Wednesday, March 3, 2021

Balang kuih baru :)

Salam and hye


hari tu scroll scroll insta lepas tu tertengok gambar raya tahun lepas. sebab raya PKP kan masa tu, semua segera. ketupat segera kuah kacang segera, kek segera, rendang daging segera. yang i masak cuma ayam masak merah aje HAHA. 


meriah jugak kan walaupun semua segera. 🤣



Lepas tu, terperasan la balang kuih kite tu. nampak dari jauh memang la macam okay helok je kan. tapi i tengok orang yang datang raya tu bukak macam seksa jekk. i rasa tutup dia dah lose. HAHA. so i pun survey survey carik balang kuih baru.



Mula mula cari kat Lazada, emm tak berkenan.

Jumpa kat jusco aeon hee.



So beli la 6 bijik ganti balang kuih yang dah lose tutup dia tu. cumanya yang ni dia tak kedap udara. hmm takpelaa nanti kita paksa la tetamu habiskan kuih. takut masuk angin kan hikss.



apalah ertinya entry tanpa gambar syok sendiri kan. kena la letak satu hihi.



Balang kuih raya done. tapi ganti puasa belum done. HAHA. kena la ganti ye cepat cepat. kadang bz kerja tengahari baru nak breakfast, baik puasa je kan. tapi tu la, lapaq tergedik gedik. haha.


Till then, Asslamualaikum.
Nardnaddy


Tuesday, February 23, 2021

Resepi kuih raya dua bahan je :)

 Salam and Hye


Semalam i macam kerasukan mood nak membaking. jadi i pun scroll sana sini untuk cari resepi yang senang senang aje. sebab kang kalau resepi complicated, boleh turn off jugak mood, hehe. Sebab dalam dalam ada mood pun ada boleh jugak rasa malas kahkah. betul la perempuan ni sukar difahami.


Jadi i jumpa resepi kuih raya dua bahan.

1 cawan tepung jagung

1 cawan susu pekat

1 sudu teh vanilla essence ( i tambah bagi wangi )



taraaa jadik. tapi tak sedap HAHA.



i pun actually tak paham kenapa i boleh yakin dah konpiden sekali untuk buat. padahal dah boleh agak kot rasa dia susu+tepung. rasa ala ala kuih bangkit yang manis dia tak leh bawak bincang. tapi ofcoz kuih bangkih lagiii sedap sebab rasa lemak lemak santan. entah la menyesal la buat 😥



sudahnyaaa mekap je la buat hilang stress



boleh stress tau bila kau dah semangat nak baking, sekali apa yang kau baking tak sedap. nak marah siapa pun tak tahu nih. grrrrr. Tapi i rasa nak marah orang buat resepi tu la, resepi tak sedap pun nak share ^*%*(^*%#^  HAHA.



dah petang sikit buat puding roti :)



yeayyy yang ni jadik. pakai roti expired yang tak tumbuh kulat lagi. sedap pun sedap. baru laaa happy dan gembira. tapi i still marah dengan orang bagi resepi kuih raya dua bahan tak sedap tu. grrrrrrr. 



till then, Assalamualaikum.
Nardnaddy


Tuesday, February 16, 2021

Kenang kenangan ang pau :)

 Salam and hye


Tahun ni bos i bagi angpau online je. takde feeling la bos. selalu dapat sampul merah ni excited. tapi bila masuk dalam account tak best. tapi apapun nasib baik bos ingat nak bagi. kalau dia buat buat lupa macam mana kan? nasib dia ingat HAHA.


Orang kata angpau ni kena peram sampai lepas chap goh mei baru buka and guna. kalau dalam sampul boleh la peram, ni dalam account macam mana nak peram. 🙈


seller ni jual murah gila hee.



Sebagai kenang kenangan angpau bos kasik. i beli la 3-4 helai. and to my surpriseeeeee. kain dia helok sangat. selalu tudung satin kan licin, pastu panas pulak. tapi ni kain sejuk and senang bentuk.


