Tuesday, September 28, 2010

~ satu sen pun tak naik ~

salam and hye.

tak peduli kalau ada orang gelak bila i cerita ni. tak kurang juga yang akan kata "ahahaha..padan muka". ahhh. kira apa. nak cerita jugak. nak cerita jugak. dasar degil memang macam ni. selalu buat benda ikut hati sendiri je. :)

kau tau tak berapa earning nuffnang i minggu ni?. cepat teka. cepat la teka. okay malas lah nak main teka teka ni. meluat. SATU SEN pun tak naik earning nuffnang i minggu ni. tiba tiba terus jadi rendah diri. sebab nuff tak suka i. oh. tragis sekali. :(


kalau post pasal nuffnang. tak printscreen tak sah la kan. :)

sebenarnya dah boleh cashout. saja degil tak mau cashout. saja je tunggu lima juta ringgit baru nak cashout. haha. tapi rasanya tak elok kot simpan earning banyak banyak ni. sebab nanti nuff akan kedekut tak mau bagi buffered. oh sedih. :(


my last metered earning.

kau lihat lah tarikh kat dalam kotak tu. 15 jun 2010. itu lah last metered earning i. haha. lepas tu nuff macam tak berapa sayang dekat i. terus depa biarkan blog i sepi tanpa buffered earning. i sedih hokayyyyyyyyyy. :(

bila degil tak mau cash out earning. jadi nuff pun degil la nak bagi buffered. ^_^. maka jangan simpan earning banyak banyak macam i ye sayang sayang. nanti nuff tak bagi buffered. i kan nak tunggu sampai lima juta ringgit baru nak cashout. :)

jadi apabila tension minggu ni earning tak naik SATU SEN pun. jadi i pun membuat aktiviti yang pastinya semua orang suka buat aktiviti ni. eh. mungkin ada orang tak suka. i benci orang yang tak suka buat aktiviti ini.


:)


:)

aktiviti makan siapalah tak suka kan? kan? kan?

okay lah. sebelum pergi buat aktiviti kegemaran. nuff dear. bagi la i buffered. pleeeaaassseeee. sayang sayang yang lain jangan eksyen ada buffered. haha. dasar perangai busuk kau naddy. dah lah degil kuat jeles pulak tu. :)


i tak cukup menggoda kah abang nuff??
:)

xoxo

Saturday, September 25, 2010

~ cantik bergaya ~

salam and hye.

gaya mutu keunggulan. sambil buat suara garau. hehe. korang percaya tak yang bila seseorang itu bergaya. sekali gus akan menjadikan sesorang itu kacak atau cun daripada biasa. i pun mula mula tak percaya. yelah. kalau dah tak hensem/lawa. bergaya bagai nak rak pun celah mana nak jadi hensem/lawa kan?.

cuba lihat gambar pertama ni.



lelaki diatas kelihatan selekeh. topi lelaki ni pakai macam topi abah i pakai nak pi memancing kat bendang time balik kampung. haha. dan i pasti kalau gadis gadis selisih bahu dengan lelaki seperti ini. gadis gadis buat macam tak pandang je. :)

cuba lihat gambar ke dua ni pula.



lelaki ini kelihatan segak bergaya dengan padanan baju kemeja ala ala romeo. haha. terus teruja dan siapa siapa yang pandang pun akan terus jatuh hati. dan pasti kalau ada gadis gadis selisih bahu dengan lelaki seperti ini. mesti tido malam gadis gadis tak lena asyik teringat je. haha.

haa. sekarang dah macam nampak kan perbezaan antara orang bergaya dengan orang tak bergaya. ada siapa siapa tak kenal "lelaki contoh" kat atas tu?. haha. aaron aziz sayang lah. eh. apasal ada sayang?. haha. gatal.

kau tengok. aaron aziz kalau tak bergaya pun tak hensem. hehe. jadi bergaya itu akan menampakkan kita lebih hensem/lawa sikit dari biasa. marilah bergaya beramai ramai !!!. oh bunyinya tidak lain dan tidak bukan seperti kempen meraih pengundi. :)


tayang lubang hidung pun bergaya apa. :)

tapi. kena ingat. bergaya bergaya juga. hati pun kena bergaya juga. kalau hati tak cantik. asyik dengki sana dengki sini. buat jahat sana buat jahat sini. tak guna ye sayang sayang semua. harap harapnya. cantik dari segi gaya, cantik juga dari segi hati. :)

p/s: credit to ohmalaysia and google for aaron aziz picture.

