Wednesday, August 18, 2021

Fully Vaccinated, Yeayyy :)

 Salam and Hye


wahhhh dah hujung hujung bulan ogos dah korang. i pun tak tahu ape yang busy betul i lately ni. ohhh sebab kat office tu ramai pulak yang positive covid. Jadi i yang WFH ni la kena settled backlog backlog semua tu. tu yang habis je office hour malas nak bukan lappy hadap blog. :P


for July, yessss i dah full vaccinated. alhamdulillah. even dah vaccine tapi still takot nak jimba. sebab kes tinggi kot kan. rasa tak selamat. sebab i insecure tengok orang sekeliling. eeeiii takot.


first dose & second dose


Actually lepas first dose tu, i normal2 je. tak demam pun. pastu viral pulak yang nurse tak cucuk kan, sebab curik vaksin. terussss i was was dia cucuk ke tak. HAHA. yang second dose, terus amik video. tapi tak tepek sini la boleh tengok dekat ig : Nard Naddy. Cehhh pomot ig sendirik :P



obsess



tak tahu laaa kenapa i suka beli bulu mata palsu. lepas tu beli glue yang pakai macam eyeliner tu. pastu letak bulu mata dia lekat okay, seronok. tapi untuk bulu mata ringan la. kalau 3D punya bulu mata kau peluh sikit je dia tercabut haha.



ni bila pakai glue eyeliner tu. best jugak 2 in 1 kannn :)



Actually ada banyak benda i nak tulis. tapi takpe kite simpan next entry la. i janji i wont be long. okayyyyyyy soon okay next entry. lebiu.



till then, Asslamualikum.
NardNaddy






 

Thursday, July 1, 2021

In2it Lip Scrub : Murah & Best :)

 Salam and Hye


Hai semua, hai Julai - please be good to me hehe. lama tak hapdet belog. hihi takde alasan lain lerr mestilaaaa alasan sibuk. πŸ˜‹ padahal banyak je free time, cuma nya bila bukak lappy nak type new entry ade je benda lain nak dibuat. sakit perut misalnya haha.


Rasanyaaa semua tahu i ni suka mekap hehe. selalu pakai lipstick boleh kata almost everyday. Jadi, i do have chappy and dull lips. solution dia sebelum tido kena pakai lip scrub. dulu pakai mary kay punya lip scrub, kecikkk je uols RM29. haha cekik darah betull πŸ˜…


Taraaaaa


Lip Scrub In2it RM17.90 je


jumpa kat Watson haritu. terus grab sebab murah and banyak. tahan dua tiga bulan ni. pakai dia pun best sebab bila urut urut kat bibir. Lepas tu rasa lembut and plump je. tak chappy and mengelupas lagi :). Yeayyy.


lepastu bila pakai lip balm and lip tint je pun cantik ngeehehe


statement syok sendiri tu mestila kena ada. sebab kalau bukan kite puji, sape lagi nak puji kan hehe. tapi serious best bila pakai lip scrub ni. kalau rajin sikit boleh pakai lip mask pulak. lagiii lawa nanti hehehe.



till then, Assalamualaikum.
NardNaddy.

Sunday, June 13, 2021

Pressed Giltter Wet & wild :)

Salam and Hye


Alhamdulillah, entri kedua untuk bulan ni. Yeayyyyy. tahniah untuk diri sendiri atas pencapaian yang jarang jarang berlaku ni. selalu sebulan satuuuu je entri. ni masuk dua ni kira dah hit KPI la kira hihi.


Haritu pi watson kat jusco AU2, emmm tempat jual kosmetik tu dia tutup. murung tau tak boleh beli mekap πŸ˜‚. Pastu pegi wangsa walk, ehhhhh tak tutup pulak bahagian kosmetik kat watson ni. happy betul boleh beli mekap lepas gian hihi.



beli ni je pun dah happy hehe



Pressed glitter wet n wild ni murah je. Dia jual single single sebijik RM5.50. haha murah betholll. pehtu i pun ambik 3 color ni. excited gilerrrr nak try balik nanti.


