Saturday, March 30, 2013

tahniah kepada myrahthesamurai. hee.

salam and hye


sorry sorry sorry. i janji minggu lepas ye nak announce winner. tapi minggu ni baru nak announce. sibuk sangat sebab dok study interview punya pasal. eceeehhh. alasan professional kan? ahakss. company tu bagi handbook pasal KF theory 81 muka surat ye. tak ke STRESS?. hehe.



undian pemenang secara rawak. haha.



setelah dikaji kaji. dan untuk berlaku adil dengan semua peserta. jadi i pun ambil keputusan untuk pilih pemenang secara lucky draw. heheh. emak i yang cabut nama pemenang ni. tak banyak pun peserta. tapi alhamdulillah sebab ada juga yang sudi support giveaway simple i. :)


dan pemenangnya adalahhhhh



Nur Amirah Bustaipo
http://myrahthesamurai.blogspot.com



tahniah darling. nanti pm fb fanpage i nama penuh, alamat dengan no telefon ye. i akan post shawl pilihan u secepat mungkin. myrah pilih shawl design A. hihi. tahniah lagi sekali. :)



shawl design A soptted dalam hijabista edisi april taw. :)



hope nanti kalau ada rezeki lebih. boleh buat giveaway lagi. mungkin buat benda yang unisex sikit. hehe. ni macam tak aci je kat abang abang yang baca blog i. tak dapek join haa. kecian pulaks. ekeke.



congratulation again myrah. :)



heheh. perlu ke congratulation tu letak gambar sendiri?. HAHA. memang lahhh perluuu. ni kan blog i. memang gambar i je la kannnn. :P


till then
assalamualaikum
  

Saturday, March 16, 2013

Giveaway shawl by nardnaddy. worth RM20.

salam and hye


alhamdulillah. kadang kadang kita terlupa bersyukur dengan kurniaan rezeki yang Allah berikan. jumaat yang lepas i ada pergi interview di Metrohm Malaysia, untuk jawatan application chemist. i qualified untuk next interview. wish me luck ye sayangs sayangs. :)


itu adalah rezeki. sekali lagi syukur Alhamdulillah. so, sekarang i nak kongsi sikit rezeki dengan pembaca blog i. hihi. alahh kita seronok seronok je okay. sebab i tak mampu lah nak bagi hadiah iphone5 bagai. jadi hadiah tak sebarapa ni harap uols sudi join giveaway ni ye.


hari tu i ada shopping shawl banyak gilaaaa. adalah dalam sekodi gitu. haha. boros kan?. oh i tak tau nak beli yang mana satu. last last semua i beli. kikiki. jadi pemenang giveaway i ni boleh pilih salah satu dari shawl yang cantiks ni okay. :)



design A



design B


caranya
1. follow blog i ni
2. follow fanpage blog i di fb. sini.
3.drop private message di fb fanpage i.
4. sertakan nama dan pilihan shawl.


i akan pilih pemenang berdasarkan message di fb fanpage. mungkin pemessage yang ke 10, mungkin yang ke 20. jadi semakin cepat anda join. semakin cerah peluang hehe.


giveaway ni tak terhad ye. perempuan lelaki boleh join. kalau pemenangnye lelaki. uols boleh bagi hadiah pada yang tersayangg. hemo. kalau perempuan, kau melaram je puas puas nyahh. :)



pemenang boleh buat pilihan. :)



sebenarnya i nak bukak blogshop. tapi tak berani lagi. test market dulu. join la giveaway ni ye. tolong support i. rezeki kita kongsi sama sama. :)


till then
assalamualaikum


Sunday, March 10, 2013

seafood tanjong harapan.

salam and hye


pertama sekali, thanks pada semua yang memberi semangat dan yang mendoakan pada entry yang lepas. terharu i. banyak yang memberi semangat. mungkin apa yang i rasa ini cuma sikit berbanding dengan orang lain. biasalah, pengalaman mendewasakan kita. :)


i dah start kerja macam biasa bermula dari hari rabu. dan hari sabtu semalam kena kerja halfday. so member ofis nak pergi makan seafood dekat klang. so, daripada boring duduk kat rumah. i pun join la aktiviti makans makans ni :)



view from the restaurant



oh i memang betul betul lupa nama restaurant ni. i was too excited to enter the restaurant sampai terlupa nak tengok nama restaurant dia. hehe. i memang kalau dah bab bab makan ni, benda lain i lupakan. oh nampak tak kenapa tak kurus kurus? :P


these is the only two things that im able to capture. hehe.



