Friday, July 10, 2015

Buffet flora kafe ampwalk, jalan ampang :)

salam and hye


Dah berbuka puasa ke semua? kite alhamdullillah dah berbuka makan nasi lemakk, kuih karipap, air tembikai, ayam bobob dan macam macam lagikkk. HEHE. nampak tak nafsu syaitonnnnn semua makanan kite nak bedal. :)


Officemate ari tu ada ajak try buffet bukakk puasa. jadi weols pun survey tempat. mula mula ingat nak pergi impiana. tapiiiiii, impiana lari bujet la mahal benorrrr. kena bergolok gadai baru boleh pergi. HAHA. ke ada yang sudi nak taja i berbuka kat impiana? aummmmmmmmm. HEHE.


Destinasi pilihan : Flora kafe, Ampwalk



situasi hari tersebutt



Harga dia sangat sangat berbaloi dengan menu yang dia hidangkan. Kira RM65 uols tu tak terbazir sebab macam dah rayaaa je menu dia BAHAHAHA. Paling win adalah nasi arab dia, pastu pisang caramel badam. Kuey teaw goreng pun sodapp. semua sedapp lahhhh. HIHI.



Deco cantikkkkkkkkk :)



Deco dia buat kita rasa macam pengacara raikan cinta and mahligai cintaaaa. gittewww. HAHA. tempat cantik ala ala dalam hati ada taman. pastu kan lampu dia malap malappp romantik sangat. terusss rasa nak berumah tangga. hmmm hmmm :)



Makeup look for that night :)



Kite mekap simple simple jeww. belah kanan tu masa baru lepas siap mekap, belah kiri tuuuu lepas dah 4 jammm tunggu officemate. apa apa punnnnnn. iols tetappp maintain ayu. cuma lepas tiga kali round makan i dah melepet buncit selekehhhh malas nak control ayu lagi. HIHI.


So overall, berbaloi la pergi situuuu. boleh makan dari 6pm sampai 10pm. tapi weols muslim makan lepas azam maghib hokayyyy. mihihihi.



Till then,
Assalamualaikum :)





Wednesday, July 1, 2015

Tips ilusi warna gigi lebih putih :)

salam and hye


Dah pertengahan ramadhan dah ni. dah beli baju raya?. kuih raya dah siap buat ke?. duit raya? dah sediakan ke belum. HEHE. paling penting... tiket balik raya dah beli ke belum. jangan sampai lagu dendang perantau jadi realiti kat kau nanti HAHA.


Boring la nak cerita pasal baju raya. kite harini nak bagi tips gigi putih dipagi raya. tapi applicable untuk gadis dan para wanita ajekk. Lelaki jangan try, nanti omak abah kau pitammm di pagi raya. HAHA. tips dia sangat senang hanya perlukan seketul lipstick.


LIPSTICK MERAH MENYALA



NYX butter lipstick : Big cherry



Kalau lipstick merah yang ada bluetone based, maksudnya dia bagi warna cool tone. Ini yang paling sesuai actually. dia sedikit sebanyak akan nampakkan gigi kau putih dari biasa. HEHE. pernah tengok tak iklan colgate optic white fazura? lipstick dia merah ang ang. ilusi gigi putih la tuuuuu :)



seriously, it works. :)



Jadi kalau kesuntukan masa nak pergi dating ke.. kenduri ke.. dinner ofis ke.. dan tak sempat nak gi dental scaling gigi. tips ini boleh la digunakan. BAHAHA. jimat cost dan dalam pada masa yang sama vogue gebum gebumm uols pakai gincu merah menyalaaaaaaaaa. HIHI.


Im wearing nyx big cherry on the picture above. nyx ada jual kan sephora dengan harga setanding mekap farmasi. serious tak mahal and worth it. try la awak awak semuaaa. HEEE.



till then,
assalamualaikum :)





Wednesday, June 24, 2015

Iftar dengan officemates :)

Salam and hye.


