Monday, February 21, 2011

~ "teeeheee" ~

salam and hye.



homaigod. homaigod. minggu ni ada dua take-home-test. walaupun take-home-test, maknanya kau boleh guna google atau bukak buku tebal tebal cari jawapan. tapi still i nervous. kau tahu kenapa?. sebabnya mesti la lecturer akan expect jawapan kaw kaw dari kau. HAHA.



lepas tu sabtu ni ada seat-in-test. ini normal punya exam la. kat rumah kau baca buku tebal tebal sampai pening. esok masuk exam dan jawab. yang ini lebihhhhhh susah kan?. tak boleh google and tak boleh bawak buku tebal masuk exam. okayy nervous gila ni. tsk tsk. :(



jadiiiiiiiiiiiiiii. jangan expect i untuk selalu berpoya poya dengan blog ni minggu ni. unless tiba tiba ada miracle terjadi. okay fine otak tak boleh fikir miracle dalam BM apa. oh ya. miracles tu keajaiban kan? kan?. HAHA.





sengih jaa kerja aku kan?. HAHA.




jadi wish me luck for my upcoming test. maybe this week tak akan ada update kot. or maybe ada. if ada, itu bermakna i dah gian gila gila nak tekan tekan keyboard gitu. HAHA. jadi teruslahh menyokong i even i tak update blog. teeheeeee.




eh sebut pasal "teheeeeeeee!!".




teringat sorang youtube star. nigahiga but his real name is ryan. apaaaaaaa tak kenal??. ish. bukak youtube hampa tengok apa jaa?. anwarhadi jaa ka?. HAHA.



muka poyo habis. tapi hemsem jugak kau ni nigahiga. HAHA.




semua video dia semua jenis video terhegeh hegeh. dia akan sebut "teeheeeee" at the end of all his vid. kalau tension exam tu kan. kau bukak video dia ni kau boleh gelak gelak 10-20 minit camtu kan. pastu study balik. jadi kau tak stress la study sampai migrain tu nokk. HAHA.



okay. jom teman i study nigahiga. tak nigahiga, anwarhadi pun i layann je. :)



xoxo


Thursday, February 17, 2011

~ contest mata bulat ~

salam and hye.


dulu masa i kecik kecik. semua auntie auntie and uncle uncle panggil i budak mata bulat. eh. mestilah i tak suka kena label budak mata bulat. sebabnya i suka mata kuyu macam khalid jamlus. HAHA. kau tak perasan ke mata khalid jamlus kuyu? ok takpe. pergi kau google sekarang. :)



dulu i tak rasa ada mata bulat dan besar ni cantik. tapi maybe sebab emak suka tengok cerita tamil. emak bukan setakat tengok. tapi bukak volume kuat kuat okay. mesti samy vellu bangga dengan emak. HAHA. oh ya. apa kaitannya cerita tamil dengan mata bulat dan besar?. heroin tamil kan semua mata bulat bulat dan cantik. tak percaya?. pergi kau google lagi. hehe.



bukan heroin tamil je lawa mata bulat. heroin malaysia pun lawa juga mata bulat.



tak caya?. jap jap. kali ni kau tak payah pergi google sendiri. :))





ini Heliza AF tau. bukan i. jangan salah paham. HAHA. :)



tadi masa blogwalking i jumpa contest mata bulat. hehe. nampaknya golongan mata bulat macam i (perasan gilaa mata bulat macam heliza) semakin diterima masyarakat sekarang. HAHA. jadi i pun nak join lah contest ni. kehkehkeh.



kena join dengan gambar mata bulat.




taraaaaaa!!



okayy fine. mata tak bulat mana pun kan.



shawl baru beli tuu beb. lawaaa takk?. lawa takk?. cakapp lawa cepattt!!!. HAHA.






okay ini baru bulat sikit dari biasa. HAHA.




kena follow cik Deebanur and cik CN (i dah follow okayy). penganjur contest ni adalah cik Debaanur. cik CN pulak tukang sponsor hadiah. hehe. cik debaanur ni pun mata dia bulattt bulatt jugak. tak caya??. jappp ek. hehe.



kan kan. bulat kannn?.hehe.



boleh click kat gambar untuk join contest ni. :)



tiga orang mata bulat yang i nak tag adalahh..

kema
cikyana
ayuu



ingatkan nak tag cik epal tadi. HAHA. mata dia bulat gak wehhh. tapi kalau bagi dia masuk mesti dia menang. HAHA. tak jadi tag dia. HAHA.

xoxo

Monday, February 14, 2011

~ free watermark for everyone ~

salam and hye.

dulu masa awal pembabitan i dalam dunia blog ni. i main hentam aje. orang letak gambar i pun letak gambar. tapi orang lain letak watermark. i tak letak pun masa tu. sebab i tak reti buat water mark. hehe.


tapi kalau perasan sekarang setiap gambar i dah ada watermark. watermark tu dulu pun i tak reti buat. i main belasah je guna photoscape. tapi jadi je. okay la kan daripada tak de. HAHA.




watermark ni pakai photoscape je. still cute kann?. :)



tapi haritu masa i on ym. tiba tiba ninie buzz and mintak tolong ajar dia buat watermark. tapi sebab dia tak reti i tolonglah buatkan. tapi untuk dia i buat guna photoshop. bila guna photoshop. dia punya jadi lagi cantik dari i punya. cissssssssss. HAHA. nak tengok tak watermark yang i tolong buatkan tu?.