butterprawn



khailan with ikan masin



budak opis i mulut macam naga ye. tak sempat i nak snap snap gambar ni. sampai je makanan terus je terkam. haha. gila kuat makan. tapi macam ni la best. baru la rasa meriah. daripada sopan santun control ayu mana best kan?. hehe.



gambar ni kena letak. sebab ini kan blog i. HAHA.



lepas dah kenyang makan seafood. member i ajak tangok wayang cerita Jack And The Giant Slayer. cerita ni okay okay je lah. i will give 7/10 overall. nak kata boring tu tak lah boring. best to takde la best. standard je. sampai satu tahap i tanya member i "eh bilanyaaa nak habis." HAHA.






tapi ewan mcgregor dalam muvee ni sangat tidak mengecewakan jiwa perempuan i. sangat hemsem. melting melting melting. kalau minat ewan mcgregor boleh la pergi tengok cerita ni. hihi.


till then
assalamualaikum


Wednesday, March 6, 2013

khas untuk arwah tok. kakak sayang tok.

salam and hye


saat saya menulis ini. saya perlu kuat. saya perlu pastikan tiada air mata yang menitis. kerana rasanya seperti tak sanggup untuk menulis tentang ini. tapi sebagai tatapan kenangan masa hadapan saya coretkan juga.


pada 2 march 2013 yang lepas. saya telah kehilangan nenek tercinta. tok adalah panggilan saya untuknya. yang pada entri beberapa minggu lepas ada saya menulis di dalam entri yang saya bercuti. di kampung. ketika itu, tok masih ada menyambut kepulangan saya.


tapi untuk kali ini, bila sesampai saya dikampung. hanya wan yang menyambut saya di pintu. tok pada ketika itu. sudah terbaring kaku berselimut putih. saya rasa kehilangan. kehilangan yang amat besar. tak boleh digambar dengan kata kata. mungkin kalau ada jiwa pernah rasa kehilangan. pasti jiwa itu pasti memahami.


saya sedari kecil, memang dijaga oleh arwah tok. saya membesar dengan diasuh oleh arwah tok. membesar dengan masakan arwah tok. membesar dengan alunan sebelum tidur dengan suara arwah tok. cuma ketika berumur empat tahun, emak bawa saya kembali ke KL sewaktu emak memilih untuk jadi suri rumah.


emak cakap, arwah tok bekalkan saya dengan kain batik miliknya. takut rindu katanya. sungguh ketika tu memang saya tak memahami. tapi kini, bila tengok baju baju arwah tok dalam bilik tidornya. hati jadi sebu dan sebak. hati jadi rindu......



Langit mendung hujan pun gerimis
Sayup terdengar sendu dan tangis
Bertitian bisikan kalimah nan suci
Berdoa mudahkan perjalanan
Terakhir ini
Bagai terasa keresahan di jiwamu
Bagai terdengar suara meruntum kalbu
Tiada walau sesaga di bawa pergi
Tak berharga puja dan puji




lirik lagu di batas masa nyanyian siti nurhaliza. dulunya saya dengar bagai tiada erti. tapi kini memberi banyak makna, perasaan dan rasa.




tok, kalau kakak ada salah silap, kakak mintak maaf. rasanya belum terbalas segala kasih sayang tok untuk kakak. tapi selagi mampu. doa kakak tak akan putus untuk tok. i will love u always and forever. 




kenangan terakhir



mohon  pembaca blog saya kalau ada kesempatan sedekahkan alfatehah untuk arwah tok saya. moga tok tenang disisinya, dan tergolong dalam hamba yang diredhainya. amin. 


till then
assalamualaikum


Sunday, February 24, 2013

chinese new year - journey to the west.

