Wednesday, August 18, 2021

Fully Vaccinated, Yeayyy :)

 Salam and Hye


wahhhh dah hujung hujung bulan ogos dah korang. i pun tak tahu ape yang busy betul i lately ni. ohhh sebab kat office tu ramai pulak yang positive covid. Jadi i yang WFH ni la kena settled backlog backlog semua tu. tu yang habis je office hour malas nak bukan lappy hadap blog. :P


for July, yessss i dah full vaccinated. alhamdulillah. even dah vaccine tapi still takot nak jimba. sebab kes tinggi kot kan. rasa tak selamat. sebab i insecure tengok orang sekeliling. eeeiii takot.


first dose & second dose


Actually lepas first dose tu, i normal2 je. tak demam pun. pastu viral pulak yang nurse tak cucuk kan, sebab curik vaksin. terussss i was was dia cucuk ke tak. HAHA. yang second dose, terus amik video. tapi tak tepek sini la boleh tengok dekat ig : Nard Naddy. Cehhh pomot ig sendirik :P



obsess



tak tahu laaa kenapa i suka beli bulu mata palsu. lepas tu beli glue yang pakai macam eyeliner tu. pastu letak bulu mata dia lekat okay, seronok. tapi untuk bulu mata ringan la. kalau 3D punya bulu mata kau peluh sikit je dia tercabut haha.



ni bila pakai glue eyeliner tu. best jugak 2 in 1 kannn :)



Actually ada banyak benda i nak tulis. tapi takpe kite simpan next entry la. i janji i wont be long. okayyyyyyy soon okay next entry. lebiu.



till then, Asslamualikum.
NardNaddy






 

Thursday, July 1, 2021

In2it Lip Scrub : Murah & Best :)

 Salam and Hye


Hai semua, hai Julai - please be good to me hehe. lama tak hapdet belog. hihi takde alasan lain lerr mestilaaaa alasan sibuk. πŸ˜‹ padahal banyak je free time, cuma nya bila bukak lappy nak type new entry ade je benda lain nak dibuat. sakit perut misalnya haha.


Rasanyaaa semua tahu i ni suka mekap hehe. selalu pakai lipstick boleh kata almost everyday. Jadi, i do have chappy and dull lips. solution dia sebelum tido kena pakai lip scrub. dulu pakai mary kay punya lip scrub, kecikkk je uols RM29. haha cekik darah betull πŸ˜…


Taraaaaa


Lip Scrub In2it RM17.90 je


jumpa kat Watson haritu. terus grab sebab murah and banyak. tahan dua tiga bulan ni. pakai dia pun best sebab bila urut urut kat bibir. Lepas tu rasa lembut and plump je. tak chappy and mengelupas lagi :). Yeayyy.


lepastu bila pakai lip balm and lip tint je pun cantik ngeehehe


statement syok sendiri tu mestila kena ada. sebab kalau bukan kite puji, sape lagi nak puji kan hehe. tapi serious best bila pakai lip scrub ni. kalau rajin sikit boleh pakai lip mask pulak. lagiii lawa nanti hehehe.



till then, Assalamualaikum.
NardNaddy.

Sunday, June 13, 2021

Pressed Giltter Wet & wild :)

Salam and Hye


Alhamdulillah, entri kedua untuk bulan ni. Yeayyyyy. tahniah untuk diri sendiri atas pencapaian yang jarang jarang berlaku ni. selalu sebulan satuuuu je entri. ni masuk dua ni kira dah hit KPI la kira hihi.


Haritu pi watson kat jusco AU2, emmm tempat jual kosmetik tu dia tutup. murung tau tak boleh beli mekap πŸ˜‚. Pastu pegi wangsa walk, ehhhhh tak tutup pulak bahagian kosmetik kat watson ni. happy betul boleh beli mekap lepas gian hihi.



beli ni je pun dah happy hehe



Pressed glitter wet n wild ni murah je. Dia jual single single sebijik RM5.50. haha murah betholll. pehtu i pun ambik 3 color ni. excited gilerrrr nak try balik nanti.


Tapii.....



