Sunday, January 31, 2021

Guardian Cosmetic Sales 50% :)

 Salam and hye


Sebenarnya kite ambik annual leaves 5 hari start dari hari thaipusam haritu. Ingatkan nak balik Penang, tapi sebab kes mencanak canak and tak boleh rentas negeri. jadi i dok melengung ja laa kat rumah. Melengung tu bahasa penang hehe. Lebih kurang termenung la maksud dia hehe. :P


Sambil melengung sambil scroll facebook. Terrrrrrrrrrrrrrrrrrnampak pulak yang Guardian buat cosmetics sale 50%. Hehe. Bagai pucuk dicita ulam mendatang gaisss teruss i siap siap dan pergi jusco dekat rumah i tu. Nasib 5minit drive je dekat sangat sangat jalan kaki pun boleh je tapi i malas la nak jalan sebab panaihhhh lit lit. :P


Ni je i beli tak banyak punnn :P



So total semua ni bawah RM60. Berbaloiiii sangat Dermacol Makeup cover foundation tu kalau tak sale RM68 kot harga dia. Haritu i dah beli kod 208, macam terlajak putih je untuk i. Ni i beli 211 dengan harapan sesuai la dengan kulit i yang color color bak puteri gunung ledang nihh. :P



Untuk eyeliner maybelline tu, memang feveret i. ada lagi and currently im using it but i beli buat simpan stock haha.



wearing wardah lipmatte cod 16 - heartbeet



Mula mula ingatkan dia tak terang. sekaliiii amek kau, terang benderang rupanya. haha. so i remove full lips sebab nampak pelik haha then buat ombre korean lips. baru nampak sweet kalau tak macam mak tiri je merah nauuu :P



So kalau i tak silap sales 50% ni dari 28 Jan 2021 sampai 2 Feb 2021. Serious berbaloi dah boleh save banyak sangat. Heeeeee happy :)



Till Then, Assalamualaikum.
Nardnaddy


Monday, January 25, 2021

Tudung satin ala Mira Filzah :)

 Salam and Hye


Phewww dah penghujung Januari 2021 dah ni. Sekejap betul masa berlalu. Tak sedar masa berlalu sebab duduk kat rumah, kerja kat rumah, makan kat rumah. Hehe. tapi best jugak, kadang kadang bila hadap orang ni pun memenatkan, macam macam kerenah. ada yang positip yang negatip, yang bipolar la. haesh.


Bila takde keje kat rumah, saja la try pakai tudung satin ala ala mira filzah. i tak paham macam mana dia boleh pakai tudung satin kepek kat kepala tu pastu dia boleh lawa haha. i try la jugak tapi tak ubah seperti sebijik kentang yang memakai tudung ye kawan kawan. 




belanja separuh je la sebab tak lawa betul i pakai tudung kepek. haha


tapi buat apa nak tiru tiru mira filzah tu kan. pakai aje macam yang kite selesa. sebab kadang kadang sesuai untuk orang tapi tak sesuai untuk kite. betullll tak?. kannn kann.



okay dah tak kepek. tapi tak nampak pulak muncung tudung yang tercacak tuuuuu.



pakai laa style macam mana pun, janji sopan dan selesa. retisss depa memang dah lawa, pakai apa pun elok. kita yang mana baik boleh ikut. yang tak baik toksah ikut ya.. jadi kan sempadan. gicheewww pesanan khidmat masyarakat.




Disclaimer : haritu i ada upload gambar ni kat social media and status wassap. semua ucap tahniah la bagai. i disini menyusun sepuloh jari mohon maaf ye, ni cincin mainan je lekat sekali dengan phone casing i. ampun semua ye, doa yang baik baik untuk i okay. :P



Oh yaaa hari tu swab test negative, yeayyyy.


Till then, assalamualaikum.
Nardnaddy.