salam and hye


hye everyone. hee. sorry laa lama sangat tak update. busy memanjang dengan kerja dan kehidupan sosial dengan rakan rakan. jadi aktivity update blog hanya dapat dilakukan hujung minggu sahaja. hehe. so sorry peminat peminat semua. haha.


first of all.



happy chinese new year to everyone who celebrated it. :)



so bila kerja dengan opis yang most of the higher management are chinese. uols akan dapat rasa sambutan chinese new year secara besar besaran. dan oh ini kali pertama i dapat tengok tarian naga ( which i know it is tarian singa actually ) yang profesional. but i used to called them naga. my childhood thougt me so. hee.


but angpau for this year, they give us sijil simpanan premium BSN. oh please la boss. i nak cash kott. HAHA. kau tengok aku memang tak reti bersyukur. :P 


here is the day of celebration.



foto ehsan kawan opis. kehkeh.



the naga was superb. mesti dah practice lama sampai boleh lompat lompat atas tiang tu. hee. then to complete the celebration of chinese new year. i dengan colleage yang lain decide to go for nite movie. sebab dah tema chinese new year kan. we ols tengok journey to the west. :)



stephen chow movie's: journey to the west.



i must say this movie is a yeay!. 9/10 bintang. lawak dia memang tahap sembur sembur popcorn yang kau makan tu. start start movie memang dah kelakar abis. perut akan cramp sebab terlampau banyak gelak. it is worth it to watch. even i paid rm18 for the ticket. mahal kotss. ngeh.


jadi sambutan tahun ini diisi dengan keriangan. hehe. tak tau bila lagi update hehe. soon kot, sebab i baru beli tribal shawl. nanti i update. :)


till then
assalamualaikum.



Saturday, February 9, 2013

pavlova cair.

salam and hye


kejap lagi i nak balik kampung. nak balik kampung dekat penang. hehe. siapa siapa yang ada kat penang boleh la roger roger. mana tau boleh berkenalan sampai ke jinjang pelamin. eh. haha.


actually i taktau nak update apa sebab minggu ni tak sempat nak shopping shopping. busy je memanjang. jadi hidup i, gi kerja  - balik. gi kerja - balik. oh so bosan. but heyy, inilah alam pekerjaan uols. :)



topik hari ini. pavlova.



siapa pernah rasa??. sedappppppppppp kan. hihi. rasa dia lembut lembut ala ala melt in mouth gitu. cream dia pun sedap macam aiskrim. tambah pulak dengan masam masam buah buahan itu. okay sedaaaappppp. :)


ex-opismate i ade jual pavlova ni. so, selaku kawan yang suka membeli belah. apa salahnya support bisnes member sendiri kan. jadi i pun tempah untuk rasa. :)



pavlova, dah cair sebab i bawak balik naik LRT. tsk tsk..



walaupun dah tak berapa nak anggun. tapi masih sedap lagi. pandai anis buat. nanti i nak try buat jugak la. tengok tutorial macam senang. hehe.


kalau nak resepi google sendiri lah ek. iols dah malas nak tulis. :P


till then,
assalamualaikum.


Sunday, February 3, 2013

handbag marie claire.

salam and hye


stress ye i. tiba tiba boss kat ofis suh buat overtime tapi taknak bayarrr ye. gewammm betul grrrr. habis penat lelah i, komitment semua tu free of charge??. gila betoi baqq hangg.



ooopps. terbeli sebab gewamm kat boss.



beg baru beli. beli dekat bata je pons. hanya rm99.99. kira mahal la untuk i yang berkerja tapi overtime tak dibayar ni kan. ekeke. i jenis yang kalau handbag i pakai sampai lunyai baru tukar baru. pastu habit i memang suka simpan sampah dalam handbag. hee.



motip sangat pandang atas yang belahh kiri tu. ahaha.



so here it goes apabila digayakan. biasa sajaa. tapi i suka sebab besaq, boleh sumbat sampah banyak banyak. mungkin nanti bila dah banyak duit boleh beli coach LV bagai pulak. ahaha. tapi tak minat ah. macam brand mak mak je. i muda remaja lagi hokayy.


pffftttttt.


i masih kecewa dengan bos. rasa nak shopping lagi. grrr.



till then.
assalamulaikum.