contoh watermark untuk ninie.


tengok i bagi dua watermark untuk dia pilih mana satu dia suka. BAIK TAK I??. haha. lepas tu i jadi down sebab dia punya watermark lagi cantik dari i punya watermark. so i made another one for myself. gila kuasa kan?. HAHA.




okay puas hati i. :P

but i still love my old watermark. tak tahu apasal. HAHA.



okay, untuk readers kat luar sana yang nak watermark macam ni. i boleh tolong buatkan. free of charge. tapi kena buat satu entry for me. bukan apa sebab senang u all masukkan je pic apa you all nak dekat entry tu so i just grab it there. :)



tajuk entry: saya nak watermark free dari nardnaddy

mesti letakkan

  • gambar untuk watermark
  • caption untuk watermark.
  • url blog anda
  • colour font yang anda nak
  • email anda.
  • last but not list, letak link blog i dalam entry tu.



ini bukan contest ye. sebab i akan bagi untuk semua yang buat entry. bukan apa. saja nak asah bakat dalam photoshop. selain tu, boleh juga tolong anda anda semua kan?.



sampai hujung bulan februari ni je tau. cepattt!!. dont miss it. :))

xoxo


Tuesday, February 8, 2011

~ matric card saya ~

salam and hye.


what a long holiday kan. hehe. hari ni baru sempat nak update blog. busy sikit sebab semalam ada oath taking ceremony kat UPM. lambat lah UPM ni buat welcoming event kat kitorang. dah basi kot kitorang ni. HAHA. buat la masa awal awal register sem dulu tu. kira nya lebih kurang macam kau nikah harini bulan depan baru kau bersanding. got it?. :)


so semalam i sempat la pergi ambik matric card. HAHA. teruja gila dapat matric card. tapi bukan pakai pun. simpan dalam beg je. i tak tahu kenapa mindset i cakap bila pakai matric card je SKEMA. well, its a norm kan. manusia suka langgar peraturan. yang tak bagi buat yang tu la nak buat sangat tu kann. :)





my first ever matric card adalah matric card dekat kmpk.

i ingat lagi gambar tu depa ambik on the spot masa hari register. bayangkan lah kena angkat beg yang berat dari astaka pergi p1. dah dapat bilik tingkat 3 pulak tuh. tak ke peluh peluh ketiak bagai. HAHA. lepas tu turun dewan banquet ambik gambar. nasib baik maintain cunn lagi. tapi dah calar balar tak nampak dah muka maintain cunn i tu. :P





matric card masa dekat UMT.

UMT ni orait sikit sebab gambar untuk matric card amik masa minggu orientasi. tapi still huduh jugak gambar tu sebab ye la kan, minggu orientasi kan macam tahi sikit kehidupan. jadi tak sempat la nak melaram sakan. HAHA. tapi kad matric i tak hilang selama 3 tahun kat UMT. pernah la hilang tapi jumpa balik. :P





matric card terbaru :))

HAHA. yang UPM ini terbaik sebab gambar bawak sendiri. maknanya boleh pilih gambar paling cun untuk buat card matric. agak agak bagi gambar camwhore diorang accept tak?. hehe.




ni je la matric card yang i ada. harap harap bertambah lagi lah collection matric card i pas ni kan. card matric luar negara pulak ke kan. from durham ke kannn. awwww. :P


oh ya. cuti CNY hari tu kan family i buat kambing golek. so i try la makan. sedapp sedapp sedapp. hehe. tu la. tak kenal maka tak cinta kan?. tapi dah kenal tak semestinya bercinta. kann kambing kann?. :))


xoxo

Wednesday, February 2, 2011

~ prosperous ~

salam and hye.

malam ni nak balik kampung. sibuk je i kan. orang lain yang raya. i yang sibuk nak balik kampung. HAHA. well, kita kan satu malaysia. kalau tak takkan PM najib razak wish happy chinese new year through email kat i kan. such a cute PM. hehe. :))


kampung i bagi yang tak tahu is located at penang. and time kecik kecik baru tadika camtu, balik kampung time chinese new year memang best. sebab i boleh tengok tarian naga. they called it tarian singa actually. my family je kot yang panggil tarian naga. HAHA.


its because rumah atuk i is so near dengan kejiranan kaum cina. perghhh kejiranan. bunyi macam bahasa melayu wajib dapat A spm gitu. HAHA. bila dengar bunyi gendang ja. terus kami cousin cousin lari pi tengok naga. HAHA. budak budak memang pulun kan? :P



sekarang ni dah besaq besaq jadi anak dara dan lelaki lelaki control macho semua dah tak pulun lagi lari lari tengok naga. cover cunn kot kan semua. HAHA.


but i miss that moment. :))





happy chinese new year everyone. :)



motifff letak gambar tu sebab we all red. red ni colour banyak ong kan. more prosperous. tak sempat nak beli cheongsam and berphotoshoot bagai. HAHA. jadi recycle balik gambar dinner masa final year degree haritu. :P



this saturday night ada BBQ dekat umah tok. nanti i update pasal tu. uncle uncle nak buat kambing golek sekor. TAPI, i mana makann kambing. oh man. rugi la i. tsk tsk. :(

xoxo