Tapii.....



Bila pakai tak nampak punnnnn 😭



i rasa kena letak gam dulu kot. macam tak lekat pun glitter tu. macam tak pakai pun ada jugak. emmm sekarang nak marah sapa ni glitter tak nampak ni. HAHA. kalau ada boifren boleh jugak marah boifren kan. ni boifren pun takdekkkk. haha.



Takpelah cuba lagi nantu. kena base yang same color glitter kot. nanti la i cuba lagi. kan usaha tangga kejayaan kan hehe.



till then, Assalamulaikum.
NardNaddy

Wednesday, June 2, 2021

New Addiction : Jalan Jalan Jepun :)

Salam and hye,


Dahhh June dah oooiiii. bulan lepas satu je i update entry. Bulan ni pun maybe satu. HAHA. busy betul la lately. lagipun i tak tau nak update apa. tambah tambah lockdown balik ni. memerap kat umah je lah khenss. Nak jumpa jodoh pun entahhh bila πŸ˜‚


I pun dah kerja kat rumah since januari lepas. dah enam bulan rupanyaaa. tapi tetap melaramm walaupun kat umah je HAHA.


Gigihh mekap nak update belog je pun


I ni sejenis manusia yang ada addiction dengan barang mekap. pantang sale mesti beli. kadang tak sale pun beli juge mihihihi. jadi dari biar je expired baik pakai je la. kat umah pun i pakai je mekap untuk selfie semata mata hehe.



Ni satu lagi addiction πŸ˜…


I baru discover yang Jalan Jalan Jepun ni seronok. basically kalau korang layan bundle tempat ni syurgaaa la hehe. yang best handbag murah murah paling mahal kalau yang branded sikit pun dalam RM40 je. 


Sling bag yang sis beli tu dua dua RM15 je. Semua okay orang kata condition Nora Danish haha. lepas tu baju knitwear and cardigan ladies semua lawa lawa. murah pulak tu eiiii seronok betul hehe.



tapiiiiiiii PKP ni dia tutoppppp 😭



Till Then, Assalamualaikum.
NardNaddy
 

Sunday, May 23, 2021

Selamat Hari Raya Aidilfitri PKP 2021 :)

 Salam and Hye,

Bulan May dah nak abis tapi baru nak post first entry. hehe. busy benar ye bulann puasa. bangun awal sahur masa bulan puasa haritu, makanyaa tido pun awal. jadikk belog pun tido laaaa HAHA. tambah tambah pulak raya kena PKP lagikk takde mood nak hapdet.


Ni dah back to normal kehidupan i jadi boleh laaa hapdet.

kite raya dengan abah je kat KL 😊


Baju raya yang beli pun tak pakai. pakai blouse dengan seluar jeans je, takde mood la nak pakai baju kurungsss. Bukan ada tetamu pun haha.

Kuih rayaaaa satu je i buat hihihihi.



sendiri letak dalam balang, sendiri bukak balang makan kahkah. Apekeheyyy sedehhhh sangad ye raya PKP ni. tapi takpe la meraikan kemenangan kan, tak salah pun. takde tetamu pun takpe, kitaaaaaa makan je la sendirikkk, takdehal pun.



Close up sikit mekap raya :)



Ada yang tanya kat wassap lepas i update dalam status tanya pasal lipstik. yang ni maybelline jurrr deknon. Maybelline superstay matte ink code inspirer. color color sweet pink gichewww. boleh pergi beli sebab guardian tengah sales 50% lagi gaiss.



tu laaaa lipsticknyaaa.



