Sunday, May 30, 2010

~ i photogenic. u? ~

salam and hye.

celik celik je mata bangun pagi tadi i rasa sungguh bahagia sebab faizal tahir ada di sisi. okay tipu. mana ada. siapa percaya memang lah sengal kan. ceruk mana pulak faizal tahir boleh tido dengan i. bahahaha.

okay lah. terus kepada topik asal. heh. tadi krole ada tag i untuk satu contest ni. contest photogenic. hehe. bab bab photogenic memang i loike. penganjur untuk contest ni adalah cik izyan izzati. tepuk tangan ramai ramai. hehehe.

meh tengok cik penganjur yang fotogenik meh.


waaa. fotogenic kan?. hehe.

but before that. adalah terms and conditions nya. which are.....

1.terbuka kepada semua peringkat umur
okay cun. i baru 16 tahun. bahahaha. =)

2.gambar anda seorang ! kalo ade org laen,saye REJECT, :p muahahaha !!
okay cun. =)

3.gambar anda mestilar sePHOTOGENIC yg mugkin,nampakkn 'umph~'nya .. hee :p , xkesah ber"edit ke tidak" yg penting 'umph~'nya saye nak tgk !! hihi :P
okay cun. =)

4.hanya sekeping gmabar sahaja d benarkn ok ?? kalo pakwe nak join,tunggu next contest yeah .. :)
baik!! =)

5.mestilah menjadi follower YEYEN aka IZYAN IZZATY

sudah!! hoyeh. =)

6.sediakn entry khas untuk contest ni dan tag minimum 3org
. [org2 yg d tag mesti tau ok ?? kalo x , saye SAMAN ! haha :P]
baik!!!. =)

7.letakkan BANNER CONTEST yg ada d sidebar saya d BLOG anda ok ?? :)
okay. i will.=)

8.tarikh tutp contest ini ialah 30 JUNE 2010
cepat join!. =)

and here is my photogenic photo. i think la kan. bahahaha.


kenapa i suka pic ni??. sebab i nampak macam stok stok peserta gadis melayu dalam pic ni. muahahaha. kira nampak suci-sesuai-dipilih-sebagai-calon-menantu gitu. kan?. =))

tiga orang betuah. hehe

pensel kontot
nafiraa
sofee

kalau nak join bleh click pic penganjur ok. i disable right click dah. sori. =))

xoxo

Friday, May 28, 2010

~ spaghetti untuk emak mentua ~

salam and hye.

hari ini cuti wesak. bila cuti maknanya emak akan masak sedap. bila emak masak sedap maknanya i akan makan banyak. bila i makan banyak maknanya i akan gumok bila i gumok macam mana nak cari boifren hensem?. okeh dah dah. annoying kan?. haha.

ngeehehehe

ngeehehehe

sangat sedap okay spaghetti meatball ni. isk isk isk. agak agak kalau i masak ni kat emak mentua i nanti dia sayang i tak?. sebab ni la masakan sedap tapi simple yang i boleh masak. kot. kalau nak suruh i buat laksa kedah. holoh holoh holoh. confirm lah tak jadi. bahahaha.


tiga budak gumok comel.

mata i dah ngantuk. tido pun best ni. kawan kawan semua nak join i tido?. jom jom. =))

xoxo

Thursday, May 27, 2010

~ wakaka ~

salam and hye.

semalam i tengok showdown2010. u all penah tengok tak?. alah. showdown2010 tu pertandingan menari. genre diorang hiphop lah. but ada jugak some of them yang shuffler punya budak. sangat cool okay. i tau tak ramai bloggers yang buat entry pasal showdown2010. mostly buat pasal AF8. urgh. serius i tak pernah suka AF. i siap join group 1000 000 orang benci AF dekat facebook. lantak la keyword masyuk ke apa ke pasal AF8 ni. i wont buat entry pasal AF. eeuuww.



