Monday, December 28, 2020

Self reward 2020 :)

 Salam & Hye


Sebelum masuk tahun 2021 ni, kite update belog sikit ye. Kalau nak recap 2020 tak ada apa sangat pun. Sebab holiday pun dekat dekat je. Pergi Morib je pun holiday haritu. Lepas tu aktiviti lain semua terbatas dan i sendiri pun paranoid nak keluar sebab virus ni kan. Gi keje balik, gi keje balik.. itu je la routine i hihi.


kesian betol henfon i nihh XD



Screen retak sana sini korang oi. Tapi dia masih hebat berfungsi. i ni lemah lembut je orangnya, tapi tak tau la macam mana boleh retak screen tu ahahah. Lama dah phone ni berkhidmat kat i beli dalam hujung tahun 2018. dekat 2 tahun jugak.



Beli baru dah yeayyy :)



Beli yang mur mur je korang. sama aje function nya dengan yang mahal hihi. sebab kalau invest mahal mahal kat phone pun buatpe. 2 tahun lagi mesti keluar lagi canggih. kalau beli yang sampai RM6K tu merepek lahhhhh sangat bagi i. :P


I bukan kaki game pun, game yang i main pun game the sims je hehe. selalu fon i guna untuk tengok netflix and FB insta whatsapp gitu je. Dan juga selfieeeee eheheh.



jom selfie


Okay laaa boleh selfie kira okay la hee



Tapi terpulanglah, kalau rasa nak pakai iphone yang mahal tu, pakai lerr. Suka hati awak lah ye. pilihan masing masing. sebab takde sape sape pun paksa neelofa kawen dengan PU riz. Tibehhh.




Till then,
Assalamualaikum

NardNaddy


Monday, December 21, 2020

Sephora Haul and The Call :)

Salam and hye


Sephora ni jahat tau. lambat lagi nak gaji pastu dia pegi buat sales. terpaksa la i korek tabung sebab nak shopping. selalunya sephora ni tiap tiap tahun akan ada sales especially nak dekat christmas. kadang kadang ada barang yang sales sampai 70%. selalu i akan shopping time ni je, boleh save banyak hehe.



ni je yang kite shopping


1. Becca Best Seller Kit RM95 ( NP : RM135 )
2. Kat Von D Potrait liquid foundation RM55 ( NP : RM182 )



I rasa berbaloi gila. tapi kalau dekat outlet sephora dia tak tunjuk tau harga sales dekat shelves. tak tahu kenapa, taknak orang borong banyak banyak kot. HAHA. jadi apa yang korang kena buat, bukak website and check which item yang sales or tanya sales assistant tu untuk confirmation.



Pakai foundation baru heee



Foundation Kat von D ni, kalau harga RM182 tu memang tak berbaloi la beli hahahha. Sebab i pernah je beli loreal punya foundation same formula liquid to powder jugak. Tapi harga dalam Rm40++ je. Tapi yela maybe dia high end sebab tu harga dia kayangan kan. :P



oh sebelum terlupa


Sape dah tengok The Call?



Cerita ni buat i murung habis bila tengok ending dia. tak tahu la dia saiko ke i yang saiko sekarang. tapi bestlaaa, boleh la layan kalau korang yang jenis takde benda nak pikir. tengok la cerita ni, i sampai sekarang tak habis pikir lagi pasal ending cerita ni HAHA.



Dah la esok keje, nanti dah try Becca tu nanti i review lain.


till then, Assalamuailakum
NardNaddy

Monday, December 14, 2020

Jom join Giveaway by Rasyidahsheresimpleblog :)

 Salam and Hye


Dah lamaaaaa sangat sangat tak join giveaways. So harini i nak mencemar duli ehee. Kite fun fun seronok syok sendiri je join giveaway ni hehe. Tak menang takpe takde rezeki, kalau menang alhamdulillah ngeee.