Makeup fix spray tu from in2it, RM8 je lepas 50% discount. Saje beli nak try. bolehhhhh la tapi dia tak hold mekap sangat pun. 3-4 jam je lepas tu mekap dah luntur sikit. tapi padan laaa dengan harga dia kan πŸ˜…



Okay la, jom tido. nanti ada masa i update lagi heee.


till then, Assalamualaikum.
NardNaddy





Thursday, April 29, 2021

Bazar Aidilfitri Jalan Tuanku Abdul Rahman :)

Salam and hye


Penat betull harini sebab tadi pergi bazar aidifitri jalan tuanku abdul rahman. orang tak ramai, tak payah beratur pun boleh terus masuk. tapi yaaaa tohan, panas litlit even pukul 11pagi. tambah pulak puasakannn kering tokak den.



nahh i lanje sikit suasana bazar

ini dekat section A



dia ada empat section, section A,B,C dan D. Kalau nak pergi i cadanngkan start dari section A, sebab setiap section akan ada check point check suhu. satu pintu masuk satu pintu keluar. sebab kalau kau mula section C nanti nak masuk section A kau kena patah balik. dah la panjang ahaha.



ape yang i beli?

entahhhh dapat penat je hahaha. bagi i agak mahal la harga barang kat dalam bazar ni. lebih baik shopping kat kedai tepi luar bazar tu. i ada beli tudung sekodi kat situ, murah. nanti nak resale la sebab i kan ada satu kepala je buat apa sampai sekodi πŸ˜‚



lepastu kat wassap kakak opis tanya nak share postage tak.

dengan tak sedar diri nya, order dua helai Rosie and Romina. lepastu tadi balik naik train, eh ramainya pakai tudung fareha. emmm. tapi takpe, i dah biasa. Masa pakai aidijuma dulu pun melambak jugak orang pakai sama pattern dalam train :P



itulaaa perempuan. kalau bab shopping tak hengat donia. Hee Okaylaaa i nak tido dulu. penat jalan tadik lenguh abih kaki i hehe.



Till then, Assalamualaikum.
Nardnaddy





Saturday, April 10, 2021

Red Velvet Cookies Kedai Eco

Salam and Hye,


Tak sampai seminggu lagi nak puasa ni. tapi rasanya tak boleh rentas negeri lagi. so tak boleh la balik raya penang. emmmmmm raya KL macam tak raya je. pegi shopping mall je masa hari raya, tu pun banyak kedai tutup. Kepci je yang bukak haha.



Bersempena nak raya ni. saja la jalan jalan kat kedai ECO. kedai tu kan ada saka. i kadang habis dekat rm50 tau. beli benda merepek je. macam haritu jumpak roti rainbow. beli pastu berkulat je tak makan. membazir dah RM2.10 emmm.



red velvet cookies



Nampak wowww kan cookies red velvet i. kira kalau letak sebelah famous amos pun tak malu laaa AHAHA. I beli tepung dia kat kedai ECO jerr. cuma tambah creamcheese, butter, telur dengan coklat chip and almond nips je. jadi tau! terel betul i buat cookies haha 😍



okay la letak video kalau kalau takpercaya kannn hehe

best jugak ig reel ni ehehehe



soooo happy sebab buat cookies jadikk helok. kiranya bajet below RM10 boleh dapat 30 bijik cookies red velvet. okay jugak kan. tapi pehtu i pegi kedai eco nak beli lagi tepung cookies ni dah TAKDE. TAKDE dah wuuuu wuuuu. Menyesal tak borong haritu.



Tudung bokitta pun jadik harini. yeayyy.


Bokitta ni tudung pinless. I memang jarang pakai bokitta sebab tak selesa πŸ˜…. tapi ada kawan i obses dengan bokitta ni. maybe sebab muka i lebar macam ketat cikit la untuk i HAHA. cuma harini je macam behave pulak tudung ni elok je terletak. hehe.



Kalau korang nak buat kuih raya. beli la tepung ni kat kedai eco. confirm jadikk. i yang selalu buat kuih tak jadik ni pun elok je cookies i sedap pulak tu. kenaaa try korang hehe.


Till Then, Assalamualaikum.
Nardnaddy