okay. kenal tak ni?. okay for sure ada yang tak kenal. emak i dulu pun tak kenal dia ni. lepas tu bila sikit sikit i asyik tengok Alam's story tu. emak dah kenal siapa ini Alam. FYI, Alam is the winner of the So You Think You Can Dance Malaysia. Alam ni gila gila best bila dia menari. tak kelip kelip mata i tengok. weeweet. =))



ini adalah wakaka crew. i suka gila kat group ni. yang paling best ada Alam dalam group ni. ngaahahaha. sangat seronok tengok diorang punya style. u know, when i was in form 1 and 2. hip hop music was so "in" that day. i ingat lagi masa tu time birthday member i. boys ada battle battle breakdance. oh this show really reminds me zaman muda2 i. teruja okay. =)



ini adalah floor fever. diorang ni menari gila gila cun. judges pun asyik puji diorang je. sampai i pun terpengaruh la rasa diorang ni best. tapi memang best pun. best pada wakaka crew. ooooppsssie. sorry Alam dear. i have to be honest. =))

okay sayang sayang semua. kalau ada masa tengok eyh showdown2010 ni kat 8tv. hari rabu malam okayh. muah muah muah. =)

xoxo

Tuesday, May 25, 2010

~ fuhh ~

salam and hye.

tadi i jalan jalan blog kawan sekolah menengah i. blog fizaziz. dia kata dia suka tengok rancangan Fuhh!. i pun suka jugak. hehe. apa apa pasal artis semua i suka. i kan kepoh. so harus la suka rancangan macam ni kan. =))

pastu kalau korang tengok rancangan Fuhh!. ada satu segmen tu dia selongkar beg artist. haha. syok oh tengok. hari tu i tengok diorang selongkar beg hazami. hazami u all. haha. beg hazami macam orang dia jugak lah. ada lip balm, kuku punya losyen, hand sanitizer and so on. for a metroseksual person macam hazami maybe ada semua tu kot. i tengok beg abah i tak ada pun semua tu?. teehehehe.

okay. hari ni jom selongkar beg i. tapi bukan handbeg la. beg mekap i. ngahaha. ini kerja orang bosan kat rumah okay. sah sah bosan. sampai beg sendiri pun nak selongkar tengok ada apa. =))


beg free. dapat masa beli EH!. =))



taraaaa !!

okay. tu semua yang ada dalam beg mekap i. kalau travel mana mana wajib bawak okay. nampak sangat i bukan heavy mekap punya orang. sebab tak banyak mekeup tools pun kan. tak mekap pun i boleh jalan pergi mana mana. lalalala.

untuk mekap yang ada cuma foudation, compact powder, bulu mata palsu gagagagagaga, eyeliner and mascara, lipstick and juge lip gloss. kalau mekap biasa i fokus kat mata. sebab tu banyak mekaup kena mengena dengan mata here. =)

ada jugak moisturizer. fair and lovely pun ada. tapi i tak gebu gebu pun sampai sekarang. boleh pecaya ke fair and lovely ni?. ahahaha. perfume pulak untuk daily memang i pakai bodyshop saja. tahan lama and murah. =)

pastu ada jugak benda lain macam gelang hindustan tu. i memang suka pakai gelang hindustan tu. terasa macam kareena kapoor jap. haha. and juga pendrive. tersesat agaknya. sebab pendrive tak tergolong dalam mekeup tools ye kawan kawan. =))

i sangat noob okay dalam makeup things. hehe. okay bye.

xoxo


Sunday, May 23, 2010

~ saya busuk ~

salam and hye.

bosan kan?. hari ahad duduk kat rumah tak ada buat apa apa. oh tuhan. please please please. kurniakan i satu boifren yang elok rupa paras, badan cantek macam pemain basketball, kaya raya sampai boleh beli tv3. so that hari hari ahad macam ni, i boleh pergi dating dating suka ria dengan dia. amin.


rambut kembang memang tengah 'in' kan sekarang?.bahaha.

okay lah bye. =))

xoxo

Friday, May 21, 2010

~ siapa nak banner free!!! ~

salam and hye.

semalam, abang kal datang ke blog i. dia mintak tolong letakkan banner hensem dia kat blog buruk i ni. mula mula i nak mintak la kat dia sebulan rm500 sebab sewa tapak kat sini. tapi atas dasar perikemanusiaan tak jadi la mintak. bagi free je. hehe.


ni la banner abang kal. lawa tak?. lawa kan.

lepas tu i tanya dia. nak satu buleh??. sambil mata kelip kelip. dia kata boleh tapi kena buat menda ni.

1. Paste my banner onto your blog.
dah paste hokeyy. semalam lagi dah paste dah. =))

2. Make a new blog post about my banner to convince two of your blogger friends to paste it onto their blog too!
ni tengah buat la ni. 2 orang lagi. emmm emmm. siapa siapa sudi. silakan ye.