Bila pakai tak nampak punnnnn 😭



i rasa kena letak gam dulu kot. macam tak lekat pun glitter tu. macam tak pakai pun ada jugak. emmm sekarang nak marah sapa ni glitter tak nampak ni. HAHA. kalau ada boifren boleh jugak marah boifren kan. ni boifren pun takdekkkk. haha.



Takpelah cuba lagi nantu. kena base yang same color glitter kot. nanti la i cuba lagi. kan usaha tangga kejayaan kan hehe.



till then, Assalamulaikum.
NardNaddy

Wednesday, June 2, 2021

New Addiction : Jalan Jalan Jepun :)

Salam and hye,


Dahhh June dah oooiiii. bulan lepas satu je i update entry. Bulan ni pun maybe satu. HAHA. busy betul la lately. lagipun i tak tau nak update apa. tambah tambah lockdown balik ni. memerap kat umah je lah khenss. Nak jumpa jodoh pun entahhh bila πŸ˜‚


I pun dah kerja kat rumah since januari lepas. dah enam bulan rupanyaaa. tapi tetap melaramm walaupun kat umah je HAHA.


Gigihh mekap nak update belog je pun


I ni sejenis manusia yang ada addiction dengan barang mekap. pantang sale mesti beli. kadang tak sale pun beli juge mihihihi. jadi dari biar je expired baik pakai je la. kat umah pun i pakai je mekap untuk selfie semata mata hehe.



Ni satu lagi addiction πŸ˜…


I baru discover yang Jalan Jalan Jepun ni seronok. basically kalau korang layan bundle tempat ni syurgaaa la hehe. yang best handbag murah murah paling mahal kalau yang branded sikit pun dalam RM40 je. 


Sling bag yang sis beli tu dua dua RM15 je. Semua okay orang kata condition Nora Danish haha. lepas tu baju knitwear and cardigan ladies semua lawa lawa. murah pulak tu eiiii seronok betul hehe.



tapiiiiiiii PKP ni dia tutoppppp 😭



Till Then, Assalamualaikum.
NardNaddy
 

Sunday, May 23, 2021

Selamat Hari Raya Aidilfitri PKP 2021 :)

 Salam and Hye,

Bulan May dah nak abis tapi baru nak post first entry. hehe. busy benar ye bulann puasa. bangun awal sahur masa bulan puasa haritu, makanyaa tido pun awal. jadikk belog pun tido laaaa HAHA. tambah tambah pulak raya kena PKP lagikk takde mood nak hapdet.


Ni dah back to normal kehidupan i jadi boleh laaa hapdet.

kite raya dengan abah je kat KL 😊


Baju raya yang beli pun tak pakai. pakai blouse dengan seluar jeans je, takde mood la nak pakai baju kurungsss. Bukan ada tetamu pun haha.

Kuih rayaaaa satu je i buat hihihihi.



sendiri letak dalam balang, sendiri bukak balang makan kahkah. Apekeheyyy sedehhhh sangad ye raya PKP ni. tapi takpe la meraikan kemenangan kan, tak salah pun. takde tetamu pun takpe, kitaaaaaa makan je la sendirikkk, takdehal pun.



Close up sikit mekap raya :)



Ada yang tanya kat wassap lepas i update dalam status tanya pasal lipstik. yang ni maybelline jurrr deknon. Maybelline superstay matte ink code inspirer. color color sweet pink gichewww. boleh pergi beli sebab guardian tengah sales 50% lagi gaiss.



tu laaaa lipsticknyaaa.



Makeup fix spray tu from in2it, RM8 je lepas 50% discount. Saje beli nak try. bolehhhhh la tapi dia tak hold mekap sangat pun. 3-4 jam je lepas tu mekap dah luntur sikit. tapi padan laaa dengan harga dia kan πŸ˜…



Okay la, jom tido. nanti ada masa i update lagi heee.


till then, Assalamualaikum.
NardNaddy





Thursday, April 29, 2021

Bazar Aidilfitri Jalan Tuanku Abdul Rahman :)