Klik gambar untuk join :)



Sebab tuan tanah invite personally kat comment blog i jadi i pun terharu tacingggg so i join hehe. jom la korang join juga memeriah kan korum. kalau tak menang boleh masuk dalam bloglist rasyidahshere. kira tak rugi pun kalau tak menang :)



Tak silap i hadiah RM10 tu untuk 3 pemenang. boleh la buat beli apa apa nanti. hehe. macam i, i selalu shopping kat muaz. Shawl crumble kat muaz dalam RM4.90 je sehelai. boleh dapat dua helai tau gaiss kalau RM10. hehe



Shawl crumble RM4.90



i suka je shawl ni. even murah tapi selesa and labuh dan wide. tudung i mostly paling mahal pun dalam RM39. HAHA. Sebab kang kite beli tudung itik datin vivy satgi orang kata tak oriiiii. baik pakai tudung mampu milik je senang. takde la insecure sepanjang masa dengan kata kata netizen. HAHA.



Jangan lupa join jugak ye korang, kita support kita. gicheww :)



Till then, Assalamualaikum.
Nardnaddy


Sunday, December 6, 2020

Terjebak #glowupchallenge :)

 salam and hye


Dah beberapa hari asyik je lalu lalang kat Insta kite pasal #glowupchallenge ni. alaaa kira macam challenge tunjuk kau dulu hauk, pastu sekarang kau lawa. Giteww. tapi bagi i actually kite berubah ikut masa sebenarnya kan. Dulu pun amik gambar dengan kamera henfon nokia sabun aje. Memang la nampak gelap beauty apps pun tak wujud lagi time time tu haha.



I pun terjebak, tapi tak kuasa la nak korek gambar lama. Kite buat #glowupchallenge versi sebelum makeup and selepas makeup. :P



Kantoi dah rupa i tak makeup hahaha




I rasa foundation i baru beli ni dia macam terover putih. Tu yang nampak macam tepung gomak sikit kan. takpe la tepung gomak pun tepung gomak la.. Asal tetap jadi pujaan hati kanda kan kannnn. :P



Dermacol Makeup Cover Foundation Code : 208




Ni i review percuma seikhlas hati i untuk dermacol ni haha. memang full coverage, nak blend pun senang. pakai sikit je tapi coverage dia soooo mabeless. harga dalam RM70++ beli kat Guardian. Make sure beli yang ori, sebab ada jaa yang tak ori berleluasa di pasaran. :)




Takde la tepung gomak sangat kan ( Sedapkan hati )



Tapi i tetap nak pergi beli another darker shade. Sebab best sangat pakai foundation ni. so far i rasa lagi best dari high end brand yang i pernah pakai. Korang kena try, money back guranteed ( okay ni tipu )



Till then, assalamualaikum
NardNaddy







Tuesday, December 1, 2020

2020 Bloglist Updated :)

Salam and hye


Dah december dah kawan kawan. Cepat betul masa berlalu. Ingat lagi awal tahun haritu baru nak enjoy tup tup kena MCO. Pejam celik pejam celik hamek kau dah nak abes dah 2020. Terkubur lagi azam i tahun ni. Kite KIV tahun depan la, macam biasheeeee hehe.



Tahniahhhh semuaaaaa :)




seperti yang i janjikan, lapan pengkomen terawal dekat post lepas akan dapat tempat kat bloglist kite. Bukann senang tau nak dapat tapak kat situ. VIP je selalunyeee yang dapat tapak. Tapi sebab i malas nak buat segmen bloglist bagai kihkih. kira aci lahhh ye :P





tengoklah kalau rajen nak buat giveaway. sebab souvenir dari Ho Chi Minh tahun lepas i pergi ada lagi i simpan. tak tau laaaa kite borong apa kat Ho chi minh haritu, tudung bawal ariani ciplak pun ada yang tak pakai lagi. Bahaha. patut laaaaa luggage 20kg tak cukup khennns time tu :P




earring pun beli kat Ho chi minh



i ada satu tabiat kalau gi mana mana tempat i suka beli earrings. so everytime i tengok earrings ni i akan ingat tempat and the feeling at that location. Earrings ni i beli lepas checkout hotel and semetara tunggu shuttle i pegi kedai depan hotel habiskan duit Vietnam Dong. 



kau paham tak macam mana i melalut dari bloglist pergi ke anting anting? astagar. XD



Till then, Assalamualaikum.

NardNaddy