Wednesday, November 25, 2020

Tahun 2024 :)

 Salam and hye


Seronok harini sepanjang hari i berangan sebab I baru balik sign S&P so i sangat teruja. HAHA. Tak sabar betul tunggu 2024. Tak sabar nak deco deco rumah. Tak sabar nak mandi swimming pool sauna gym jogging track semua lahhhh :P



tengok model je la yekkk :P




Perjalanan i beli rumah bukan mudah ye. berliku liku. ecehh tak la berliku mana pun, kira banyak jugak la yang i survey. sampai ke ceruk Pulau Indah, Klang. Sebab mula mula ingat nak cari landed. Lepas tu bila dipikir pikir balik, baik beli dalam KL. Senang sebab nanti kalau tak duduk KL pun boleh sewa, KL takkan takde orang nak sewa khenss. hee.




I nakkkk ni nanti 



Sebab eksaited sangat. Kite dah survey dah alamri mekap wakkk HAHA. Tengok harga boleh tahan dalam RM2000 plus plus. kena menabung dari sekarang lah cerita dia. nanti bila ada almari mekap ni boleh la i feelinggg youtuber buat live mekap hihikss




live mekap apebenda bulu mata pun senget



BAHAHA. Nanti ada rumah baru, almari mekap mahal sampai duaaribuuu ringgitss mesti la tak senget dah bulu mata i. Konfem. yihhh tak shabarrr la kite. jom la tido, mana tau esok bangun dah 2024 HAHA.



Oh ya, kite nak update blog list kat tepi tuuuu. Lima pengkomen terawal akan dapat tempat. eh taknak la lima, lapan la lapan.. sebab i lahir bulan lapan. Heee :P Jangan lupa komen tauuu :)




Till then,
Assalamualaikum

NardNaddy


Tuesday, November 17, 2020

11.11 shopping cart : Gam bulu mata palsu :)

 Salam and Hye,


Haritu masa 11.11 tu korang ada beli apa apa tak? kalau beli mesti time time ni dah dapat barang korang kan. I pun ada beli jugak, tapi beli barang merepek je hehe. Sebab selaku penyoping tegar LAZADA and SHOPEE, i tengok harga sale dengan tak sale tak jauh beza pun, kurang limaposen, tujoposen gitu je. 



Nak tau tak i beli apa haritu?


Beli gam bulu mata palsu jeee HAHA




Gam bulu mata palsu ni selalu i akan beli yang betol betol elok melekat. Sebab ni yang akan determined mood iolss ye kawan kawan. Kalau tak lekat i boleh moody the whole day okay. Jangan main main boleh buat gadoh tau. :P




Tapi tak la i pakai hari hari bulu mata palsu ni. Pakai bila hari hari istimewa seperti hari jadi, hari raya, kenduri kendara, keluar berjumpa bakal mak mertua misalnya (yang ni jangan pakai - kang dia rejek kau jadi menantu sia sia je HEHE).



Yeayy dah try



Okay la melekat helok sebab lepas pakai i pegi bancuh adunan kek sunquick. Pastu i masuk kek dalam oven. Tunggu 40minit kek masak. Kek i dah masak vuluss mata i masih utuh teguh tak tercabut. sooo, the glue did a good job. yeayyy. mihihi.



Kesimpulannya barang shopping 11.11 i tak membazirrrr. Kena beli banyak banyak la rasanya sebab harge dia RM4.50 aje. Cuma kat gambar atas tu senget benget sikit i lekat yeeee. hentam je la kan janji bahagia :)



Till then, Assalamualaikum.

Nardnaddy

Saturday, November 14, 2020

Skincare Routine : Double cleansing :)

 Salam and Hye,


Happy Deepavali semua. Dah makan maruku belum, kalau belum pegi la makan. Beli sendiri pun takpe, asalkan dapat mood raya ye dakk. HAHA. Paling paling pun pi dengar la lagu hindustan seround dua, sampai la mood tu nanti :P


I ni jenis yang hari hari makeup full face. Kalau I tak keje pun, i makeup je try and error new look syok sendiri kat rumah. Hehe. So after makeup normally i akan cuci muka. Kena cuci bersih bersih ya korang, sebab kalau tak bersih sangat sangat lah senang nak breakout nanti.