3. Tell them to do the same to get a free blog banner.
kalau korang nak free banner. boleh la buat macam i ni.

4. Leave a comment with links to your blog and two of your blogger friends, so that i can start designing and asking you how do you want the banner to look like.
ok. dah komen.

dearest kal.

im not really sure that i can attract 2 people to do this. but honestly, i really love your artwork. do one for me. i'll pay u rm5 if i fail to invite 2 other blogger to post this. okeyy kal?..hehe.

xoxo

Thursday, May 20, 2010

~ tangan macho ~

salam and hye.

tadi saja saja gatal type nama ketua kelas masa tingkatan dua dekat facebook. jeng jeng jeng. dia ada facebook !!. lompat bintang sebab teruja sangat. OMG. kau dah hensem gila. dulu memang la kau hensem jugak. tapi sekarang dah betambah tambah hensem kau. kau makan ape weh sampai jadi hensem ni weyh?. tapi tapi tapi. kau dah ada awek. i baru ingat nak ehem ehem kau. hish.

i bukan nak cerita pasal ketua kelas tingkatan dua yang makin hensem ni actually. tapi pasal lain. pasal tangan macho. tangan korang macho tak?. cuba check sekarang. teehehe. i punya tangan langsung tak macho. nak tengok?.



miahaha. kan dah kata tak macho.

tangan macho adalah apabila ada urat urat yang kelihatan kat tangan kau. bagi i lah. ada sorang kawan i dia geli tengok. tapi i suka. bila ada nampak urat urat kat tangan sekaligus kau nampak orang tu macho ya amat. perempuan pun kalau ada urat kat tangan dia i still anggap dia ada tangan macho. hoyeh!.

jom survey siapa yang ada tangan macho.


oh failed kau kak lang. langsung tak macho tangan kau.


mungkin kau muda lagi untuk ada tangan macho adik boy. i tunggu 15 tahun lagi. ngeh.


muka kau dah macho baby aniff. tapi tangan belum macho. harap maklum.


okay mari lihat tangan atuk Barrack pula. sikit je urat urat. makna nya tangan atuk ni dalam kategori "tangan macho sikit je". bahaha.

oh. mungkin i patut pergi lihat tangan ketua kelas tingkatan dua yang hensem tu. kot kot tangan dia macho. okay. bye semua nak pegi tengok tangan ketua kelas tingkatan dua sekarang. bye.

xoxo


Tuesday, May 18, 2010

~ gaga ulalala ~


salam and hye

semalam fatin ada tag i. so hari ni nak buat lah. teehehe. thanks ye fatin sebab tag i. nanti ada rezeki i tag u balik okey cayang. =)

Using only song titles from ONE ARTIST, cleverly answer these questions. You can't use the band I used. Try not to repeat a song title. It's a lot harder than you think!

Pick Your Artist:
Lady Gaga. miahahah.



minah ni style kan?. suka suka. =)

Are you a male or female:
Boys boys boys. Lagu lady gaga ni takde title pasal girl. i terpaksa jadi boy japp..=)

Describe yourself:
I like it rough. ape yang rough pun i taktau. haha.

How do you feel:
wonderful. i memang perasan wonderful.

Describe where you currently live:
disco heavean. i tinggal di heaven. pecayalah.

What's your Occupation:

paparazi. mamarazi to be exact. haha.

If you could go anywhere, where would you go:
The fame. tajuk lagu lady gaga takde guna nama tempat la. ni yang kena sipi spi i guess. =)

Your favorite form of transportation:
monster. nak naik monster. agagagaga.

Your best friend is:

alejandro orang itali kot ni. haha

You and your best friends are:
no way. ape la yang no way i pun tak tau.

What's the weather like:

summerboy. panas panas.

If your life was a TV show, what would it be called:
rock show. weehoooo

What is life to you:

beautiful, dirty, rich. <------ betul ini. ini betul betul kena.

Your current relationship:
love game. jom main game ngan i?..=)

Your fear:

paper gansta. i takut alaong

What is the best advice you have to give:
speechless. emmmmm

Thought for the Day:
bad romances. rawr rawr. =)

How I would like to die:
so happy i could die. gembira sampai mati. =)

My soul's present condition:
money honey. duit je ingat.hehe

My motto:
eh, eh (nothing else i can say). ini tajuk lagu okay.

Okeh. done tag. pheww. lega.