xoxo

Tuesday, September 21, 2010

~ penyakit-takut-nak-tegur-orang-dah-kahwin ~

salam and hye.

siapa siapa dah lepas sekolah menengah mungkin boleh layan entry ni. sebab kalau budak darjah dua baca. dia akan kata ah bosan. tengok teletubbies lagi best. eh salah. main ps3 lagi best. kau jangan main main dengan budak budak la ni. meraka up to date tau. teehehe.

mengimbau kembali zaman sekolah menengah i. 2001-2003. dari i form 1 sampai form 3. lepas tu i masuk sekolah ALL-GIRL-SCHOOL. uppercase sebab bangga siot hidup dua tahun tanpa bercakap dengan species lain jantina dengan i yang sama umur. cikgu lelaki dengan abah i tolak tepi la ooi. bahaha.

masa i form 1 sampai form 3. trend ada abang angkat memang tengah in time tu. pantang senior tu muka macam artis sikit. request la buat abang angkat. bahaha. geli betul. lepas tu siap abang adik abang adik. padahal setahun je beza umur. ish ish. comel lah konon. kan kan kan?. bahaha.

nak tanya adik adik muda mudi sekarang. yang mana still kat sekolah lagi tu. ada lagi ke fenomena angkat angkat ni?. maaflah. akak ni dah tua. lama dah tinggal zaman sekolah. dah tak tahu perkembangan semasa. takpun you all couple je terus?. tak main dah angkat angkat ni?. ahaha.


hari tu i pergi bank. nak ambil duit. memang tu la motif pergi bank kan. takkan la nak tengok wayang kat bank kan. teeheeee. tengah i syok syok beratur. and then mata i terpandang satu mamat ni. eh macam kenal. tak tak. i memang kenal dia. sebab dia abang angkat popular semasa di sekolah. terus i teruja untuk tegur.

i dah pusing badan and mulut pun ready nak panggil nama dia dah. but i stop tiba tiba. sebab i baru teringat yang ada member i cakap dia dah kahwin. i pusing balik badan i and terus tak tengok dia lagi. i pun pelik. dia dah kahwin tapi kenapa i tak jadi tegor dia. bahaha. takut kena tuduh kacau suami orang kot. lalalala.

the point here is. apasal i rasa lain bila someone itu dah married??. bahaha.

adakah ini satu penyakit?. penyakit-takut-nak-tegur-orang-dah-kahwin. haha. kesian i. mengidap penyakit dungu ni. harap harap penyakit ni berjangkit. bahaha. nanti semua orang takut nak bertegur sapa dengan orang dah kahwin. maka tiadalah orang curang. :)


i rasa lebih cun bila gambar di rotate terbalik. kehkehkeh.

jangan marah sayang sayang semua. love.

xoxo

Friday, September 17, 2010

~ tak ada idea nak update &*^&^%$%^ ~

salam and hye.

hai semua. lama gila tak update blog sebab cuti raya kan. rumah tok dekat penang tak ada wifi and i pulak tak ada broadband. kalau nak online jugak kena pi mamak or secret recipe kat pekan. leceh leceh. ada siapa siapa nak tolong support broadband untuk i?. so that i boleh update blog even i dekat kampung. =))

baju raya i siap sehari sebelum raya. homaigod. i dah cuak gila sebab kalau tak siap nak pakai baju apa?. nasib baik siap. before siap tu emak i asyik pergi jumpa tailor tu 30 minit sekali. bahaha. ye la. sebab makcik taylor to ala ala slow rock je jahit baju orang. dah lah upah mahal. tsk tsk tsk.


dengan cousin and uncle


my beloved cousins and i. :)

gambar ni je sempat upload. gambar from dslr uncle belum dapat ambik sebab i balik kL awal. nanti nati lah ek. ni pun mood nak tulis entry belum ada. sebab traffic macam tak dapat dikawal lagi. oh. i dah tukar imej blog. ececeh imej tuuuuuuu. bahaha. ok tak?. macam serabai sikit kan?. belasah je lah. =))

serius tak ada idea. hohoho. sampai sini je la kot. at least update la daripada tak update langsung. i rindu semua okay. nanti emosi dah stabil nanti i merapu lagi. bahaha. siapa siapa buat open house jemput la. kalau tak ada hal i datang. boleh kita cerita pasal blog bagai. awwwwwwww. teehehe.

