Monday, January 28, 2013

rantai misai aizat.

salam and hye



kenal siapa ni? boyfriend i la. hee.



buat girlfriend aizat, jangan marah jangan saman i. ehehe. kite suke misai die jekk. aizat pun i suka jugak. tapi aizat belum tentu suka i laaaa. HAHA.



and so i bought this. tanda cinta i pada misai aizat.



rantai ni i beli kat KL sentral. ade small booth yang jual accesori macam rantai subang n gelang. RM10 je yangg. so murahh so affordable. budak sekolah pun boleh beli. :)


rantai ni belum officially pakai lagi. because takde outfit yang sesuai untuk di mix and matchkan. heh. biasala i kalau shopping main beli jekk. pakainye belum tentu. kuikuikui.



sah sah laaaa tak ado kerjo lain nak buek kan.



yang gambar i tu bukan cara sebenar pakai rantai ni ye. sila paham. jangan ingat i sepanjang masa pakai gitu pulaksss. haha. :P


p/s: oh ya. buat thomas. i tak kahwin lagi. masih single. mana boleh pregnant lagi. tsk tsk. itulah padahnye entri merapu 30feb resepsi tu. :(


till then,
assalamualaikum. :)



Friday, January 25, 2013

cozy peplum.

salam and hye


dalam hidup kita, macam macam dugaan. itu menjadikan kita lebih matang lebih mengenal diri. sepanjang 24 tahun ini. banyak jugak yang i lalui dengan jalan yang sukar. tapi dengan ada yang menyokong terutama emak dan abah, buat i lebih kuat. siapa i tanpa mereka. :)


jadi, terima kasih emak abah atas sokongan moral yang tak berbelah bagi, hihi.


terima kasih tak cukup. mari belanja emak dan abah makan di tempat favourite mereka iaitu di Cozy Corner,   Great Eastern Mall. dari i kecik, abah memang selalu bawak datang sini. dulu cozy ni ada dekat kerry's ampang (now ampang city). but now dah pindah tempat kat great eastern mall ni. :)



favourite emak abah - mee kari



emak abah kalau datang cozy je memang order mee kari ni. emak kata rasa dia perfect. semua cukup. emak yang pandai buat mee kari pun kata sedapp. maknanya memang sedap betullah. i tak berapa nak layan mee kari ni. hehe. sebab i ada favourite lain dekat cozy ni.



favorite i - konghu meehon



rasa dia memang terbaik. kuah sedap cukup rasa. meehoon pun crunchy. ada sayur yang banyak. ada udang ayam, sotong and hati ayam kat dalam tu. okay kira puas hati. licin i makan. hemohemo.


seperti biasa, bukan belog i kalau tak ada gambar i. muahaha. as uolls know. sekarang kan hangat fesyen peplum. supaya tidak ketinggalan zaman. i pun beli satu peplum blouse. jengjengjeng.



this is peplum blouse by kznabihah



i look more or less like pregnant woman kan. haha. tapi so far, bila i pakai baju ni pergi kerja naik tren. tak ada orang pun yang bagi i duduk kat tempat keutamaan untuk perempuan pregnant. hehe. bermakna takdela macam pregnant sangat kannn. haha. :)



till then
assalamualaikum.


Saturday, January 19, 2013

baju ekor ikan, fishtail.

salam and hye


i dua tiga hari ini tak ada mood sangat. kat ofis memang stress sangat sangat. kadang kadang buat rasa nak resign dan lepaskan semua beban ni. grrrrrrrrrrrr. jadi budak universiti lagi best. oh i miss UMT. :)


tapi i masih pegang nasihat pensyarah UMT i dulu. "walau apa pun terjadi dalam hidup kita, seteruk mana pun keadaan. EMAK DAN ABAH kita masih sayangkan kita seperti biasa". teruss rasa lega dan semangat  nak hupdate blog panjang panjang. hik.



fishtail dress by miss selfridge.



okay ni dress yang sangat in nowadays. banyak jugak blogshop yang jual baju baju gini. kalau fishtail ni pattern dia belakan labuh depan pendek. kalau omputih dia akan pakai gini ja kot. but in malaysia if pakai gini je, it is too sexayyy baby. hihi.