 

Antara yang i beli heee



tapi tu la, bidang kecik. tak berapa shariah compliance ekeke. tapi nak komen lebih lebih pun kang seller tu kata engko beli pun murah lagi mau complaint. hihi. tapi boleh je labuh kan, lipat yang belah dalam tu kecik sikit ( emm susah la nak explain haha ).


apa apa pun, happy CNY :)



till then, Assalamualaikum.
Nardnaddy

Sunday, February 7, 2021

Chupa Chups Sparkling Drink :)

 Salam and hye


Bulan februari ni kan bulan sweet sweet, bulan manis manis gula gula coklat forerro giicheww. Jangan overdose tau uolss, walaupun tengah bahagiaaaa.. kena kontrol, sebab kalau gigi rongak nanti pakwe larikk HAHA.


Dulu i kecik kecik suka makan lolipop. sampai tingkatan dua kalau pi tusyen beli lolipop makan dalam kelas. paling suka chupa chups, perisa stoberi 🍓 susu tu. sedap yakmat rasa macam susu stoberi kotak dutchlady tu heeee.


Jumpa kat 7eleven RM4.90


Lepas dah dewasa ni. lama dah i stop makan lolipop, sebab rasa macam tak comel pun dah besaq besaq makan lolipop HAHA. and finallyyyyy chupa chups macam tahu tahu je i miss the lollipop taste stoberi susu tu. So they come up with the sparkling version yeayyy!



Tapi bila minum dia mind blown sikit sebab rasa stoberi susu with a hint of carnbonated gas, sebab dia sparkling kan. tapi sedap la creamy, macam ice cream soda but with a better taste. :)



Tapi untuk kekal tak rongak, jangan minum selalu. setahun sekali je OK.

kalau banding air tu dengan i, tentula i lebih manis 😅



ada banyak gambar i yang senyum tak nampak gigi sampai ada yang tanya i ' sis, you rongak ke? '. Kelakauuuuu tau soklan, kite tak tak rongak okay walaupun kecik kecik suka makan lolipop, kite gosok gigi hari hari okayyyyy :P



Till then, Assalamualaikum :)

Nardnaddy

Sunday, January 31, 2021

Guardian Cosmetic Sales 50% :)

 Salam and hye


Sebenarnya kite ambik annual leaves 5 hari start dari hari thaipusam haritu. Ingatkan nak balik Penang, tapi sebab kes mencanak canak and tak boleh rentas negeri. jadi i dok melengung ja laa kat rumah. Melengung tu bahasa penang hehe. Lebih kurang termenung la maksud dia hehe. :P


Sambil melengung sambil scroll facebook. Terrrrrrrrrrrrrrrrrrnampak pulak yang Guardian buat cosmetics sale 50%. Hehe. Bagai pucuk dicita ulam mendatang gaisss teruss i siap siap dan pergi jusco dekat rumah i tu. Nasib 5minit drive je dekat sangat sangat jalan kaki pun boleh je tapi i malas la nak jalan sebab panaihhhh lit lit. :P


Ni je i beli tak banyak punnn :P



So total semua ni bawah RM60. Berbaloiiii sangat Dermacol Makeup cover foundation tu kalau tak sale RM68 kot harga dia. Haritu i dah beli kod 208, macam terlajak putih je untuk i. Ni i beli 211 dengan harapan sesuai la dengan kulit i yang color color bak puteri gunung ledang nihh. :P



Untuk eyeliner maybelline tu, memang feveret i. ada lagi and currently im using it but i beli buat simpan stock haha.



wearing wardah lipmatte cod 16 - heartbeet



Mula mula ingatkan dia tak terang. sekaliiii amek kau, terang benderang rupanya. haha. so i remove full lips sebab nampak pelik haha then buat ombre korean lips. baru nampak sweet kalau tak macam mak tiri je merah nauuu :P