okay semua take care. i nak pergi makan macaroni bakar emak masak tadi. nyuuuuuuuuuuuuuuuummmmmmmmmmm. gemok gemok. :(

xoxo

Sunday, September 5, 2010

~ tart nenas demok ~

salam and hye.

mood raya. mood raya. mood raya. eh apasal seru seru mood raya ni?. bahaha. dah besar besar ni raya rasa macam biasa biasa je. dulu masa kecik kecik excited gila kalau raya. i really wish to jadi budak kecik balik. hmmmmmmmm. tak mungkin oh tak mungkin. =))

untuk menjadikan suasana nak raya tu lebih excited. so, kenalah buat kuih raya kan. nak buat benda lain pun boleh. contohnya macam pergi main bunga api ke, pergi main meriam ke, takpun pergi shopping baju raya. pun boleh buat horny nak raya juga. teehehe.

disebab kan i bangun pukul 10 pagi. hehe. awal kan awal kan??. bahaha. emak i dah siap uli kulit untuk tart dah. so, gambar di bawah adalah apa yang sempat i tolong. comel tau tart nenas i buat. semua demok demok. teehehe.


inti tart. buat bulat bulat. baru senang kerja. hehe.


kulit tart. emak yang buat ni. kalau i buat dia jadi huduh dan senget benget.hoho.


bubuh inti pastu susun comel comel. =))


sapu telur bagi tart nampak lawa dan sedap. hehe.


taraaaa!!. tart nenas demok dah siap!!

demok demok tart nenas i buat ni. bahaha. kalau ada siapa siapa teringin nak rasa. datang la rumah. sedappp woo. i dah rasa dah tadi. sampai emak sound i asyik rasa je. teehehe.

kejap kejap. ini tak ada kena mengena dengan raya. cuma nak sound kat sesetengah pihak yang cuba menggangu i. i know u nak kawan dengan i. but that is not the way. dah lah muka tak pernah tengok. tak payah nak lucah lucah. dari awal i dah geli. macam mana nak kenal dengan u. faham?. sorry lah. i macam nak reveal conversation ym tu. tapi tak payah lah. buat semak blog je. XD

okay semua. terel kan i buat tart nenas. tiba tiba balik topik asal. kau memang selekeh naddy. teehehe. selamat hari raya semua. eh baju raya belum siap. gelabah gelabah. kena cari backup plan. kena beli baju ready made yang murah cap ayam. teehehe. tata semua. love ya!.

xoxo

Tuesday, August 31, 2010

~ bulat macam yokies ~

salam and hye.

i memang addicted dengan shawl. dan i suka bereksperimentasi dengan pelbagai gaya. ececeh. macam lah kau ikon fashion yang tersohor naddy. bahaha. serius. i tak boleh tengok new fashion. terus jadi macam nak memiliki or mencuba fashion tu.

tapi kadang kadang. kena lah ukur kesesuaian fashion tersebut dengan diri sendiri. bahaha. ini pun kadang kadang i pandang remeh. iyalah. kalau kau tu dah tinggi. tak payah la pakai kasut heels heels bagai. nampak macam zirafah. oooopppppssss. but i still love heels. even i am 167cm tall. this is how we define 'ukur baju di badan sendiri'. get it??

i baru beli shawl lycra plain. and sangat susah untuk pakai shawl itu okay. because dia lembik and silap haribulan boleh lihat macam perempuan serabai memakai shawl. i dont want people cakap i perempuan serabai memakai shawl. no no no.

so i was searching for the timur tengah shawl tutorial on youtube. suka tengok the way they lilit the shawl. tapi kan orang orang timur tengah ni usually ada hidung yang tinggi, mata yang galak, and mulut yang comel je. sebab tu nampak lawa je. and bila try the timur tengah style dekat i. jadi macam ini....................