Everyday Makeup Look



So everyday makeup look I agak heavy la jugak BAHAHA. Sebab i akan spend time dalam 45mins untuk makeup jaa. Pakai mask ke tak pakai mask still makeup, dah biasaaaa nak buat camna khenss, tak makeup rasa tak complete la hidup hiksss.




Skincare routine



Bila makeup heavy heavy kena la cuci bersih bersih. Selalu I akan buat double cleasing ( cleansing oil and facial cleanser ). Then baru apply moisturiser and Suncreen. Tiga tu aja yang i buat everyday. Beauty mask pulak selalu i pakai  masa hari cuti saja. Oh ya, baru nak try Safi cleansing oil tu, hope OK la. Alhamdulillah syukurr kulit muka i tak demand.. product drugstore pun i boleh pakai without any side effect. Rezeki jugak tu kan ehee.






Sebelum lupa, just to update. I dah sign LO untuk rumah. Alhamdulillah, Allah mudahkan. So next kita akan sign SPA pulak dengan pihak lawyer. Doakan i murah rezeki ye kawan kawan. :)



Kalau ada yang nak jadi jiran i boleh click link kat atas tu eh. Mana tau jodoh ke. eh tibe. HAHA. Nanti i cerita la pasal rumah tu more details dekat next post.



Till Then, Assalamualakum,

Nardnaddy

Sunday, November 8, 2020

Beauty Blender or Daiso Cosmetic Sponge?

 Salam and hye


Harini excited nak update belog sebab belog kite dah pakai baju baru. Berpeluh dan terhegeh hegeh jugak ye nak godek sana sini nak buat header, nak tukar background nak cari color setting kat HTML semuaaa. Almaklumlahhhh dah tak muda lagi BAHAHA.


Harini cuti, so takde buat apa jadi i pun selongkar bilik i. I ni jenis kalau pegi daiso or DIY i main rembat je mana berkenan. Pastu balik letak dalam bilik and terus lupaaaa nak guna apa i beli tu. HAHA. Setannn sangatkan perangai? EHEHE.


i jumpa ni dalam bilik tadi

Cosmetic sponges sepeket ada 20 pieces


Tak buka lagi ya ampunnn HAHA, tapi dah lupa bila beli. Memandangkan i punya beauty blender pun dah hazab. Jadi i pun dengan terujanyaa nak pakai. Concept dia sama macam beauty blender bila kita basahkan dia akan jadik besar ala ala raksasa :P


Sebelum basah | Selepas basah


Harap harap korang nampak la perubahan. Gigih i letak duit doposen nak bagi uolss nampak tumbesaran sponge ni. Lepas basah ni boleh guna la untuk apply foundation. So foundation uolss akan nampak even and flawless. But for me, i lagi suka apply guna brush. Tapi sebab dah beli sepeket kannn. Pakai je laaaaaa HAHA.



Not badddd :)



Actually dalam mekap ni semua technique aje. Kalau technique betul pakai sponge Daiso pun boleh dapat result yang setanding beauty blender. So, kalau ada ongkos lebih beli laaaa beauty blender. Nak jimat pakai sponge Daiso sudahhh hihi.



Till then, Asslamualaikum

Nardnaddy

 

Sunday, November 1, 2020

Im Back !! For goooodddd :)

Salam and Hye


Fuhhhh after 5 years, here i am again. Mintak maap la kat semua pembaca, pengikut.. peminat kalau ada. Hehe. Lama i menyepikan diri, sibuk luar biasa. Alhamdulillah, harini 1 November 2020.. i decided to continuing blogging.


 

rindu tak? mehehehe


Sepanjang 5 tahun ni, banyak yang berubah. Rupa paras, perangai dan pemikiran. So i disini nak bukak lembaran baru kali ni. Bila baca balik post dan komen dulu dulu, agak kekwat jugak ye sis dedolu. hikhik. Ampun maaf kalau pernah terlezerrr, terkutuksss tereksyenn dulu ye. Sesungguhnya sis hanya insan biasa :P

For next, i akan cuba update blog at least sheminggu shekaliii hehe. Most contect as usual la content syok sendiri. Tapi memandang kan minat i dalam bidang kecantikan begitu mendalam. So most probably pasal makeup , fashion or review movie/netflix ( Duhh bosan kan life aku bahahah)


Or tengok la kalau rajen buat mukbang ke khenss. Love life jangan tanya lah, malas nak pikir yachhhh.



