Salam and Hye,
Bulan May dah nak abis tapi baru nak post first entry. hehe. busy benar ye bulann puasa. bangun awal sahur masa bulan puasa haritu, makanyaa tido pun awal. jadikk belog pun tido laaaa HAHA. tambah tambah pulak raya kena PKP lagikk takde mood nak hapdet.
Ni dah back to normal kehidupan i jadi boleh laaa hapdet.
kite raya dengan abah je kat KL 😊
Baju raya yang beli pun tak pakai. pakai blouse dengan seluar jeans je, takde mood la nak pakai baju kurungsss. Bukan ada tetamu pun haha.
Kuih rayaaaa satu je i buat hihihihi.
sendiri letak dalam balang, sendiri bukak balang makan kahkah. Apekeheyyy sedehhhh sangad ye raya PKP ni. tapi takpe la meraikan kemenangan kan, tak salah pun. takde tetamu pun takpe, kitaaaaaa makan je la sendirikkk, takdehal pun.
Close up sikit mekap raya :)
Ada yang tanya kat wassap lepas i update dalam status tanya pasal lipstik. yang ni maybelline jurrr deknon. Maybelline superstay matte ink code inspirer. color color sweet pink gichewww. boleh pergi beli sebab guardian tengah sales 50% lagi gaiss.
tu laaaa lipsticknyaaa.
Makeup fix spray tu from in2it, RM8 je lepas 50% discount. Saje beli nak try. bolehhhhh la tapi dia tak hold mekap sangat pun. 3-4 jam je lepas tu mekap dah luntur sikit. tapi padan laaa dengan harga dia kan 😅
Okay la, jom tido. nanti ada masa i update lagi heee.
till then, Assalamualaikum.
NardNaddy