Tuesday, January 12, 2021

Foundation Cubre Mi : Matte With Love :)

 Salam and Hye


Maaflah, belog i hampir hampir ke laut lagi. sebab i kan dah work from home balik. so bila seharian kau dah hadap laptop buat kerja office kat rumah. pastu kau nak hadap laptop hapdet belog pulak. yihhh memang tak laaa HAHA.


Tapi i ni jenis yang work from home pun mekap. Entah la kepuasan diri kot. sebab kalau kite ucuk tak mandi terus kerja nanti mana nak datang semangatnye kann. Pakai lawa lawa, mekap lawa lawa. baru mood kerja sampai gaiss.



Foundation baru : Cubre Mi - Matte with love



First time ni i beli foundation brand Malaysia based. Selalu beli kat watson/guardian or sephora. yang ni kite beli kat ig. sebab i terpengaruh dengan review sorang MUA ni. Tengok dia pakai flawless HAHA. So i pun try la beli.



Kecik tott tett ja. RM29.



Nak kata full coverage, bolehlaa. Nak kata creamy pun tak jugak, dia kesat. mula mula pakai macam euwww tak best pun. tapi bila dah set dah lama sikit helok je, kiranya lagi lagi dia makin elok la kat kulit camtu.




tak nampak pulak kotak ye silau ring light i kuat sangat haha



Okay la not bad, boleh la beli support peniaga tempatan. Tapi sapa sapa nak bagi sis review product pom boleh. hehe. di alu alu kan gituu ( tak maluu nye kite wak ehehe )



Okay lah. Esok nak pergi buat swap test. emmmm takut, doakan i ye korang :)



Till then,
Assalamualaikum :)

Nardnaddy


Saturday, January 2, 2021

Baked potato in a cup :)

 Salam and hye


Selamat tahun baru semuaaa :). i mendokan tahun 2021 ini akan lebih baik untuk kita semua. untuk meraikan ketibaan tahun baru, budak budak ofis plan buat potluck. sekaligus kite main tukar tukar hadiah. i suka potluck sebab banyak makanan mihihihi.


taraaaaaa cuba teka :)



Kalau tengok dari bekas macam nak buat cupcakes kan. tidak ye, i mana reti sangat buat kek, kadang jadik kadang tak jadik kalau buat kek. so i decided untuk buat baked potato in a cup. hehe. senang orang nak amik dari buat dalam tray kang sememeh je dah la baked potato i kadang kadang kejadian dia terlembik haha.



Alhamdulillah jadi and tak lembik hehe



I buat dua kotak, jadi dapat la dalam 32 bijik cup. habis semua alhamdulillah piranha semua ofismate i HAHA. tapi nampak cantik pulak bila buat in a cup, boleh buat bisnes ni. manalah tahu boleh jadi founder baked potato in a cup kan. :P



i dapat beg makeup yeayyy :)


Last selfie for 2020 :)



Selamat tinggal 2020, tahun yang mencabar buat semua. Semoga 2021 lebih ceria gembira dan bahagia. mana tahu 2021 ada rezeki boleh kepak kepum kepak kepum ke kan. hehe :P



Till then,
Assalamualaikum.

Nardnaddy

Monday, December 28, 2020

Self reward 2020 :)

 Salam & Hye


Sebelum masuk tahun 2021 ni, kite update belog sikit ye. Kalau nak recap 2020 tak ada apa sangat pun. Sebab holiday pun dekat dekat je. Pergi Morib je pun holiday haritu. Lepas tu aktiviti lain semua terbatas dan i sendiri pun paranoid nak keluar sebab virus ni kan. Gi keje balik, gi keje balik.. itu je la routine i hihi.


kesian betol henfon i nihh XD



Screen retak sana sini korang oi. Tapi dia masih hebat berfungsi. i ni lemah lembut je orangnya, tapi tak tau la macam mana boleh retak screen tu ahahah. Lama dah phone ni berkhidmat kat i beli dalam hujung tahun 2018. dekat 2 tahun jugak.



