Wednesday, November 25, 2020

Tahun 2024 :)

 Salam and hye


Seronok harini sepanjang hari i berangan sebab I baru balik sign S&P so i sangat teruja. HAHA. Tak sabar betul tunggu 2024. Tak sabar nak deco deco rumah. Tak sabar nak mandi swimming pool sauna gym jogging track semua lahhhh :P



tengok model je la yekkk :P




Perjalanan i beli rumah bukan mudah ye. berliku liku. ecehh tak la berliku mana pun, kira banyak jugak la yang i survey. sampai ke ceruk Pulau Indah, Klang. Sebab mula mula ingat nak cari landed. Lepas tu bila dipikir pikir balik, baik beli dalam KL. Senang sebab nanti kalau tak duduk KL pun boleh sewa, KL takkan takde orang nak sewa khenss. hee.




I nakkkk ni nanti 



Sebab eksaited sangat. Kite dah survey dah alamri mekap wakkk HAHA. Tengok harga boleh tahan dalam RM2000 plus plus. kena menabung dari sekarang lah cerita dia. nanti bila ada almari mekap ni boleh la i feelinggg youtuber buat live mekap hihikss




live mekap apebenda bulu mata pun senget



BAHAHA. Nanti ada rumah baru, almari mekap mahal sampai duaaribuuu ringgitss mesti la tak senget dah bulu mata i. Konfem. yihhh tak shabarrr la kite. jom la tido, mana tau esok bangun dah 2024 HAHA.



Oh ya, kite nak update blog list kat tepi tuuuu. Lima pengkomen terawal akan dapat tempat. eh taknak la lima, lapan la lapan.. sebab i lahir bulan lapan. Heee :P Jangan lupa komen tauuu :)




Till then,
Assalamualaikum

NardNaddy


Tuesday, November 17, 2020

11.11 shopping cart : Gam bulu mata palsu :)

 Salam and Hye,


Haritu masa 11.11 tu korang ada beli apa apa tak? kalau beli mesti time time ni dah dapat barang korang kan. I pun ada beli jugak, tapi beli barang merepek je hehe. Sebab selaku penyoping tegar LAZADA and SHOPEE, i tengok harga sale dengan tak sale tak jauh beza pun, kurang limaposen, tujoposen gitu je. 



Nak tau tak i beli apa haritu?


Beli gam bulu mata palsu jeee HAHA




Gam bulu mata palsu ni selalu i akan beli yang betol betol elok melekat. Sebab ni yang akan determined mood iolss ye kawan kawan. Kalau tak lekat i boleh moody the whole day okay. Jangan main main boleh buat gadoh tau. :P




Tapi tak la i pakai hari hari bulu mata palsu ni. Pakai bila hari hari istimewa seperti hari jadi, hari raya, kenduri kendara, keluar berjumpa bakal mak mertua misalnya (yang ni jangan pakai - kang dia rejek kau jadi menantu sia sia je HEHE).



Yeayy dah try



Okay la melekat helok sebab lepas pakai i pegi bancuh adunan kek sunquick. Pastu i masuk kek dalam oven. Tunggu 40minit kek masak. Kek i dah masak vuluss mata i masih utuh teguh tak tercabut. sooo, the glue did a good job. yeayyy. mihihi.



Kesimpulannya barang shopping 11.11 i tak membazirrrr. Kena beli banyak banyak la rasanya sebab harge dia RM4.50 aje. Cuma kat gambar atas tu senget benget sikit i lekat yeeee. hentam je la kan janji bahagia :)



Till then, Assalamualaikum.

Nardnaddy

Saturday, November 14, 2020

Skincare Routine : Double cleansing :)

 Salam and Hye,


Happy Deepavali semua. Dah makan maruku belum, kalau belum pegi la makan. Beli sendiri pun takpe, asalkan dapat mood raya ye dakk. HAHA. Paling paling pun pi dengar la lagu hindustan seround dua, sampai la mood tu nanti :P


I ni jenis yang hari hari makeup full face. Kalau I tak keje pun, i makeup je try and error new look syok sendiri kat rumah. Hehe. So after makeup normally i akan cuci muka. Kena cuci bersih bersih ya korang, sebab kalau tak bersih sangat sangat lah senang nak breakout nanti.