Till then

Nard Naddy


Friday, July 10, 2015

Buffet flora kafe ampwalk, jalan ampang :)

salam and hye


Dah berbuka puasa ke semua? kite alhamdullillah dah berbuka makan nasi lemakk, kuih karipap, air tembikai, ayam bobob dan macam macam lagikkk. HEHE. nampak tak nafsu syaitonnnnn semua makanan kite nak bedal. :)


Officemate ari tu ada ajak try buffet bukakk puasa. jadi weols pun survey tempat. mula mula ingat nak pergi impiana. tapiiiiii, impiana lari bujet la mahal benorrrr. kena bergolok gadai baru boleh pergi. HAHA. ke ada yang sudi nak taja i berbuka kat impiana? aummmmmmmmm. HEHE.


Destinasi pilihan : Flora kafe, Ampwalk



situasi hari tersebutt



Harga dia sangat sangat berbaloi dengan menu yang dia hidangkan. Kira RM65 uols tu tak terbazir sebab macam dah rayaaa je menu dia BAHAHAHA. Paling win adalah nasi arab dia, pastu pisang caramel badam. Kuey teaw goreng pun sodapp. semua sedapp lahhhh. HIHI.



Deco cantikkkkkkkkk :)



Deco dia buat kita rasa macam pengacara raikan cinta and mahligai cintaaaa. gittewww. HAHA. tempat cantik ala ala dalam hati ada taman. pastu kan lampu dia malap malappp romantik sangat. terusss rasa nak berumah tangga. hmmm hmmm :)



Makeup look for that night :)



Kite mekap simple simple jeww. belah kanan tu masa baru lepas siap mekap, belah kiri tuuuu lepas dah 4 jammm tunggu officemate. apa apa punnnnnn. iols tetappp maintain ayu. cuma lepas tiga kali round makan i dah melepet buncit selekehhhh malas nak control ayu lagi. HIHI.


So overall, berbaloi la pergi situuuu. boleh makan dari 6pm sampai 10pm. tapi weols muslim makan lepas azam maghib hokayyyy. mihihihi.



Till then,
Assalamualaikum :)





Wednesday, July 1, 2015

Tips ilusi warna gigi lebih putih :)

salam and hye


Dah pertengahan ramadhan dah ni. dah beli baju raya?. kuih raya dah siap buat ke?. duit raya? dah sediakan ke belum. HEHE. paling penting... tiket balik raya dah beli ke belum. jangan sampai lagu dendang perantau jadi realiti kat kau nanti HAHA.


Boring la nak cerita pasal baju raya. kite harini nak bagi tips gigi putih dipagi raya. tapi applicable untuk gadis dan para wanita ajekk. Lelaki jangan try, nanti omak abah kau pitammm di pagi raya. HAHA. tips dia sangat senang hanya perlukan seketul lipstick.


LIPSTICK MERAH MENYALA



NYX butter lipstick : Big cherry



Kalau lipstick merah yang ada bluetone based, maksudnya dia bagi warna cool tone. Ini yang paling sesuai actually. dia sedikit sebanyak akan nampakkan gigi kau putih dari biasa. HEHE. pernah tengok tak iklan colgate optic white fazura? lipstick dia merah ang ang. ilusi gigi putih la tuuuuu :)



seriously, it works. :)



Jadi kalau kesuntukan masa nak pergi dating ke.. kenduri ke.. dinner ofis ke.. dan tak sempat nak gi dental scaling gigi. tips ini boleh la digunakan. BAHAHA. jimat cost dan dalam pada masa yang sama vogue gebum gebumm uols pakai gincu merah menyalaaaaaaaaa. HIHI.


Im wearing nyx big cherry on the picture above. nyx ada jual kan sephora dengan harga setanding mekap farmasi. serious tak mahal and worth it. try la awak awak semuaaa. HEEE.



till then,
assalamualaikum :)