I WANNA TAG

best buat tag ni. buat lah. anda pasti terhibur. hehe.

xoxo

Monday, May 17, 2010

~ cirit eh salah ciri -ciri ~

salam and hye.

ehem. hari ini entry i akan berbau sedikit gedik. mungkin akan timbul rasa meluat bila baca. jangan maki atau caci sebab i dah warning awal awal. hee. hari ini i nak cerita pasal ciri ciri future husband idaman. bunyi gatal kan?. haha.

pada yang belum kahwin. jom kongsi sama sama ciri future husband idaman u all dengan i. pada yang dah kahwin. boleh juge kongsi ciri ciri husband yang anda kahwin tu. pada lelaki lelaki kacak semua. buktikan anda calon pilihan utama naddy semua gadis gadis.

ciri satu.

i selalu konfius between gula dengan garam. jadi, i nak future husband yang boleh gelak gelak sembang macam biasa even kopi yang i buat tu masin.

ciri dua.

i tak terel komputer. i selalu terdelete benda benda penting even dalam laptop i sendiri. jadi, i nak future husband yang boleh senyum and cakap i love u bila i terdelete apa apa penting gila dalam laptop dia. =)

ciri tiga.

i tak terel masak. lepas tu i suka menjerit jerit tak ingat dunia bila letak nugget dalam minyak dan minyak lompat lompat. jadi, i mahu future husband yang boleh tahan dengan jeritan i yang sampai jiran rumah sebelah boleh dengar tu.

ciri empat.

i suka mandi lama lama. jadi, i mahu future husband yang tak curi curi sms/ym/webcam dengan perempuan seksi masa i tengah mandi.

ciri lima.

i suka befoya foya. jadi, i nak future husband yang solat tak tinggal. yang selalu ingatkan i kepada Allah dan akhirat. =)

ciri enam.

i selalu bad mood bila bangun pagi pagi. jadi, i nak future husband yang buat tak layan je dengan mood i tu. sebab i memang macam tu and i akan okay sendiri. hee.

ciri tujuh.

i tak ade bakat main ps3 or game ape ape sekali pun. jadi, i mahu future husband yang pura pura kalah dengan i bila lawan. =))

end.

xoxo


Sunday, May 16, 2010

~ "imanina cute give away" ~

salam and hye.

i dah lama tak join giveaway kan?. perasan tak?. haa. kali ni nak join giveaway dari blog emma86. the title of this contest is "imanina cute give away". i dapat tahu dari blog matdin actually. dah lama dah tau. tapi hari ini baru nak join. ngee. nak tengok imanina tak?. jeng jeng jeng.


cute kan?. =))

so syarat syarat nye adalah....

  • Korang kena menjadi follower blog ni emma86 (emacupcakes.blogspot.com) okeh done!!
  • Tag 5 orang kawan-kawan anda supaya follow my blog
  1. lilo
  2. cik yana
  3. shameel
  4. tueratora
  5. jieda
  • Senaraikan blog emacupcakes.blogspot.com ke senarai Blog List anda untuk mengetahui perkembangan blog saye... okeh sudah juge=)
  • Yang paling penting letakkan Pic korang sefamily..(Blogger family)..bagi yang belum kawen tu, family korang adalah ibu bapa n sibling korang.


ni pic masa family day tahun lepas. tak semua family ada dalam ni. ni family belah emak i. i belum kahwin. masih single hot hot lagi. ngeee. so pic family emak i boleh kan? kan?. nampak tak i kat mane?. ngeee.=)
  • Anda letak link en3 yang telah anda buat pada post comment en3 ni. okeh done!!
okay. i sudah. sape nak join lagi boleh click sini ye darling darling. dapat perfume oooo. mama imanina ni kan tokey perfume. teeheee. cepat!!. sikit lagi nak tarikh tutup. 20 mei 2010. jom join. =)

p/s: yang i tag tu join la dear. tak rugi pun. ehheeee. =)

xoxo

Thursday, May 13, 2010

~ siapa jejaka idaman ~

salam and hye.

i masih tak boleh letak nuff kat antara dua entry tu lagi. asyik error je. give up lah macam ni. i memang tak ada bakat nak edit edit coding ni. hehe. apa apa pun. thanks untuk yang sudi tolong i. especially untuk adik faheem and mummy dia. =). penat tak ajar kak nard yang tak paham paham ni?. hehe.


eh. siapakah?

hee. kenapa i blur kan muka dia?. sebab nak suruh you all teka siapa dia. haha. teka betul tak ada hadiah ye. di ulangi tak ada hadiah. sebab i tengah bosan bosan tak ada benda nak update ape. tula..buat tag malas. haha.

okay i bagi dua tiga ketul clue.

