.45 sampai arround 10 malam. bak kata pakcik sampan lagi gelap lagi cantik kelip kelip. :)







jadi bila dah sampai turn untuk naik sampan kita amik group photo pulakk. dah pakai lifejacket ni, baru feeling sikit. 




eh gigihnya i betulkan lifejacket tu. tak pandai berenang lettew. heh.



ohya. memang tak de la gambar kelip kelip sebab bila tangkap gambar tak nampak apa apa. gelap gulita. but one thing for sure, the view is priceless. boleh la kalau nak feeling feeling macam dalam alam fantasi kejapp. :)


dan masa yang paling seronot sekali adalah ketika makan seafood di medan ikan bakar jeram. i memang dasar gemok. makan je happy. makan je happy. ekeke.



ini adalah antaranya. nampak sedapppps kan. :)



si muz tu la teringin ikan masak taucu pulakkks. layankan aje masak taucu pom boleh. padahal emak masak taucu lagi kaw kaw sedap. hehe. :)


jadi if uols ada masa terluang tak tau nak buat apa. pergila tengok kelip kelip. daripada pergi ict, baik pergi sini. rasa tenang and dapat reduce stress. happy. :))


till then,
assalamualaikum.


Sunday, April 21, 2013

perfume baru datin naddy.

salam and hye


alahaiiii lama nya tinggal blog tak update. sori so busy kesana kemari. tak dapat nak update. lagi lagi bila balik kerja je. lepas makan makan terjelepuk tidoqq sampai besok ye gamaknya. hadoi. hmm. macam mana la hanis zalikha divide hidup dia eh?. i ni haaaa. haru biru hidup uols. :P


sebenarnya topik dah ada. i sengaja mengada malas nak bukak lappy malas nak update. i dengan malas ni dah macam adik beradik dah. memang air dicincang takkan putus lahhh. well, thats not good okayh. jangan mencontohi saya ye semua. :)



yves saint laurent - cinema



kehkehkeh. baru beli minyak woongiiii awal bulan haritu. almaklum lah gaji kan. belanja la diri sendiri. ehehe. before i beli i survey la sikit sikit review pasal perfume ni. banyak yang kata bau alaa alaa wanita classy. oh. i suka itu. bajet bajet datin memang i suka.


bila i pakai pergi ofis, bau dia okay okay la. tak de la datin sangat pun. but it is quite heavy scent bila naik tren bagai. tak sesuai ye. kalau kau naik kereta macam bentley tu maybe masuk sikit. boleh kata bau dia tak sesuai untuk naik tren. eh boleh gitu? ahaha.



close up botol sikit. ngeh.



overall ahkak puas hati. boleh practice jadi datin daripada muda muda ni. esok jadi datin tak ada lahh kekok. ahaha. ada terbaca review kat internet. cinema ni pun one of ning baizura punya feveret perfume. haaaa kerlasss kan uols.



datin naddy sangat kan.



hahaha. i memang suka praktice jadi datin. sampai ofismate pun panggil datin. hamboii ofismate tak sayang mulott ye. depan depan setepek kau bahan. haha. tak pa lahh, kata kata tu doa. untung untung jadi datin naddy hokayy jugaks. :)


till then,
assalamualaikum.


Saturday, March 30, 2013

tahniah kepada myrahthesamurai. hee.

salam and hye


sorry sorry sorry. i janji minggu lepas ye nak announce winner. tapi minggu ni baru nak announce. sibuk sangat sebab dok study interview punya pasal. eceeehhh. alasan professional kan? ahakss. company tu bagi handbook pasal KF theory 81 muka surat ye. tak ke STRESS?. hehe.



undian pemenang secara rawak. haha.



setelah dikaji kaji. dan untuk berlaku adil dengan semua peserta. jadi i pun ambil keputusan untuk pilih pemenang secara lucky draw. heheh. emak i yang cabut nama pemenang ni. tak banyak pun peserta. tapi alhamdulillah sebab ada juga yang sudi support giveaway simple i. :)


dan pemenangnya adalahhhhh



Nur Amirah Bustaipo
http://myrahthesamurai.blogspot.com



tahniah darling. nanti pm fb fanpage i nama penuh, alamat dengan no telefon ye. i akan post shawl pilihan u secepat mungkin. myrah pilih shawl design A. hihi. tahniah lagi sekali. :)



shawl design A soptted dalam hijabista edisi april taw. :)



hope nanti kalau ada rezeki lebih. boleh buat giveaway lagi. mungkin buat benda yang unisex sikit. hehe. ni macam tak aci je kat abang abang yang baca blog i. tak dapek join haa. kecian pulaks. ekeke.