OMG. bulatnya.

gila bulat muka i bila try lilit shawl ala ala timur tengah ni. tak sesuai kan bila i pakai cam ni?. i tengok orang lain pakai cantik je. bila i pakai. oh mak kau !!. bulat gila. nak nangis lah cam ni. mana aciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii !!. =( pasal shawl pun nak emo kan. teehehehe.

tapi kalau dah dasar degil tu. degil juga lah kan. bulat bulat pun i tetap pakai juga pergi jalan jalan. ape ade hal. bulat je pun. bahahaha. bukan nya empat segi ke. heksagon ke kan. ^_^


ngee. =))

if korang perasan. dulu ada cartoon yokies. cartoon tu bulat bulat. bahaha. bencilah. kalau emak i nampak something yang bulat mesti dia kata. 'bulat macam yokies'. teehehe. hopefully i tak lah bulat macam yokies. hehehe. take care semua. happy merdeka day by the way. love.


i tak bulat macam ni kan? kan? kan?

xoxo

Saturday, August 28, 2010

~ basah. hehe ~

salam and hye.

sori semua lama i tak update. bukan apa busy sikit. banyak hal berlaku dua tiga hari ini. nak cerita start dari mana pun tak tau. tapi tak apalah. kena cerita jugak. tak baik rahsia rahsia. hehe. cerita dia macam ni.....................

semalam i keluar dengan Kamal (bukan nama sebenar). dia bawak i jalan jalan pergi macam macam tempat. i memang suka gila kat Kamal (bukan nama sebenar). sebab bila keluar dengan dia. jantung i dup dap dup dap. pastu rasa maluuuuuuu je nak pandang mata dia. ada rasa hangat dalam jiwa. ececeh. =))

Kamal (bukan nama sebenar) bawak i pergi satu kedai jual barbie doll. eh korang tau ke macam mana rupa barbie doll tu?. takpe takpe jap lagi i tunjuk. i pun khayal gila. banyak betul barbie doll kat kedai tu. baju kasut semua banyak. rasa macam dalam mimpi pulak?. ehehe.


ada baaaanyakkkkk dari ini kat kedai tu.


kasut barbie doll tu pun banyak. geram.


pakai baju kurung pun ada

lepas tu. si Kamal (bukan nama sebenar) panggil i pergi dekat dia untuk tengok apa entah. tub tub blackout pulak. gelap satu tempat tu. i pun duduk la dekat dengan si Kamal (bukan nama sebenar). takut wooooo gelap. hehe.

tiba tiba ada dua lampu suluh tala kat i dengan Kamal (bukan nama sebenar). sambil dengan suara garang tanya tanya kat kitorang buat apa kat sini. i dah cuak dah. alamak alamak. kamal (bukan nama sebenar) ni pun kalut lah explain macam macam. tapi dua orang pegang lampu suluh tu still tuduh kitorang buat 'something'.

then lampu ada balik. terus depa cop kitorang kena tangkap basah. i tengok Kamal (bukan nama sebenar). Kamal(bukan nama sebenar) tengok i. adoi pasrah je la. time time tu jugak kena nikah. maka kahwin la i dengan si kamal (bukan nama sebenar) ni.



emak i pun macam rela je. ye la. kamal (bukan nama sebenar) tu doctor baru balik oversea. lepas semua dah settle. i pun nak manja manja la ngan si kamal (bukan nama sebenar) tu. dia pun asyik dok tengok i je. teehehe. baru nak romantik romantik. tiba tiba i dengar macam ada lagu latar Rihanna....kejap pelan kejap kuat. and then i terjaga........ bunyi alarm henfon daaa...

MIMPI RUPANYA

terus pi solat subuh. i tak bangun sahur. haha. cessss. gila lah mimpi kena tangkap basah di bulan mulia ni. kalau realiti confirm nanges tak berlagu. hadoila. nasib baik mimpi. haha. mesti macam annoying gila kan. setiap kali i tulis nama kamal mesti ada (bukan nama sebenar). bahahaha.

sori lah buang masa sungguh cerita pasal mimpi kena tangkap basah ni. tak ada benda la nak update. hehe. jangan marah okay. busuk betul mimpi pun nak cerita dekat belog. haha. biasalah mimpi. banyak yang tak logik dari logik. hehe.


muka memualkan. =))

okay semua. nanti kalau malam ni mimpi best i update lagi. bahaha. semua gambar mimpi tu credit to google. susah payah i cari tau. hehe. bila i google kamal. keluar muka kamal adli. i sukaaaaaaaaaaaaaa. haha. take care everyone. love.

p/s: entry bapak panjang. tak ada orang baca padan muka i. haha.

xoxo