Salam and hye


Penat betull harini sebab tadi pergi bazar aidifitri jalan tuanku abdul rahman. orang tak ramai, tak payah beratur pun boleh terus masuk. tapi yaaaa tohan, panas litlit even pukul 11pagi. tambah pulak puasakannn kering tokak den.



nahh i lanje sikit suasana bazar

ini dekat section A



dia ada empat section, section A,B,C dan D. Kalau nak pergi i cadanngkan start dari section A, sebab setiap section akan ada check point check suhu. satu pintu masuk satu pintu keluar. sebab kalau kau mula section C nanti nak masuk section A kau kena patah balik. dah la panjang ahaha.



ape yang i beli?

entahhhh dapat penat je hahaha. bagi i agak mahal la harga barang kat dalam bazar ni. lebih baik shopping kat kedai tepi luar bazar tu. i ada beli tudung sekodi kat situ, murah. nanti nak resale la sebab i kan ada satu kepala je buat apa sampai sekodi πŸ˜‚



lepastu kat wassap kakak opis tanya nak share postage tak.

dengan tak sedar diri nya, order dua helai Rosie and Romina. lepastu tadi balik naik train, eh ramainya pakai tudung fareha. emmm. tapi takpe, i dah biasa. Masa pakai aidijuma dulu pun melambak jugak orang pakai sama pattern dalam train :P



itulaaa perempuan. kalau bab shopping tak hengat donia. Hee Okaylaaa i nak tido dulu. penat jalan tadik lenguh abih kaki i hehe.



Till then, Assalamualaikum.
Nardnaddy





Saturday, April 10, 2021

Red Velvet Cookies Kedai Eco

Salam and Hye,


Tak sampai seminggu lagi nak puasa ni. tapi rasanya tak boleh rentas negeri lagi. so tak boleh la balik raya penang. emmmmmm raya KL macam tak raya je. pegi shopping mall je masa hari raya, tu pun banyak kedai tutup. Kepci je yang bukak haha.



Bersempena nak raya ni. saja la jalan jalan kat kedai ECO. kedai tu kan ada saka. i kadang habis dekat rm50 tau. beli benda merepek je. macam haritu jumpak roti rainbow. beli pastu berkulat je tak makan. membazir dah RM2.10 emmm.



red velvet cookies



Nampak wowww kan cookies red velvet i. kira kalau letak sebelah famous amos pun tak malu laaa AHAHA. I beli tepung dia kat kedai ECO jerr. cuma tambah creamcheese, butter, telur dengan coklat chip and almond nips je. jadi tau! terel betul i buat cookies haha 😍



okay la letak video kalau kalau takpercaya kannn hehe

best jugak ig reel ni ehehehe



soooo happy sebab buat cookies jadikk helok. kiranya bajet below RM10 boleh dapat 30 bijik cookies red velvet. okay jugak kan. tapi pehtu i pegi kedai eco nak beli lagi tepung cookies ni dah TAKDE. TAKDE dah wuuuu wuuuu. Menyesal tak borong haritu.



Tudung bokitta pun jadik harini. yeayyy.


Bokitta ni tudung pinless. I memang jarang pakai bokitta sebab tak selesa πŸ˜…. tapi ada kawan i obses dengan bokitta ni. maybe sebab muka i lebar macam ketat cikit la untuk i HAHA. cuma harini je macam behave pulak tudung ni elok je terletak. hehe.



Kalau korang nak buat kuih raya. beli la tepung ni kat kedai eco. confirm jadikk. i yang selalu buat kuih tak jadik ni pun elok je cookies i sedap pulak tu. kenaaa try korang hehe.


Till Then, Assalamualaikum.
Nardnaddy


Monday, April 5, 2021

Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog :)

 Salam and Hye


First entri bulan April hehe. i busy sangattt lepas tu takde idea nak update ape. bila bukak blog tengok tengok Kak Mia tagged i untuk join giveaway. So marilahhh memeriahkan majlis join giveaways ni yee.


