Tuesday, February 23, 2021

Resepi kuih raya dua bahan je :)

 Salam and Hye


Semalam i macam kerasukan mood nak membaking. jadi i pun scroll sana sini untuk cari resepi yang senang senang aje. sebab kang kalau resepi complicated, boleh turn off jugak mood, hehe. Sebab dalam dalam ada mood pun ada boleh jugak rasa malas kahkah. betul la perempuan ni sukar difahami.


Jadi i jumpa resepi kuih raya dua bahan.

1 cawan tepung jagung

1 cawan susu pekat

1 sudu teh vanilla essence ( i tambah bagi wangi )



taraaa jadik. tapi tak sedap HAHA.



i pun actually tak paham kenapa i boleh yakin dah konpiden sekali untuk buat. padahal dah boleh agak kot rasa dia susu+tepung. rasa ala ala kuih bangkit yang manis dia tak leh bawak bincang. tapi ofcoz kuih bangkih lagiii sedap sebab rasa lemak lemak santan. entah la menyesal la buat 😥



sudahnyaaa mekap je la buat hilang stress



boleh stress tau bila kau dah semangat nak baking, sekali apa yang kau baking tak sedap. nak marah siapa pun tak tahu nih. grrrrr. Tapi i rasa nak marah orang buat resepi tu la, resepi tak sedap pun nak share ^*%*(^*%#^  HAHA.



dah petang sikit buat puding roti :)



yeayyy yang ni jadik. pakai roti expired yang tak tumbuh kulat lagi. sedap pun sedap. baru laaa happy dan gembira. tapi i still marah dengan orang bagi resepi kuih raya dua bahan tak sedap tu. grrrrrrr. 



till then, Assalamualaikum.
Nardnaddy


34 comments:

Jaime Portela said...

You have a nice blog.
Thanks for your visit and comment.
I'm following you. Can you follow me?
Have a great day and stay safe.
Kisses.

Agus Warteg said...

Puding roti nya enak mbak, sepertinya sedap dan enak dimakan ya.😃

Azhafizah MN said...

Alahaii..menjadi tapi tak sedap pulak ye. Maybe pada tuan punya resepi tu, ikut selera dia sedap kot. Fikir positif :)

Sedap nampak puding roti tu. Bagus tu tak membazir roti dari terbuang.

NARDtheNERD said...

Jaime
of course will follow you back dear :)

agus
alhamdulillah puding roti menjadi hehe

azhafizah
bagus suka sis positif.. haha.. tapi tu la.. 2 bahan je.. what to expect kan...

Warisan Petani said...

2 bahan aje mana mak sedap

NA said...

2 ke 3 bahan?
Haha untuk tekak Nard tidak sedap.
Nasib baik puding roti jadi.

Ako Retna said...

kira ok lagi tu, ada semangat nak membaking...
pasni bole cuba lagi! D

nanieydotcom said...

Ni memang rajin sangat dah ni. Siap baking lepas tu make up pulak..

Naniey sampai ke sudah nak baking tak gerak2. Lastly simpan balik oven .. hehe

Atie Zieya said...

susu dgn tepung saja, mmg la rasa hampeh haha... takpa nanti cuma tambah 3rd ingredient plak, maybe oreo? hehe

anamizu said...

kuih raya dua bahan? ohemgeeee :P

tapi

tapi

tapi


puding roti tu perhhhhhhhhhh~

shima jelani said...

Rajin dah tu nard membaking. Boleh terei next resepi tuk biskut raya. Puding roti tuk nampak soooo yummy :)

Bayu13K said...

Susu dan tepung tentu tak sedap. Hihihi😄
Tapi jadi buat pengalaman...
Kalau resep untuk puding rotinya bagaimana mba?

Dodo Nugraha said...

kuih, saya pikir tadi apa maknanya. Ternyata kue kalau dalam bahasa indonesia
Awalnya saya pikir kuih adalah sama dengan kuah hehehhee

TNH AR said...

Laa..share la resepi puding roti nya..

NARDtheNERD said...

warisan petani
itu la wak.. bercita cita tinggi kite hehe

NA
2 bahan je.. vanilla tu kite tambah hehe

ako retna
yupp nanti nak cuba lagi

naniey
tu laaa semangat nak buat kuih raya sendiri tahun ni hehe

atie zieya
nice!! boleh cuba tambah oreo nanti

anamizu
nasib baik puding roti penyelamat haha

shima jelani
tu la nak cari resepi yang senang senang :)

bayu
yalaaa tak sedap hahaha nanti tunggu i share resepi hehe

dodo
oh yaa kamu manggil kuih kue ya hehehe

tun
hah tu la kan.. nanti nak share :)

Adinda Baizura Mazlan said...

Puding roti tu jugak yg nampak sedap :)

Nina Mirza said...

Kita lebih tertarik sama puding roti nya!

Suria Amanda said...

Tengok kejadianya helok cantik je..tapi x sedap ye..nasib x buat banyak kan...takpe la practice makes perfect..akak ni lagi la plak...x reti langsung baked...

Litah L said...

nampak sedap jugak tu hehe

rajin ya buat biskut ni kompom raya nanti macam2 jenis biskut ada hehe

dear anies said...

baru igt nk dtg raya nk mkn kuih... hehehe

NadiaJamhari said...

Jangan marah lama lama hihi. Tapi bestnya pandai buat kuihhh

Ai said...

Baru cadang nak buat bulan puasa ni. Rupanya tak sedap. Hahah! Nasib baik Ai sejenis baca sampai habis.

Jaime Portela said...

Your language is strange for me and its impossible use a translator. But you can put a translator in your blog to help your visits. Thanks.
Have a nice weekend.
Kisses.

fanny_dcatqueen said...

Hahahahahah, saya pun dah agak rasa kuih 2 bahan tuh 😂😂. Janganlah dipajang dalam toples untuk kuih rayaa yaaaa 😁

Sabilislow said...

Keliatannya si enak

Sabilislow said...

Salam kenal

Farrah MF said...

Agaknya sedap bagi tekak tuan punya resepilah tu hihihi nasib baik ada puding roti penyelamat mood 😊

Agus Setiawan said...

Kalau melihat hasil foto makanan begini, perut serasa berontak karena tak sabar ingin mencoba menikmati rasa dari kue-kuenya.

B'Day | Climate4life said...

puding rotinya nampak yummy

Nur said...

Cute entri ni. Credit on your effort, Nard. Sedap tu subjektif. Mungkin sedap bagi orang yang share resepi tu, tapi tak sedap bagi kita. Hehe. Puding roti memang best! :)

Nina Mads said...

puding roti jugak nampak sedap. hahah

afeezz said...

saya pon kalau nak masak apa2 mesti cari resepi yang senang. tp sy tak percaya dengan resepi yg guna 2-3 bahan ni... selalunya akan tak jadi...

Sha Mohamed said...

Biskut dua bahan tu mungkin boleh tambah kacang atau cornflakes atau coklat cip.. Mungkin rasa dia akan berubah..

Shida Radzuan said...

bagus nard..rajin! kalau shida aduhai~