So kalau i tak silap sales 50% ni dari 28 Jan 2021 sampai 2 Feb 2021. Serious berbaloi dah boleh save banyak sangat. Heeeeee happy :)



Till Then, Assalamualaikum.
Nardnaddy


Monday, January 25, 2021

Tudung satin ala Mira Filzah :)

 Salam and Hye


Phewww dah penghujung Januari 2021 dah ni. Sekejap betul masa berlalu. Tak sedar masa berlalu sebab duduk kat rumah, kerja kat rumah, makan kat rumah. Hehe. tapi best jugak, kadang kadang bila hadap orang ni pun memenatkan, macam macam kerenah. ada yang positip yang negatip, yang bipolar la. haesh.


Bila takde keje kat rumah, saja la try pakai tudung satin ala ala mira filzah. i tak paham macam mana dia boleh pakai tudung satin kepek kat kepala tu pastu dia boleh lawa haha. i try la jugak tapi tak ubah seperti sebijik kentang yang memakai tudung ye kawan kawan. 




belanja separuh je la sebab tak lawa betul i pakai tudung kepek. haha


tapi buat apa nak tiru tiru mira filzah tu kan. pakai aje macam yang kite selesa. sebab kadang kadang sesuai untuk orang tapi tak sesuai untuk kite. betullll tak?. kannn kann.



okay dah tak kepek. tapi tak nampak pulak muncung tudung yang tercacak tuuuuu.



pakai laa style macam mana pun, janji sopan dan selesa. retisss depa memang dah lawa, pakai apa pun elok. kita yang mana baik boleh ikut. yang tak baik toksah ikut ya.. jadi kan sempadan. gicheewww pesanan khidmat masyarakat.




Disclaimer : haritu i ada upload gambar ni kat social media and status wassap. semua ucap tahniah la bagai. i disini menyusun sepuloh jari mohon maaf ye, ni cincin mainan je lekat sekali dengan phone casing i. ampun semua ye, doa yang baik baik untuk i okay. :P



Oh yaaa hari tu swab test negative, yeayyyy.


Till then, assalamualaikum.
Nardnaddy.


Tuesday, January 12, 2021

Foundation Cubre Mi : Matte With Love :)

 Salam and Hye


Maaflah, belog i hampir hampir ke laut lagi. sebab i kan dah work from home balik. so bila seharian kau dah hadap laptop buat kerja office kat rumah. pastu kau nak hadap laptop hapdet belog pulak. yihhh memang tak laaa HAHA.


Tapi i ni jenis yang work from home pun mekap. Entah la kepuasan diri kot. sebab kalau kite ucuk tak mandi terus kerja nanti mana nak datang semangatnye kann. Pakai lawa lawa, mekap lawa lawa. baru mood kerja sampai gaiss.



Foundation baru : Cubre Mi - Matte with love



First time ni i beli foundation brand Malaysia based. Selalu beli kat watson/guardian or sephora. yang ni kite beli kat ig. sebab i terpengaruh dengan review sorang MUA ni. Tengok dia pakai flawless HAHA. So i pun try la beli.



Kecik tott tett ja. RM29.



Nak kata full coverage, bolehlaa. Nak kata creamy pun tak jugak, dia kesat. mula mula pakai macam euwww tak best pun. tapi bila dah set dah lama sikit helok je, kiranya lagi lagi dia makin elok la kat kulit camtu.




tak nampak pulak kotak ye silau ring light i kuat sangat haha



Okay la not bad, boleh la beli support peniaga tempatan. Tapi sapa sapa nak bagi sis review product pom boleh. hehe. di alu alu kan gituu ( tak maluu nye kite wak ehehe )



Okay lah. Esok nak pergi buat swap test. emmmm takut, doakan i ye korang :)



Till then,
Assalamualaikum :)

Nardnaddy