Thanks Kak Mia tagged kite hee 


Dah lama tak join giveaways. Bismillah :)



Boleh click banner untuk join



Nyatakan perasaan korang dalam menyambut bulan Ramadhan & Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi


Sambutan ramadhan selalunya simple simple je. Cuma firstday sambut ramadhan tu selalunya i akan masak meriah sikit, malah sahur pertama pun masak meriah sikit. lepas tu kita main tunjuk tunjuk kat bazar ramadhan je la bila dah hujung hujung bulan puasaaa selalunya haha. awal2 je excited masak. πŸ˜…


kalau untuk persiapan syawal. sebelum puasa baju raya dah settled hehe. pastu decide color theme raya and makeuplook raya. wangian pagi raya pun dahhh beli. omaigod secara tak sedar yerr overnauuuu persiapan raya i haha.



Baju raya done :)

Makeup look raya done :)

Minyak wangi raya done :)



And kita pun dah follow FB Shida :).



Nak juga selit bagi tahu ni. minyak wangi tu wangi gila. sekali spray melekat kat baju 2 hari. even my original pun ada yang tak lasting. tapi yang ni tahan ye sampai nak masuk mesin basuh time hujung minggu pun wangi lagi baju i. rasa macam nak jadik agent dia hehe.



Kite tagged:

Jemput join memeriahkan majlis ye korang ❤



Till then, assalamualaikum,.
Nardnaddy

Thursday, March 25, 2021

Hari Tak Jadi Sedunia :)

 Salam and Hye


Pernah tak? ada satuuu hari yang korang buat semua benda tak jadik, dalam kata lain HARI TAK JADI SEDUNIA. tapi tak baik kan merungut, syukur harini masih bernafas, sihat tubuh badan.. dan paling penting masih cantik dan lawa jugaaaa. Tibehhh. πŸ₯°


benda pertama tak jadi.

Buat almond london tak jadik


Dah la gemok gemok almond london i. Lepas tu coklat dia cepat pulak beku, tu yang comot habih tu. hmmm sedih. tapi nasib baik sedap. pejam mata je la makan kan. begitulahhhh kehidupan, Mungkin pakwe muka tak hemsem tapi baik hati budi aaaagicheeewww.



Benda kedua tak jadi. 

Bulu mata sebelah tak mau terpacak.

ini boleh jadikk sebab nak cancel dating dengan pakwe ye. ' you, i takde mood la nak keluar. bulu mata i sebelah tu taknak terpacak ' HAHA. tiga kali kau bagi alasan ni insyAllah dia tak ajak keluar dah :P
well 'bad bulu mata day' is real gaiss.



walau macam mana pun hari hari yang kita dilalui, ribut taufan hujan panas, for all the small things i had listed above. Overall i am blessed and happy. Kuih almond london pun masih sedap walau rupa hauk, bulu mata sebelah je terpacak pun i masih santekkkk kihkihkihkihhhhh. πŸ™ˆ


Till then, Assalamualaikum

Nardnaddy

Saturday, March 13, 2021

Silky Girl : Wink it! Eyeshadow :)

 Salam and hye


Busy sangat minggu ni macam macam nak kena buat. Nak bayar bill bill, pastu nak renew insurance and roadtax kereta. Makanyaa bajet pun larikk sikit la bulan ni kan, HAHA. tapi dalam bajet larik pun sempat la kite beli satu pallete eyeshadow dari silky girl hee.


Silky girl wink it! pallete



Jenama silky girl ni kalau remaja or budak sekolah. ataupun beginner dalam makeup thingy ni boleh try. sebab harga dia affordable and some of their products are quite good. And this pallete cost me arround RM24. Murah je.



Tak nampak pulak eyeshadow



sebab bulu mata palsu i over. tak nampak pulak eyeshadow i. tapi color dia kurang terang, macam light light je. so kena banyak kali apply jugak baru dapat color dia. Ataupun maybe kena pakai eye primer, baru color dia terang sikit kottttt.



okay la i pejam mata sikit bagi tengok eyeshadow



apooo sedih benar muka i kahkah πŸ˜ͺ



Color dia pun ala ala segan je kan, tak terang. tapi bagus jugak, sebab kalau beginner baru nak belajar blend color eyeshadow yang tak terang ni senang sikit nak blend. sebab kalau tak blend bebetol kang jadi panda, tak jadi panda kang jadi valak hantu omputih tu. hikss.