Sedar tak sedar dah seminggu kita puasa kann. dah seminggu puasa pun kite tak kurus kurus. HEHE. tiap tiap tahun memang la iols berangan nak diet bila bulan puasa. tapi bila jumpaaa tepung pelitaaa, nasi arabb, ayamgolekkk, nasi ambenggg. HAHA. musnah diet i. :p




berbuka dengan officemate :)



Minggu lepas kite ada potluck berbuka dengan officemates. Terima kasih la kat officemates semua yang tanpa jemu mendemokkan iols. nanti kite buat lagi eh potluck berbuka. HAHA. best sebab semua makanan bolehh rasaaaaaaaaaa. :)


Sebenarnye boleh aje kalau nak beli makanan berbuka. Tapi pastikan apa yang kau beli kau habiskan. Jangan membazir. kalau rasa tak mampu habiskan.. jangan beli. HAHA. Puasakan mengajar kite menahan nafsu. yedakkkkkkkkk? HAHA.



Overdone eyeliner huuu T_T



Kite pakai eyeliner kohl from sephora. memang laaaaa highly pigmented. tapi kauuuuu bila dia dah tumpol atau orang penang panggil 'kulop'. HAHA. habis smudge and overdone eyeliner kite. takpalahh esok esok je la kite sharp balik eyeliner tu. kalau rajennnnn. AHAHHA.


till then,
assalamualaikum :)




Wednesday, June 17, 2015

Yeayyy kite dah buat kuih raya :)

Salam and hye.



Wahhh sedar tak sedar dah nak masuk ramadhonn dah pun. rasa macam baru je raya tahun lepas. HEHE. cepat masa berlalu sekarang. sekelip mata je. so harini bolehh kata last dayy la untuk korang makan tengahari secara umum. HAHAHA.



Actually kita dah start buat kuih raya dahh. maklumlahh ramadhon nanti nak tumpu pada ibadah. ECECEH. tapi kalau nak beribadah tu kita tak payah kecoh kecoh. senyap senyap je. buat kueh raya takpe kecoh kecoh. untung untung orang tengok pastu orang nak tempah. hmmm rezeki :)




Kuih makmor, tart nenas, jejari oat and peanut butter.




Tembun dan demok kuih muih kita. BAHAHA. takpa laa, puas sikit makan kan. makan sebijik kenyang teruss. hee. nanti puasa nak buat lagi 3 jeniss. semua ni actually mak kita yang bancuhkan. kita tukang kuarkan kuih dari oven jekkk. HEHE.



Kuih raya jual sekarang semua mahal mahal. buat sendiri lagi puas hati. cumanyaaaaaaaa, buat sendiri penat la sikit. daripada beli barang sampai la nak buat and sampailahh kau hadapp oven, penat!!!. kena gigih la sikit HAHAHA.




selamat berpuasa semua :)




Di kesempatan ini, kita nak ucapkan selamat berpuasa untuk semua yang sudi singgah and baca blog kite. Jadi kalau ada salah silap gurau gurau dalam komen or entry harap maafkan ye. ohkayyy sayang sayang, nanti jangan la seksa jiwa raga kita update entry juadahhhhhhh berbuka kau pulak. HAHAHA.



Till then,
Assalamualaikum. :)



Tuesday, June 9, 2015

Bawal Aidijuma :)

salam and hye



Apa khabar sayang sayang semua. HEHE. seperti yang dijanjikan kat entry lepas. i akan review sikit pasal aidijuma. ye tudung bawal cetusan idea datin norjuma. mula mula i pun tak paham kenapa orang fanatik sangat dengan aidijuma ni sehingga lahhhhhhh i beli tudung tu untuk try tahun lepas. :P



Harga dia boleh kata murah, antara RM10 to RM50 sahaja. So kalau student student or golongan berpendapatan sedehana macam i. HEHE. memang akan rasa berbaloi sebab design pun comel, senang nak bentuk and rasa cute je bila pakai. serius tak tipu. bahahaha.




oh, kulit muka lain tona. lighting lahh ni. HAHA.