fishtail versi labuh.



euuuww pipi temboms nya. haha. abaikan ye i nak tunjuk baju jeks. ini fishtail yang labuh dan i pakai dengan maxi skirt warna merah. selesa. feeling macam pakai jubah pun ada macam baju kurung moden pun ada. heh. nak beli boleh terjah sini.


oh ya. follower blog bushukk i ni dah 2000 lebih orang. alhamdulillah dan jutaan terima kasih atas sokongan semua yang sudi baca blog bushukk i. me love you. :)



thanks :)



kalau korang rajin boleh la gi terjah my lucky 2000th follower here. tekan sini.



gian nak tepek gambar sendiri lagi. jangan marah uols.




till then,
assalamualikum.



Sunday, January 13, 2013

mee udang hailam.

salam and hye.


pagi ini hujan. zzzzzzzzzzz. zzzzzzzzzzzzzzz. zzzzzzzzzz. sampai la sekarang ni baru bangun. ehehe. biasalah kan. bila dah kerja asyik asyik bangun awal pagi. jadi stress kan. jadi bangun lewat adalah terapi stress uols.


i kadang kadang kecik hati dengan sestengah orang yang nak menegur tapi menyakit kan hati. i tahu i tak sempurna mana. tapi awak pun bukan sempurna sangat. tengok diri awak dulu. baru tegur orang. orang tak tegur awak bukan bermakna awak sempurna. ingat tu.


eh emo dan stress tiba2. haha.


okay bila emo dan stress kita makannnnnnn. :)


haritu lepas balik kerja halfday. i dengan emak and abah gi makan kat Hailam Koptiam, Wangsa maju. mulanya kitorang nak makan kat Makjah Mee Udang, Wangsa maju. tapi RAMAI gila orang. so tak jadi. hihi.



ini makanan i. rice and chicken curry.


kari dia ala ala kapitan sikit. tak macam emak i masak. sebab emak masak macam kari mamak. sebab emak kan orang penang. hihi. so sedapp jugak kari ayam ni. bolehlahhh.



ini emak punya. prawn mee.



sebab emak i kan ala ala teringin mee udang mak jah tu. so emak order mee udang sini. boleh kata a bit dissapointed. sebab udang dia tecik tecik je. sebab bukan specialities kopitiam ni kot. :)



ini pun makanan juga. oh sori. ini tukang makan.


i memang suka edit gambar sampai kening hilang sebelah. hidung pun i edit sampai hilangg. hah berani??. ahaha. okay lah semua. hari ahad ni pergi cari makanan sedap sedap ye uols. terapi stress katanya. :P



till then,
assalamualaikum.

Sunday, January 6, 2013

mrs phua chu kang.

salam and hye


lama gila tak update. so sori. i sangat busy bila dah kerja. sangat tak best hidup berkerja. hehe. tapi kerja dapat duit bolehh shopping shopping. tak payah pakai duit mummy daddy lagi. oh heaven u olss.


well..


i rebranding my blog. dulu more to my life kan. this time lebih pada barang barang yang i shopping. or maybe some event in my life yang i rasa relevant untuk share kat sini. and paling best adalah pasal FOODSSSS!. sebab i kan kuat makan. hee.


ehem,


kim kardashian with her leapord skinny jeans


mula mula i tengok dia pakai. meleleh jugak air liur. teringin nak grab satu buat pakai jalan jalan time weekend. tapi biasalah i always in doubt sebab takut orang kata terlepas dari zoo pulak kansss. haha.


tapi i berani kan diri untuk beli jugak satu skinny leapord print jeans. tapi sebab i terlebih berani. i beli colour merah. huehuehue. and dah pakai pergi UPM pun. and tak rasa pelik puns. hehe.


okay mak kata macam bini phua chu kang. :p


at first memang rasa pelik. sebab i mana penah pakai seluar corak. but a least once in your life, please try something new. kita bukan hidup dua kali, tapi sekali je, live life to the fullest okay sayangsss. :)



till then,
assalamualaikum