 Recommended for beginner 



Till then, Assalamualaikum.
Nardnaddy

Wednesday, March 3, 2021

Balang kuih baru :)

Salam and hye


hari tu scroll scroll insta lepas tu tertengok gambar raya tahun lepas. sebab raya PKP kan masa tu, semua segera. ketupat segera kuah kacang segera, kek segera, rendang daging segera. yang i masak cuma ayam masak merah aje HAHA. 


meriah jugak kan walaupun semua segera. 🀣



Lepas tu, terperasan la balang kuih kite tu. nampak dari jauh memang la macam okay helok je kan. tapi i tengok orang yang datang raya tu bukak macam seksa jekk. i rasa tutup dia dah lose. HAHA. so i pun survey survey carik balang kuih baru.



Mula mula cari kat Lazada, emm tak berkenan.

Jumpa kat jusco aeon hee.



So beli la 6 bijik ganti balang kuih yang dah lose tutup dia tu. cumanya yang ni dia tak kedap udara. hmm takpelaa nanti kita paksa la tetamu habiskan kuih. takut masuk angin kan hikss.



apalah ertinya entry tanpa gambar syok sendiri kan. kena la letak satu hihi.



Balang kuih raya done. tapi ganti puasa belum done. HAHA. kena la ganti ye cepat cepat. kadang bz kerja tengahari baru nak breakfast, baik puasa je kan. tapi tu la, lapaq tergedik gedik. haha.


Till then, Asslamualaikum.
Nardnaddy


Tuesday, February 23, 2021

Resepi kuih raya dua bahan je :)

 Salam and Hye


Semalam i macam kerasukan mood nak membaking. jadi i pun scroll sana sini untuk cari resepi yang senang senang aje. sebab kang kalau resepi complicated, boleh turn off jugak mood, hehe. Sebab dalam dalam ada mood pun ada boleh jugak rasa malas kahkah. betul la perempuan ni sukar difahami.


Jadi i jumpa resepi kuih raya dua bahan.

1 cawan tepung jagung

1 cawan susu pekat

1 sudu teh vanilla essence ( i tambah bagi wangi )



taraaa jadik. tapi tak sedap HAHA.



i pun actually tak paham kenapa i boleh yakin dah konpiden sekali untuk buat. padahal dah boleh agak kot rasa dia susu+tepung. rasa ala ala kuih bangkit yang manis dia tak leh bawak bincang. tapi ofcoz kuih bangkih lagiii sedap sebab rasa lemak lemak santan. entah la menyesal la buat πŸ˜₯



sudahnyaaa mekap je la buat hilang stress



boleh stress tau bila kau dah semangat nak baking, sekali apa yang kau baking tak sedap. nak marah siapa pun tak tahu nih. grrrrr. Tapi i rasa nak marah orang buat resepi tu la, resepi tak sedap pun nak share ^*%*(^*%#^  HAHA.



dah petang sikit buat puding roti :)



yeayyy yang ni jadik. pakai roti expired yang tak tumbuh kulat lagi. sedap pun sedap. baru laaa happy dan gembira. tapi i still marah dengan orang bagi resepi kuih raya dua bahan tak sedap tu. grrrrrrr. 



till then, Assalamualaikum.
Nardnaddy


Tuesday, February 16, 2021

Kenang kenangan ang pau :)

 Salam and hye


Tahun ni bos i bagi angpau online je. takde feeling la bos. selalu dapat sampul merah ni excited. tapi bila masuk dalam account tak best. tapi apapun nasib baik bos ingat nak bagi. kalau dia buat buat lupa macam mana kan? nasib dia ingat HAHA.


Orang kata angpau ni kena peram sampai lepas chap goh mei baru buka and guna. kalau dalam sampul boleh la peram, ni dalam account macam mana nak peram. πŸ™ˆ


seller ni jual murah gila hee.



Sebagai kenang kenangan angpau bos kasik. i beli la 3-4 helai. and to my surpriseeeeee. kain dia helok sangat. selalu tudung satin kan licin, pastu panas pulak. tapi ni kain sejuk and senang bentuk.