  • dia agak tinggi berbanding orang lain. boleh rejek semua orang rendah
  • dia suka lompat lompat. bukan katak tau.
  • dia kadang kadang terel kadang kadang tak terel.
  • semalam dia masuk tv. glamour macam artis
kenal tak? kenal tak?. haha.

xoxo

Tuesday, May 11, 2010

~ siapa nak tolong naddy? ~

salam and hye.

hari ini i nak minta tolong dengan siapa siapa yang terel. macam mana nak letak iklan nuffnang kat between post tu?. dah macam macam cara i cuba. tapi gagal. ceh ceh. i dah tanya google. tapi google pun macam nak tak nak je bagi jawapan. sombong betul google ni. hehe.



sebab tadi bukak nuffnang. dapat lagi 2 buffered. hemo hemo. kalau tambah lagi satu tempat iklan nuffnang ni. mungkin lebih banyak buffered akan di beri. nanti i kaya boleh belanja u all. siapa siapa terel tolong la ajar i. nanti i promote keterelan anda dalam blog i besar besar. ye? ye?.

xoxo


Sunday, May 9, 2010

~ ok dah boleh kahwin ~

salam and hye.

hari bila entah tak ingat abah balik kerja letak barang dia dalam bilik pastu letak kat jemput kahwin anak kawan dia atas meja. pastu i pun belek belek. kad dia simple je. i kata kat emak nanti kad kahwin i nak letak gambar pre-wedding i boleh?. emak terus kata tak boleh. ceh emak ni jealouse la tu time dia dulu dulu tak letak gambar sendiri kat kad kahwin. hehe.

tadi tengok siapa entah kahwin kat rancangan nona tu. terus senyum sorang sorang. seronok pulak tangok hantaran cantik cantik. geram. mula lah penyakit miang tu datang. rasa macam esok jugak nak ajak faezi kahwin. haha. tapi i tak reti masak lagi. tak boleh kahwin lagi. uwaaaaaaa!!


boleh ke posing macam ni semata mata nak tunjuk inai kat tiga jari i tu?.

haha. mood pengantin sekarang. rasa sedikit macam raja sehari. i pakai tiga jari je. ambik mood pengantin lelaki. bahaha. pakai sepuluh sepuluh jari nanti i asyik dok belek jari je benda lain tak buat. rasa macam nak pakai sepuluh sepuluh jugak tadi. pastu pikir pikir nanti pergi jalan jalan orang ingat i bini orang dah depa tak jadi mengorat. jatuh saham. =))

by the way, emak..happy mother's day. i love u. =)

xoxo

Saturday, May 8, 2010

~ thanks ~

salam and hye.

hari minggu memang best duduk kat rumah. pagi pagi dah kena gerak dengan emak suruh ikut pergi pasar tani kat melawati. tanya emak kalau i tak mandi boleh?. emak kata suka hati kau la tapi lepas pergi pasar tani nak pergi hero juga. maknanya mesti dalam pukul 11 baru balik rumah kan. makna nya kena mandi juga kan. fuh. mandi pagi memang tak best. habis menggeletar kepala lutut i sejuk. =)). padahal dah pukul 8 time tu pun i boleh pura2 konon2 sejuk. haha.

hari ni emak masak bihun sup daging. sedapp. tadi masa beli daging kat pasar tani. abang daging tu cakap daging ni sedap. sebab daging ini muscle lembu. terus i terbayang orang bina badan punya muscle. haha. eh. sebut pasal lembu matdin ada tag i. tapi malas la nak buat lagi. =))

apa yang nak bagitahu hari ni adalah. i dapat award dari sufferedgezine. thanks ye sebab sudi bagi naddy award ni. u membuatkan i terasa diri berharga. teehehe. ni la award tu. terbaik kan. hehe. =)



xoxo

Friday, May 7, 2010

~ lagenda budak setan ~

salam and hye.

tadi tengok dekat youtube trailer filem lagenda budak setan. serius dulu dulu i minat jugak novel novel ahadiat akashah ni. masa tu. novel ahadiat memang kena la dengan jiwa i. yela. sekolah lagi masa tu kan. tengah bercinta monyet. dunia memang indah. hehe.


video

and memang nak pergi tengok filem ni nanti kat wayang. 3 june nanti. kalau tak ada siapa teman. i sanggup pergi tengok sorang sorang. ceh ceh. lagi lagi hero pujaan hati ada. Mr. Farid Kamil. serius i tak sabar nak tengok dia jadi kasyah. =)

i nak tengok betapa agungnya cinta kasyah kat ayu and betapa meluatnya watak azmi. novel ni memang ada soul. tapi filem dia belum sure lagi. apa apa pun. i just cant wait!!. over kan?. haha.