Everyday Makeup Look



So everyday makeup look I agak heavy la jugak BAHAHA. Sebab i akan spend time dalam 45mins untuk makeup jaa. Pakai mask ke tak pakai mask still makeup, dah biasaaaa nak buat camna khenss, tak makeup rasa tak complete la hidup hiksss.




Skincare routine



Bila makeup heavy heavy kena la cuci bersih bersih. Selalu I akan buat double cleasing ( cleansing oil and facial cleanser ). Then baru apply moisturiser and Suncreen. Tiga tu aja yang i buat everyday. Beauty mask pulak selalu i pakai  masa hari cuti saja. Oh ya, baru nak try Safi cleansing oil tu, hope OK la. Alhamdulillah syukurr kulit muka i tak demand.. product drugstore pun i boleh pakai without any side effect. Rezeki jugak tu kan ehee.






Sebelum lupa, just to update. I dah sign LO untuk rumah. Alhamdulillah, Allah mudahkan. So next kita akan sign SPA pulak dengan pihak lawyer. Doakan i murah rezeki ye kawan kawan. :)



Kalau ada yang nak jadi jiran i boleh click link kat atas tu eh. Mana tau jodoh ke. eh tibe. HAHA. Nanti i cerita la pasal rumah tu more details dekat next post.



Till Then, Assalamualakum,

Nardnaddy

Sunday, November 8, 2020

Beauty Blender or Daiso Cosmetic Sponge?

 Salam and hye


Harini excited nak update belog sebab belog kite dah pakai baju baru. Berpeluh dan terhegeh hegeh jugak ye nak godek sana sini nak buat header, nak tukar background nak cari color setting kat HTML semuaaa. Almaklumlahhhh dah tak muda lagi BAHAHA.


Harini cuti, so takde buat apa jadi i pun selongkar bilik i. I ni jenis kalau pegi daiso or DIY i main rembat je mana berkenan. Pastu balik letak dalam bilik and terus lupaaaa nak guna apa i beli tu. HAHA. Setannn sangatkan perangai? EHEHE.


i jumpa ni dalam bilik tadi

Cosmetic sponges sepeket ada 20 pieces


Tak buka lagi ya ampunnn HAHA, tapi dah lupa bila beli. Memandangkan i punya beauty blender pun dah hazab. Jadi i pun dengan terujanyaa nak pakai. Concept dia sama macam beauty blender bila kita basahkan dia akan jadik besar ala ala raksasa :P


Sebelum basah | Selepas basah


Harap harap korang nampak la perubahan. Gigih i letak duit doposen nak bagi uolss nampak tumbesaran sponge ni. Lepas basah ni boleh guna la untuk apply foundation. So foundation uolss akan nampak even and flawless. But for me, i lagi suka apply guna brush. Tapi sebab dah beli sepeket kannn. Pakai je laaaaaa HAHA.



Not badddd :)



Actually dalam mekap ni semua technique aje. Kalau technique betul pakai sponge Daiso pun boleh dapat result yang setanding beauty blender. So, kalau ada ongkos lebih beli laaaa beauty blender. Nak jimat pakai sponge Daiso sudahhh hihi.



Till then, Asslamualaikum

Nardnaddy

 

Sunday, November 1, 2020

Im Back !! For goooodddd :)

Salam and Hye


Fuhhhh after 5 years, here i am again. Mintak maap la kat semua pembaca, pengikut.. peminat kalau ada. Hehe. Lama i menyepikan diri, sibuk luar biasa. Alhamdulillah, harini 1 November 2020.. i decided to continuing blogging.


 

rindu tak? mehehehe


Sepanjang 5 tahun ni, banyak yang berubah. Rupa paras, perangai dan pemikiran. So i disini nak bukak lembaran baru kali ni. Bila baca balik post dan komen dulu dulu, agak kekwat jugak ye sis dedolu. hikhik. Ampun maaf kalau pernah terlezerrr, terkutuksss tereksyenn dulu ye. Sesungguhnya sis hanya insan biasa :P

For next, i akan cuba update blog at least sheminggu shekaliii hehe. Most contect as usual la content syok sendiri. Tapi memandang kan minat i dalam bidang kecantikan begitu mendalam. So most probably pasal makeup , fashion or review movie/netflix ( Duhh bosan kan life aku bahahah)


Or tengok la kalau rajen buat mukbang ke khenss. Love life jangan tanya lah, malas nak pikir yachhhh.



Till then

Nard Naddy