 

Antara yang i beli heee



tapi tu la, bidang kecik. tak berapa shariah compliance ekeke. tapi nak komen lebih lebih pun kang seller tu kata engko beli pun murah lagi mau complaint. hihi. tapi boleh je labuh kan, lipat yang belah dalam tu kecik sikit ( emm susah la nak explain haha ).


apa apa pun, happy CNY :)



till then, Assalamualaikum.
Nardnaddy

Sunday, February 7, 2021

Chupa Chups Sparkling Drink :)

 Salam and hye


Bulan februari ni kan bulan sweet sweet, bulan manis manis gula gula coklat forerro giicheww. Jangan overdose tau uolss, walaupun tengah bahagiaaaa.. kena kontrol, sebab kalau gigi rongak nanti pakwe larikk HAHA.


Dulu i kecik kecik suka makan lolipop. sampai tingkatan dua kalau pi tusyen beli lolipop makan dalam kelas. paling suka chupa chups, perisa stoberi πŸ“ susu tu. sedap yakmat rasa macam susu stoberi kotak dutchlady tu heeee.


Jumpa kat 7eleven RM4.90


Lepas dah dewasa ni. lama dah i stop makan lolipop, sebab rasa macam tak comel pun dah besaq besaq makan lolipop HAHA. and finallyyyyy chupa chups macam tahu tahu je i miss the lollipop taste stoberi susu tu. So they come up with the sparkling version yeayyy!



Tapi bila minum dia mind blown sikit sebab rasa stoberi susu with a hint of carnbonated gas, sebab dia sparkling kan. tapi sedap la creamy, macam ice cream soda but with a better taste. :)



Tapi untuk kekal tak rongak, jangan minum selalu. setahun sekali je OK.

kalau banding air tu dengan i, tentula i lebih manis πŸ˜…



ada banyak gambar i yang senyum tak nampak gigi sampai ada yang tanya i ' sis, you rongak ke? '. Kelakauuuuu tau soklan, kite tak tak rongak okay walaupun kecik kecik suka makan lolipop, kite gosok gigi hari hari okayyyyy :P



Till then, Assalamualaikum :)

Nardnaddy

Sunday, January 31, 2021

Guardian Cosmetic Sales 50% :)

 Salam and hye


Sebenarnya kite ambik annual leaves 5 hari start dari hari thaipusam haritu. Ingatkan nak balik Penang, tapi sebab kes mencanak canak and tak boleh rentas negeri. jadi i dok melengung ja laa kat rumah. Melengung tu bahasa penang hehe. Lebih kurang termenung la maksud dia hehe. :P


Sambil melengung sambil scroll facebook. Terrrrrrrrrrrrrrrrrrnampak pulak yang Guardian buat cosmetics sale 50%. Hehe. Bagai pucuk dicita ulam mendatang gaisss teruss i siap siap dan pergi jusco dekat rumah i tu. Nasib 5minit drive je dekat sangat sangat jalan kaki pun boleh je tapi i malas la nak jalan sebab panaihhhh lit lit. :P


Ni je i beli tak banyak punnn :P



So total semua ni bawah RM60. Berbaloiiii sangat Dermacol Makeup cover foundation tu kalau tak sale RM68 kot harga dia. Haritu i dah beli kod 208, macam terlajak putih je untuk i. Ni i beli 211 dengan harapan sesuai la dengan kulit i yang color color bak puteri gunung ledang nihh. :P



Untuk eyeliner maybelline tu, memang feveret i. ada lagi and currently im using it but i beli buat simpan stock haha.



wearing wardah lipmatte cod 16 - heartbeet



Mula mula ingatkan dia tak terang. sekaliiii amek kau, terang benderang rupanya. haha. so i remove full lips sebab nampak pelik haha then buat ombre korean lips. baru nampak sweet kalau tak macam mak tiri je merah nauuu :P



So kalau i tak silap sales 50% ni dari 28 Jan 2021 sampai 2 Feb 2021. Serious berbaloi dah boleh save banyak sangat. Heeeeee happy :)



Till Then, Assalamualaikum.
Nardnaddy