see. siapa kata i gedik. tengok muka i tu. garang je. muahahaha. =))

xoxo

Thursday, May 6, 2010

~ N is for NADDY ~

salam and hye.

harini i nak buat entry tag dari sis qellissa. first of all, nak say thanks dekat sis. sebab sudi tag i. i sangat adore u sis. hee. sis pun suka pink macam i. so, siapa siapa yang suka pink adalah geng naddy. yeah!!.

nak buat tag ni ada rules and regulations. here it is. =)

It's harder than it looks...
Copy to your own notes...
Erase my answers...
Enter yours and tag twenty (20) people...
Use the first letter of your name to answer each of the following questions...
They have to be real...
Nothing made up...
If the person before u had the same first initial, you must use different answers...
You cannot use any words twice...
and
You can't use your name for the boy / girl name question...

okay sudah paham. jom buat.
sambil tepuk2 tangan excited gila.

enchik google yang hadiahkan i pendant ni. thanks. =))

1. what is your name : Naddy
2. a four letter word : Nest. *sarang burung?.bahaha.*
3. a boy's name : Naim
4. a girl's name : Natasha. *dua dua boleh buat nama anak..=)*
5. an occupation : Nationalist. negarawan. *is that a job?*
6. a colour : Navy blue.
7. something you wear : Nivea body lotion. *wear ke?. bahaha.*
8. a food : Nestum. *sedapp..nyum2..=)*
9. something found in the bathroom : Neutrogena facial foam. *i guna ni oh*
10. a place : Nigeria. ouh ouh.
11. a reason of being late : Not having enough sleep. teeheee.
12. something u shout : Nope!!
13. a movie title : Nightmare on the elm street. *nak tengokkkk!*
14. something u drink : Nescafe ais. sluurrppp. =)
15. a musical group : N'sync *zaman remaja i dulu suka gila kat depa*
16. an animal : Nemo. boleh kah ini?..hehe.
17. a street name : Nilai street?. ade ke?. bahaha.
18. a type of car : Nissan. =)

dah susah payah peluh peluh buat ni kena la bagi orang lain rasa pula kan?. suruh sampai 20 orang. banyak tu. lima orang cukup la kan?. hehe.

Long Hafiz Long Hassan
Inumatin
Qee
Ell
Acab

okay. done tag. siapa nak bagi tag kat i lagi?. i tengah takde keja ni. =))

xoxo

Wednesday, May 5, 2010

~ panjang ke pendek? ~

salam and hye.

kalau i rambut pendek ok tak?. kalau rambut pendek jadi macam ni. =))



nak gunting ke tak. gunting ke tak. gunting je la kan. bukan tak boleh panjang lagi kan. dah lupa bila last rambut pendek. time matriks kot. lame tu. 3 tahun sudah. teehehe.

lately, i banyak baca blog orang tapi i tak komen pun. i still tak berani nak ulas pasal isu isu semasa yang selalu masuk berita tu. takut salah fakta. takut outdated juga. tapi, i lebih suka gosip dari isu semasa sebenarnya. gossip pun isu semasa juga kan?. cuma tak menguntungkan sapa sapa pun. politik?. mungkin tidak sekali kali ada dalam blog i. =)

masih banyak masa. masih ada ruang tingkatkan kualiti entry sendiri. mungkin perlu lebih ghairah lagi untuk entry seterusnya. =))

xoxo

Tuesday, May 4, 2010

~ pandang superman sebelah mata ~

salam and hye.



budak kecik tak mandi ni nak say hi. budak ni selalu kacau i blogwalking. selagi tak dapat main tangkap gambar dengan webcam i. selagi tu dia akan menghantui i. dia ni panggil i tatak. tatak tu kakak. bila i tunjuk gambar katak pun dia panggil tatak. so i ni katak?. tak rela i. =))

hari tu tengok AIM kat tv. tengok superman menang. suke suke suke. tapi hari tu tak pandang superman sangat pun. ceh ceh. sebab pulun tengok dia ni....




dah lah masa faizal tahir bagi speech dia dok pulun nak speech cakap 'i love u' je. encik izham omar u sangat kiut okayy. emm. mahu cari kekasih hati macam ini lah. comel. if anyone out there happen to have a look that similar to this izham omar. do contact me. bunyi desperado kan. haha.

xoxo