salam and hye
saat saya menulis ini. saya perlu kuat. saya perlu pastikan tiada air mata yang menitis. kerana rasanya seperti tak sanggup untuk menulis tentang ini. tapi sebagai tatapan kenangan masa hadapan saya coretkan juga.
pada 2 march 2013 yang lepas. saya telah kehilangan nenek tercinta. tok adalah panggilan saya untuknya. yang pada entri beberapa minggu lepas ada saya menulis di dalam entri yang saya bercuti. di kampung. ketika itu, tok masih ada menyambut kepulangan saya.
tapi untuk kali ini, bila sesampai saya dikampung. hanya wan yang menyambut saya di pintu. tok pada ketika itu. sudah terbaring kaku berselimut putih. saya rasa kehilangan. kehilangan yang amat besar. tak boleh digambar dengan kata kata. mungkin kalau ada jiwa pernah rasa kehilangan. pasti jiwa itu pasti memahami.
saya sedari kecil, memang dijaga oleh arwah tok. saya membesar dengan diasuh oleh arwah tok. membesar dengan masakan arwah tok. membesar dengan alunan sebelum tidur dengan suara arwah tok. cuma ketika berumur empat tahun, emak bawa saya kembali ke KL sewaktu emak memilih untuk jadi suri rumah.
emak cakap, arwah tok bekalkan saya dengan kain batik miliknya. takut rindu katanya. sungguh ketika tu memang saya tak memahami. tapi kini, bila tengok baju baju arwah tok dalam bilik tidornya. hati jadi sebu dan sebak. hati jadi rindu......
Langit mendung hujan pun gerimisSayup terdengar sendu dan tangisBertitian bisikan kalimah nan suciBerdoa mudahkan perjalananTerakhir iniBagai terasa keresahan di jiwamuBagai terdengar suara meruntum kalbuTiada walau sesaga di bawa pergiTak berharga puja dan puji
lirik lagu di batas masa nyanyian siti nurhaliza. dulunya saya dengar bagai tiada erti. tapi kini memberi banyak makna, perasaan dan rasa.
tok, kalau kakak ada salah silap, kakak mintak maaf. rasanya belum terbalas segala kasih sayang tok untuk kakak. tapi selagi mampu. doa kakak tak akan putus untuk tok. i will love u always and forever.
kenangan terakhir
mohon pembaca blog saya kalau ada kesempatan sedekahkan alfatehah untuk arwah tok saya. moga tok tenang disisinya, dan tergolong dalam hamba yang diredhainya. amin.
till then
assalamualaikum
28 comments:
akak , mungkin bella tak dapat nak faham perasaan akak skrg ni . sbb bella dah kehilangan kedua2 nya sejak kecil . tapi akak tabahkan hati ok . setiap yg hidup tu akan mati . bella doakan semoga arwah ditempatkan di kalangan org yg beriman . al fatihah .
sabella
thanks bella. alfatihah.
saya pun sama pernah kehilangan nenek saya pada awal tahun 2013.. saya tak pernah makan makanan masakn arwah nenek saya..
al-Fatihah untuk arwah nenek awak.. semoga akak tabah..
nur madihah
tenkiu madihah. i will. :)
salam takziah.semoga arwah ditempatkan dikalangan org beriman.alfatihah..
latifah
thanks latifah. amin.
Saya doakan. Banyakkan bersabar ya. awak mesti kuat :) tak mau sedih2 taw^^
Tabahkan hati yer...Allah lebih sygkan tok nadd sebenarnya...jgn tangisi pemergian tok nadd kerana jika tok nadd masih idup, pasti tok nadd akan sedih juga. Jgn berhenti berdoa yer...Insya Allah rohnya sentiasa tenang di sana...amiinn..
alia
thanks alia. :)
ridzwan
amin. terima kasih wan. :)
my condolence,missing someone who have left you means that she have done many good deeds to you and
following her example in your daily life will make her very happy.
Tabah ye sis :) Banyakkan bersabar.
Salam Takziah.. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman :)
Al-Fatihah..
al fatihah buat tok
moga ditempatkan bersama mereka yg beriman.. amin
jgn besedih ye..bnykkan doa untuk mereka..smoga roh mrka dccri rhmat Allah..amin
Al-Fatihah
thomas
i will thomas. tq.
sally yatiey
thanks sis. alfatihah.
sop
alfatihah. amin.
cik yaya
okay. terima kasih yaya.
insyaAllah roh arwah akan dicucuri rahmat.. Al-Fatihah~ :')
semoga ditempatkan dikalangan orang yg beriman~~~
saya faham erti kehilangan :'( moga nad tabah ye.
Al-Fatihah utk tok nad dan semua yg tlh kembali ke Rahmatullah ~
al-fatihah.semoga ditempatkan bersama orang2 yang beriman dan beramal soleh..jgn sedih-sedih k ;)
takziah dear..banyakkan bersabar..daripada Dia kita dtg, kpda Dia kita kembali..
nurul farahizati
alfatihah. amin.
cahaya kemuliaan
amin. thanks fadh. :)
mar haini
thanks sebab memahami. :)
say to easy
thanks dear. amin. :)
addasyuhada
true. thanks dear. :)
Tabah laa akak... kehilangan seseorang yang kite syng memang perit rasanya. Am fhm coz Am pun kecik membesar dengan Atok..
Al-fatihah... Allah lebih syngkan dye...just relakan ia pergi dengan tenang..jangan bersedih lagi yer akak...
From: Am
aminin
thanks ya aminin. :)
alfatihah kepada arwah nenek nad, semoga rohnya ditempatkan dikalangan org yg beriman,
Al-fatihah. Anis kehilangan org yg lebih rapat, ayah anis meniggal 3 tahun lepas, cancer paru2. Moga mereka ditempatkan bersama org beriman...Amin
Al-Fatihah. Moga rohnya dicucuri rahmat. Maaf banyak2 juga sbb baru terbaca entry ni.
Saya fahami kesedihan yg Nad alami sbb bulan Mac tahun lepas, ayah saya meninggal kerana kegagalan buah pinggang.
al fatihah
al-Fatihah..moga arwah tok ditempatkan di kalang orang2 beriman.. :)
al- fatihah..
Post a Comment