Beli baru dah yeayyy :)



Beli yang mur mur je korang. sama aje function nya dengan yang mahal hihi. sebab kalau invest mahal mahal kat phone pun buatpe. 2 tahun lagi mesti keluar lagi canggih. kalau beli yang sampai RM6K tu merepek lahhhhh sangat bagi i. :P


I bukan kaki game pun, game yang i main pun game the sims je hehe. selalu fon i guna untuk tengok netflix and FB insta whatsapp gitu je. Dan juga selfieeeee eheheh.



jom selfie


Okay laaa boleh selfie kira okay la hee



Tapi terpulanglah, kalau rasa nak pakai iphone yang mahal tu, pakai lerr. Suka hati awak lah ye. pilihan masing masing. sebab takde sape sape pun paksa neelofa kawen dengan PU riz. Tibehhh.




Till then,
Assalamualaikum

NardNaddy


Monday, December 21, 2020

Sephora Haul and The Call :)

Salam and hye


Sephora ni jahat tau. lambat lagi nak gaji pastu dia pegi buat sales. terpaksa la i korek tabung sebab nak shopping. selalunya sephora ni tiap tiap tahun akan ada sales especially nak dekat christmas. kadang kadang ada barang yang sales sampai 70%. selalu i akan shopping time ni je, boleh save banyak hehe.



ni je yang kite shopping


1. Becca Best Seller Kit RM95 ( NP : RM135 )
2. Kat Von D Potrait liquid foundation RM55 ( NP : RM182 )



I rasa berbaloi gila. tapi kalau dekat outlet sephora dia tak tunjuk tau harga sales dekat shelves. tak tahu kenapa, taknak orang borong banyak banyak kot. HAHA. jadi apa yang korang kena buat, bukak website and check which item yang sales or tanya sales assistant tu untuk confirmation.



Pakai foundation baru heee



Foundation Kat von D ni, kalau harga RM182 tu memang tak berbaloi la beli hahahha. Sebab i pernah je beli loreal punya foundation same formula liquid to powder jugak. Tapi harga dalam Rm40++ je. Tapi yela maybe dia high end sebab tu harga dia kayangan kan. :P



oh sebelum terlupa


Sape dah tengok The Call?



Cerita ni buat i murung habis bila tengok ending dia. tak tahu la dia saiko ke i yang saiko sekarang. tapi bestlaaa, boleh la layan kalau korang yang jenis takde benda nak pikir. tengok la cerita ni, i sampai sekarang tak habis pikir lagi pasal ending cerita ni HAHA.



Dah la esok keje, nanti dah try Becca tu nanti i review lain.


till then, Assalamuailakum
NardNaddy

Monday, December 14, 2020

Jom join Giveaway by Rasyidahsheresimpleblog :)

 Salam and Hye


Dah lamaaaaa sangat sangat tak join giveaways. So harini i nak mencemar duli ehee. Kite fun fun seronok syok sendiri je join giveaway ni hehe. Tak menang takpe takde rezeki, kalau menang alhamdulillah ngeee.



Klik gambar untuk join :)



Sebab tuan tanah invite personally kat comment blog i jadi i pun terharu tacingggg so i join hehe. jom la korang join juga memeriah kan korum. kalau tak menang boleh masuk dalam bloglist rasyidahshere. kira tak rugi pun kalau tak menang :)



Tak silap i hadiah RM10 tu untuk 3 pemenang. boleh la buat beli apa apa nanti. hehe. macam i, i selalu shopping kat muaz. Shawl crumble kat muaz dalam RM4.90 je sehelai. boleh dapat dua helai tau gaiss kalau RM10. hehe



Shawl crumble RM4.90



i suka je shawl ni. even murah tapi selesa and labuh dan wide. tudung i mostly paling mahal pun dalam RM39. HAHA. Sebab kang kite beli tudung itik datin vivy satgi orang kata tak oriiiii. baik pakai tudung mampu milik je senang. takde la insecure sepanjang masa dengan kata kata netizen. HAHA.



Jangan lupa join jugak ye korang, kita support kita. gicheww :)



Till then, Assalamualaikum.
Nardnaddy