Yang gambar iols kat atas tu semua green label. ohyaaaaaa, lupa nak terang aidijuma ni ada beberapa label yang membezakan kualiti dan harga. BAHAHA. Ada black, green, pink, white, red and yellow label. so kalau korang pakai yang paling murah tu sorok sorok lah label tu belah dalammmm. :P



Black label: paling mahal, jenis kain lembut, ada jual kat online and concept store.
Green label: dalam RM15 je, jenis kain so-so, ada jual kat mobile and online store sahaja.
Pink label: Murah RM14 je, kain ada yang so-so ada yang lembut, ada jual kat online and concept store.
White label: Murah RM10 je, kain keras basuh baru lembut HAHA, ada jual kat online and concept store.
Red label: Yang ni tak mahal tak murah, limited edition jual kat online store sahaja. :)
Yellow label: Yang ni pun tak mahal tak murah, limited edition jual kat authorized premium reseller sajorkk.



Jadi, bolehlahhh pilih ikut kemampuan dan tahap kencantikan nyewww. Dan tahap kerajinan korang nak mendapatkan nyeeeww. Sebab aidijuma sekarang ni pakai numbering system. Hmm hmmmm. i ni bukan la jenis gigih beratoqq pepagi amik number and que up beli tudung. HAHA. tak kuasaaaaaaaaaaaaaa. :P



Tapi tak perlu risau. premium reseller ada. depa boleh amik upah untuk tolong belikan. tapi hati hati sebab kita banyak jugak jumpa reseller aidijuma yang menipu. selalu depa amik upah dalam sehelai RM3-RM5. Pilihan ditangan korang sama ada nak sesak2 beratoqqq atau bayar je upah. HAHA.



Tak sangka kan beli tudung pun complicated sangat. Lelaki jangan nak complaint sangat hokayyyyy. kalau sayang awek ke bini ke tolong la pi beratoqqqqq and belikan. mesti bini atau awek semakin sayang. Aummm. HIHI.



till then,
Assalamualaikum.








Thursday, June 4, 2015

Maaf, belog kelaut lagi. :(

Salam and hye.


hmmmmm. sori semua. nampaknya kelaut lagi belog i. taktau la sebab sibuk sangat ke?. atau sebab i sendiri taktau urus masa. HAHA. kite bukan budak U lagi yang boleh mengadap belog selalu. kite wanita berkerjaya sekarang. ewahhhhh. :P



i dah tukar color blog. color hitam. nampak la matang sikit kan. padan la dengan umur i. BAHAHA. tapi i muda lagi. belog je yang nak nampak matang. because pink is too mainstream. banyak sangat belog adik adik pakai warna pink. EH? tanda lanjut usia ke ni? huuuuuuuuuu.



jangan kata akak tak payunggg. HEHE.




ada kakak ofis kata muka kita macam anita sarawak. hmmm hmmmm. kite fefeeling muka macam datin norjuma habib. dia kata kite macam anita sarawak?. wahhhhh kertu sangat ke muka kita. alamak kena beli quputeh ke aurawhite ke guane ni? AHAHAHHA.



ohya, speaking about datin norjuma. iols macam dah addicted dengan aidijuma. alahhhh tudung bawal cetusan datin norjuma tu. HAHA. Nanti kita update next entry pasal collection yang kita hado. and apa yang tak best pasal aidijuma ni. stay tune okay sayang sayang. :)



till then,
assalamualaikum


Thursday, May 14, 2015

Pengalaman mendewasakan :)

Salam and hye



Diam tak diam belog i ni dah lebih kurang 7 tahun dah. Lama kannn. daripada zaman degree dekat UMT sampai la sambung master kat UPM and now masuk dunia pekerjaan. Serious cakap, pengalaman mendewasakan dan mematangkan. Kadang kadang ada yang i tak kongsi kat sini, somehow i do need privacy. ceceehhhhhh, acah acah famous blogger. kahhh.



gambar terkini. kbai. haha.




Ramai kawan kawan kite yang dah kawen. dah beranak pinak pun ramai. i je yang masih tercari-cari. ataupun jodoh i sesat kewww? hikhik. takpe lahh jodoh, zaman la ni canggih.. ada papago gps bagai. Kite tunggu awak dengan sabaqqq. ehemmm.



Tapi, seminggu lepas.. kawan sekolah kite yang baru je kawen bulan 9 tahun lepas. Suami dia meninggal sebab sakit jantung. Emmmm i honestly tak boleh nak bayangkan rasa kehilangan tu sebab belum kahwen and tak pernah rasa camane ada hubby. For sure dia mesti sedih and terpaksa tabah.