congratulation again myrah. :)



heheh. perlu ke congratulation tu letak gambar sendiri?. HAHA. memang lahhh perluuu. ni kan blog i. memang gambar i je la kannnn. :P


till then
assalamualaikum
  

Saturday, March 16, 2013

Giveaway shawl by nardnaddy. worth RM20.

salam and hye


alhamdulillah. kadang kadang kita terlupa bersyukur dengan kurniaan rezeki yang Allah berikan. jumaat yang lepas i ada pergi interview di Metrohm Malaysia, untuk jawatan application chemist. i qualified untuk next interview. wish me luck ye sayangs sayangs. :)


itu adalah rezeki. sekali lagi syukur Alhamdulillah. so, sekarang i nak kongsi sikit rezeki dengan pembaca blog i. hihi. alahh kita seronok seronok je okay. sebab i tak mampu lah nak bagi hadiah iphone5 bagai. jadi hadiah tak sebarapa ni harap uols sudi join giveaway ni ye.


hari tu i ada shopping shawl banyak gilaaaa. adalah dalam sekodi gitu. haha. boros kan?. oh i tak tau nak beli yang mana satu. last last semua i beli. kikiki. jadi pemenang giveaway i ni boleh pilih salah satu dari shawl yang cantiks ni okay. :)



design A



design B


caranya
1. follow blog i ni
2. follow fanpage blog i di fb. sini.
3.drop private message di fb fanpage i.
4. sertakan nama dan pilihan shawl.


i akan pilih pemenang berdasarkan message di fb fanpage. mungkin pemessage yang ke 10, mungkin yang ke 20. jadi semakin cepat anda join. semakin cerah peluang hehe.


giveaway ni tak terhad ye. perempuan lelaki boleh join. kalau pemenangnye lelaki. uols boleh bagi hadiah pada yang tersayangg. hemo. kalau perempuan, kau melaram je puas puas nyahh. :)



pemenang boleh buat pilihan. :)



sebenarnya i nak bukak blogshop. tapi tak berani lagi. test market dulu. join la giveaway ni ye. tolong support i. rezeki kita kongsi sama sama. :)


till then
assalamualaikum


Sunday, March 10, 2013

seafood tanjong harapan.

salam and hye


pertama sekali, thanks pada semua yang memberi semangat dan yang mendoakan pada entry yang lepas. terharu i. banyak yang memberi semangat. mungkin apa yang i rasa ini cuma sikit berbanding dengan orang lain. biasalah, pengalaman mendewasakan kita. :)


i dah start kerja macam biasa bermula dari hari rabu. dan hari sabtu semalam kena kerja halfday. so member ofis nak pergi makan seafood dekat klang. so, daripada boring duduk kat rumah. i pun join la aktiviti makans makans ni :)



view from the restaurant



oh i memang betul betul lupa nama restaurant ni. i was too excited to enter the restaurant sampai terlupa nak tengok nama restaurant dia. hehe. i memang kalau dah bab bab makan ni, benda lain i lupakan. oh nampak tak kenapa tak kurus kurus? :P


these is the only two things that im able to capture. hehe.



butterprawn



khailan with ikan masin



budak opis i mulut macam naga ye. tak sempat i nak snap snap gambar ni. sampai je makanan terus je terkam. haha. gila kuat makan. tapi macam ni la best. baru la rasa meriah. daripada sopan santun control ayu mana best kan?. hehe.



gambar ni kena letak. sebab ini kan blog i. HAHA.



lepas dah kenyang makan seafood. member i ajak tangok wayang cerita Jack And The Giant Slayer. cerita ni okay okay je lah. i will give 7/10 overall. nak kata boring tu tak lah boring. best to takde la best. standard je. sampai satu tahap i tanya member i "eh bilanyaaa nak habis." HAHA.






tapi ewan mcgregor dalam muvee ni sangat tidak mengecewakan jiwa perempuan i. sangat hemsem. melting melting melting. kalau minat ewan mcgregor boleh la pergi tengok cerita ni. hihi.


till then
assalamualaikum