Moralnya, kebahagian itu pinjaman dan kesedihan tu bukan berpanjangan. Selagi orang yang kita sayang ada depan mata, hargai dan sayangi mereka sebaiknya. Tak kira laaa emak, abah, suami, mentua, adik beradik, toknek , haiwan peliharaan dan sebagainyewww . Wajib kita hargai dan sayangi, OK?



Sebab semua pinjaman, kita tak tahu bila Allah nak tarik nikmat tu kan? 
Nauzubillah min zalik - mintak dijauhkan



Sekali lagi, salam takziah untuk airina. kite tahu.. buat masa ni tak ada satu pun ayat yang dapat melegakan hati. Sebab it is easier said than done. kan? Cuma selalu doakan dia dalam setiap solat, dan ingat Allah adalah sebaik baik perancang. Al-fatihah.





Till then,
assalamualaikum.






Thursday, May 7, 2015

Kiss proof MN matte lipstick. Muaaaahhh :)

Salam and hye


Terima kasih sayang sayang yang masih sudi singgah belog kite sambil komen komen. i terharu sampai langit ketujuhhh tau. haha. Ini la yang menyebab kan semangat i nak berblogging ni meluap luap. heh. Dua hari tau kita pikir nak hupdate apa.. last last i end up review pasal makeup. haha.



MN kissproof code 009



Itu gambar kita pakai kissproof MN code 009. color dia sangatt sangatt natural and kau akan rasa macam gadis baik, suci, murni sikit bila pakai tone color camnie. ye lahhhh, mana ada perempuan jahat pakai lipstick color lembut lembut pinky pinky. tak ada kan? ke ada? bahaha.




How MN kissproof looks like uols. :)



Okay cerita pasal fizilkal lipstick ni bentuk macam pencil lipstick. At first impression, i ingat jenihh yang boleh twist kat kat bawah tu. So bila balik try twist kat bawah tu tak boleh. twist lagi tak boleh jugak. kembang kembang hidung kita tahan marah kat akak jual tu tipuuu sebab jual lipstick takkleh twist. T_T.


So i did a bit research about this. check kat google and check kat hashtag insta. rupa rupanyaaaa memang tak boleh twist. kena sharp sendiri uols. Eventhough harga lipstick ni RM10 sajorkkk. tapi kena buang duit sikit beli sharpener saiz besaq. pasrah. bahaha.



Rangkuman jalan cerita :)



oh ya, kaler kuku tu jenihh peeloff. nak solat kau peeloff pastu kau gi amik wuduk. yang itu kita jual. yela buat bisnes kecik kecik. setakat makan gaji ni tak kaya. hahaha. tapi buat bisnes kaler kuku ni pun tak kayaa jugakk haha. takpe kita mula dari bisnes kecik sampai insyaAllah buka vendor concept butik. aminnn.



till then,
assalamualaikum








Sunday, May 3, 2015

Ingat lagi tak kat kite. heeee :)

Salam and hye.


Kalau tengok tarikh. i memang dah lama tak hupdate belog. bukan apa, i terlampau busy dengan kehidupan luar alam maya. sampai emak kite tanya 'belog kau wujud lagi ke kakak?'. hehe. i mungkin perlu appoint PA untuk hupdate belog i? haha. bajet artis sangattttt kan. 


But, from this moment. saat saat ini, i janji akan selalu hupdate belog. mari kembalikan zaman kegemilangan belog nardnaddy. masalahnyaaaa, belog i ni pernah kah gemilangnyaa?. bahaha.




Gambar selingan, buat hilang rindu gitttewwww. bahaha,



Memandang kan i masih belum kahwin dan masih takde boifren. Dengan penuh harapan, harap jumpa jodoh blogger bujang, berkerjaya, kacak, sador, tinggi, wangi, beriman, gentleman. Hoiiiiiiiiiiiiiiishhhhhh. tinggi betul impian kau naddy. haha.


tapi takpe, i harap dapat hupdate beloh ni selaluuuuuuu. doa doa kan i tak malas dan tak hangat hangat tahi ayam. Nanti gaji kita buat giveaways ok. muahhhhhhhh ciked. hihi.



till then,
assalamualaikum